window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isuzu D-Max makin terkenal sebagai trak pikap 'lifestyle', 10 peratus pembeli pilih X-Terrain!

Haris · Jul 13, 2022 04:00 PM

Isuzu D-Max makin terkenal sebagai trak pikap 'lifestyle', 10 peratus pembeli pilih X-Terrain! 01

Minat yang semakin berkembang terhadap trak pikap, antara lain disebabkan oleh kehadiran Isuzu D-Max serba baru, telah menyumbang kepada rekod jualan baru Isuzu Malaysia.

Dengan 4,237 unit didaftarkan sejak Januari hingga Jun tahun ini, syarikat menyaksikan peningkatan mendadak sebanyak 143% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2021.

Lebih penting, angka jualan bagi tempoh separuh pertama tahun ini sudah setanding dengan pencapaian tahun 2021 iaitu 4,601 unit. Ini telah melonjakkan jenama berkenaan ke kedudukan ketiga dalam segmen trak pikap.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Isuzu D-Max makin terkenal sebagai trak pikap 'lifestyle', 10 peratus pembeli pilih X-Terrain! 01

Gergasi trak dari Jepun ini mencetus fenomena global dengan Isuzu D-Max serba baru yang telah memberi takrifan segar terhadap penampilan trak pikap, prestasi serta sensasi melalui model generasi ketiga diperkenalkan.

Dari versi Single Cab untuk tugasan lasak hinggalah kepada varian X-Terrain yang canggih dan lengkap dengan pelbagai ciri maju, Isuzu berjaya menyuntik pelbagai kemampuan ke dalam trak berkenaan, disamping tetap memberi perhatian kepada keselesaan, keselamatan dan keseronokan pemanduan.

Isuzu D-Max makin terkenal sebagai trak pikap 'lifestyle', 10 peratus pembeli pilih X-Terrain! 02

“Sejak pengenalan Isuzu D-Max serba baru, kami melihat pertambahan minat dalam penggunaan trak pikap, terutamanya daripada pembeli kali pertama dan mereka yang menaik taraf kenderaan yang sangat terpesona dengan cara bagaimana D-Max mengadunkan keseimbangan antara trak pikap yang gagah dengan keselesaan dan kecanggihan kereta sedan keluarga,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Shunsuke Okazoe.

Isuzu D-Max makin terkenal sebagai trak pikap 'lifestyle', 10 peratus pembeli pilih X-Terrain! 03

Isuzu D-Max Single Cab

Dengan prestasi enjin yang begitu anjal, penggunaan minyak yang sangat cekap, kepelbagaian penggunaan serta kadar cukai jalan yang terendah dalam kelasnya untuk pasaran Malaysia, varian 1.9 liter Blue Power terbukti menjadi pilihan paling popular dalam kalangan pembeli di Malaysia, menyumbang hampir 80% daripada jumlah keseluruhan jualan.

Baca: Isuzu D-Max X-Terrain kemaskini 2022 dilancarkan di Malaysia - RM 147k, kini dengan 3 ciri baru!

Isuzu D-Max makin terkenal sebagai trak pikap 'lifestyle', 10 peratus pembeli pilih X-Terrain! 04

Varian flagship X-Terrain juga semakin mendapat sambutan, menyumbang 10% daripada jumlah keseluruhan jualan. Ini merupakan pencapaian membanggakan bagi Isuzu memandangkan syarikat tidak pernah menikmati penerimaan yang kukuh seperti itu dalam segmen kenderaan gaya hidup sebelum ini, dengan tumpuan hanya diberikan sepenuhnya terhadap penawaran jentera kerja yang boleh diharap semata-mata.

Bagaimanapun, dengan X-Terrain, Isuzu memasuki segmen berkenaan dengan penuh keyakinan, menawarkan model tersebut dengan ciri keselamatan tercanggih, keselesaan premium, kehalusan dan gaya, menjadikannya sebuah kenderaan yang sangat diinginkan oleh pelanggan.

Isuzu D-Max makin terkenal sebagai trak pikap 'lifestyle', 10 peratus pembeli pilih X-Terrain! 05

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo

“X-Terrain menerima sambutan hangat dalam kalangan pengguna urban. Ramai yang menjadikan model terbabit sebagai kenderaan aktiviti gaya hidup mereka, dengan adanya keseimbangan yang sangat baik antara ruang, kebolehan, keselesaan dan keselamatan.

"Dengan kemaskini terbaru yang diberikan, termasuklah warna baru, lampu aluan, plat pelindung, pengecas Qi tanpa wayar serta peninjau sekeliling, ia menjadi sebuah kenderaan yang lebih lengkap dan membolehkan pemiliknya melakukan lebih banyak perkara dengannya,” ujar Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo.

Isuzu D-Max makin terkenal sebagai trak pikap 'lifestyle', 10 peratus pembeli pilih X-Terrain! 06

Dengan pilihan 8 varian yang ditawarkan, barisan Isuzu D-Max direka untuk memberikan kenderaan paling ideal untuk memenuhi keperluan pelanggan. Hampir semua barisan trak pikap ini hadir dengan keupayaan 4x4, dengan hanya satu varian 4x2 automatik disediakan sebagai menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengembara jarak jauh mahupun pengguna urban, dengan kos yang lebih rendah.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan barisan Isuzu D-Max yang ada serta untuk mengetahui yang mana satu pilihan paling sesuai untuk anda, layari https://pickuptruck.isuzu.net.my atau Facebook rasmi Isuzu D-Max Malaysia.

Baca: Tak sampai setahun dalam pasaran, Isuzu D-Max generasi baru rangkul banyak anugerah automotif Malaysia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda