window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max 2021 di Malaysia - enjin 3.0L baru, saiz lebih besar, warranti 7 tahun! Harga dari RM 89k

Haris · Apr 16, 2021 02:00 PM

Isuzu D-Max 2021 di Malaysia - enjin 3.0L baru, saiz lebih besar, warranti 7 tahun! Harga dari RM 89k 01

Isuzu Malaysia telah memperkenalkan Isuzu D-Max generasi ketiga di Malaysia. Trak pikap serba baharu ini kelihatan jauh berbeza dengan model generasi sebelum dengan saiz yang lebih besar dan rekaan yang dipertingkat.

Isuzu D-Max 2021 di Malaysia - enjin 3.0L baru, saiz lebih besar, warranti 7 tahun! Harga dari RM 89k 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isuzu D-Max ditawarkan dengan 2 pilihan enjin iaitu 3.0L dan 1.9L. Enjin 3.0 liter turbodiesel 4JJ3-TCX telah dikemaskini dengan memberikan output kuasa sebanyak 190 PS kuasa kuda dengan 450 Nm tork. Isuzu D-Max generasi sebelum ini menggunakan enjin 3.0 liter 4JJ1-TCX (177 PS, 380 Nm).

Isuzu D-Max 2021 di Malaysia - enjin 3.0L baru, saiz lebih besar, warranti 7 tahun! Harga dari RM 89k 01

Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain berwarna biru

Enjin 1.9 liter turbodiesel Bluepower Ddi RZ4E-TC (150 PS/350 Nm) masih dikekalkan daripada generasi sebelum. Kesemuanya hadir dengan transmisi automatik dan manual 6 kelajuan.

Isuzu D-Max 2021 di Malaysia - enjin 3.0L baru, saiz lebih besar, warranti 7 tahun! Harga dari RM 89k 02

Pembaharuan lain pada Isuzu D-Max adalah dimensi yang lebih besar berbanding generasi terdahulu. Peningkatan jarak kelegaan tanah sebanyak 5 mm dan kedalaman meranduk (wading depth) naik 200 mm. Perbandingan saiz adalah seperti berikut:

Perbandingan saiz generasi Isuzu D-Max 
Dimensi D-Max gen 2 D-Max gen 3
Panjang (mm) 5,295 5,265 (-30)
Lebar (mm) 1,860 1,870 (+10)
Tinggi (mm) 1,795 1,810 (+15)
Jarak roda (mm) 3,095 3,125 (+30)

Isuzu D-Max 2021 di Malaysia - enjin 3.0L baru, saiz lebih besar, warranti 7 tahun! Harga dari RM 89k 03

Rekaan luar masih mengekalkan perincian yang sama seperti Isuzu D-Max generasi kedua. Cara mudah untuk mengenalpasti Isuzu D-Max 2021 ini adalah pada rekaan gril dengan ‘taring’ berkembar yang dikemaskini berbanding gril hadapan lama.

Isuzu D-Max 2021 di Malaysia - enjin 3.0L baru, saiz lebih besar, warranti 7 tahun! Harga dari RM 89k 04

Kelengkapan lain termasuklah penggunaan reflektor halogen untuk model bawah RM 100k dan LED projektor berkembar untuk varian atasan. Varian bawah juga dilengkapi dengan rim 16 inci manakala varian atasan menggenakan rim 18 inci aloi.

Isuzu D-Max 2021 di Malaysia - enjin 3.0L baru, saiz lebih besar, warranti 7 tahun! Harga dari RM 89k 05

Untuk varian paling atas X-TERRAIN, ia dilengkapi dengan kerusi dengan kemasan kulit coklat. Suatu pilihan yang menarik untuk sebuah trak pikap. Kesemua fungsi-fungsi seperti kerusi baris kedua boleh lipat masih dikekalkan untuk generasi ini.

Isuzu D-Max 2021 di Malaysia - enjin 3.0L baru, saiz lebih besar, warranti 7 tahun! Harga dari RM 89k 06

Kelengkapan moden seperti panel meter analog dengan paparan maklumat pelbagai (MID), skrin infotainment 9 inci (7 inci pada varian bawah) dengan fungsi Android Auto dan Apple Carplay, cermin pandang belakang malap automatik dan kerusi pemandu dengan pelarasan 8-arah.

Isuzu D-Max 2021 di Malaysia - enjin 3.0L baru, saiz lebih besar, warranti 7 tahun! Harga dari RM 89k 07

Di samping itu, model generasi ketiga ini menerima pakej ADAS yang sangat baik (rujuk di sini sebab senarai panjang) untuk sebuah trak pikap. Ciri keselamatan biasa adalah 7 beg udara, bantuan membelok (turn assist) dan Blind Spot Monitor dengan Rear Cross Traffic Alert (BSM, RCTA).

Bagi varian rendah, ciri keselamatan hanyalah sekadar 2 beg udara, hill start assist (HSA) dan hill descent control (HDC).

Isuzu D-Max 2021 di Malaysia - enjin 3.0L baru, saiz lebih besar, warranti 7 tahun! Harga dari RM 89k 08

Isuzu D-Max 2021 hadir dengan 7 varian seperti yang disenaraikan di bawah. Kesemua harga atas jalan tanpa insurans dan cukai jalan.

Harga Isuzu D-Max 2021 di Malaysia
Varian Harga
1.9 4x4 Single Cab (MT) RM 88,599.20
3.0 4x4 Single Cab (MT) RM 95,538.40
1.9 4x4 Standard (MT) RM 99,599.20
1.9 4x4 Standard (AT) RM 106,999.20
1.9 4x4 Premium (AT) RM 121,549.20
3.0 4x4 Premium (AT) RM 128,038.40
3.0 4x4 X-Terrain (AT) RM 141,938.40

Isuzu D-Max 2021 di Malaysia - enjin 3.0L baru, saiz lebih besar, warranti 7 tahun! Harga dari RM 89k 09

Bagi pembaca yang membaca hingga ke hujung ayat, Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain mempunyai warranti terbaik di Malaysia. Isuzu Malaysia begitu yakin dengan produk ini dengan memberikan warranti selama 7 tahun tanpa had perbatuan. Adakah anda juga yakin dengan Isuzu D-Max 2021 generasi ketiga ini?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda