window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max dominasi pasaran Thailand tahun 2020, tewaskan Toyota Hilux!

Haris · Jan 27, 2021 11:59 AM

Isuzu D-Max dominasi pasaran Thailand tahun 2020, tewaskan Toyota Hilux! 01

Gambar oleh Autofun.Th

Pegangan pasaran trak pikap di Thailand bukanlah sesuatu yang dipandang enteng. Negara tomyum ini begitu menggemari trak pikap, ia adalah pasaran kedua trak pikap secara global selepas Amerika Syarikat.

Isuzu D-Max dominasi pasaran Thailand tahun 2020, tewaskan Toyota Hilux! 02

Di Malaysia, Toyota Hilux tentu sahaja mendominasi pasaran kita tetapi hanya jauhari mengenal manikam. Di Thailand, Isuzu D-Max adalah pilihan utama bagi trak pikap. Adakah mereka memanggil trak pikap “Demak” sama seperti kita memanggil “Hailak”?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isuzu D-Max dominasi pasaran Thailand tahun 2020, tewaskan Toyota Hilux! 01

Menurut laman sesawang Headlight Magazine, Isuzu D-Max mendominasi pasaran Thai sebanyak 160,328 unit. Hal ini bermakna, Isuzu D-Max memegang sehingga 43.9% pasaran trak pikap di sana.

Isuzu D-Max dominasi pasaran Thailand tahun 2020, tewaskan Toyota Hilux! 02

Walaubagaimanapun, Toyota Hilux masih tidak jauh ketinggalan. 129,893 unit terjual dapat diterjemahkan kepada 35.6% pegangan pasaran trak pikap. Ini jauh lebih baik berbanding 7 model dibawahnya dalam carta jualan.

Isuzu D-Max dominasi pasaran Thailand tahun 2020, tewaskan Toyota Hilux! 03

Kejayaan Isuzu D-Max tersebut tidak datang bergolek. Toyota Hilux sebenarnya adalah trak pikap no 1 di Thailand pada tahun 2018 dan 2019. Isuzu D-Max telah dikemaskini serba baru pada tahun 2020 yang menjadi pemangkin jualannya di Thailand.

Isuzu D-Max dominasi pasaran Thailand tahun 2020, tewaskan Toyota Hilux! 04

Trak pikap adalah nadi bagi sektor automotif Thailand. Jualan sebanyak 364,887 unit dapat diterjemahkan kepada 46.1% pegangan pasaran automotif Thailand. Ini bermakna, hampir separuh jualan kenderaan di Thailand adalah trak pikap. Banyak kan?

Isuzu D-Max dominasi pasaran Thailand tahun 2020, tewaskan Toyota Hilux! 05

Model Isuzu D-Max serba baru 2021 baru sahaja diintip di Pekan, Pahang tetapi jangan teruja dahulu. Laporan awal mengatakan bahawa model terbaru ini akan hadir pada tahun 2022. Ikuti laporan Wapcar.my untuk kejutan Isuzu D-Max 2021?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda