window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jimat sehingga RM 11.5k untuk VW Passat, Pakej Pembaikan istimewa bagi kereta lebih 5 tahun!

Mersita · Mar 3, 2021 09:00 AM

Jimat sehingga RM 11.5k untuk VW Passat, Pakej Pembaikan istimewa bagi kereta lebih 5 tahun! 01

Berita baik untuk peminat dan pemilik kereta Volkswagen! Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menawarkan penjimatan hebat bagi rangkaian model Passat serta penambahan jumlah alat ganti baharu yang ditawarkan di dalam Pakej Pembaikan mereka.

Bagi yang berminat untuk memiliki Volkswagen Passat Elegance dan Passat R-Line, tawaran istimewa bagi pembelian model-model ini kini dilanjutkan sepanjang bulan Mac ini. Tempah model kegemaran anda menerusi Volkswagen eShowroom dan anda boleh menikmati rebat dalam talian tambahan sebanyak RM3,500 – sekaligus menawarkan penjimatan sehingga RM 11,500.

Jimat sehingga RM 11.5k untuk VW Passat, Pakej Pembaikan istimewa bagi kereta lebih 5 tahun! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tambahan pula, pelanggan kini boleh menikmati insurans percuma selama setahun bernilai RM 5,500 serta rebat petrol percuma selama setahun bernilai RM2,500. Dengan pengecualian cukai sah sehingga 31 Jun 2021, Passat Elegance ditawarkan pada harga RM181,856, manakala harga bagi R-Line pula ialah RM203,411.

Jimat sehingga RM 11.5k untuk VW Passat, Pakej Pembaikan istimewa bagi kereta lebih 5 tahun! 01

Volkswagen Passat Elegance. Baca rebiu kami di sini!

Bagi para pemilik kenderaan Volkswagen berusia lebih lima tahun pula, anda boleh terus memanfaatkan tawaran istimewa Pakej Pembaikan yang merangkumi penyerap hentak hadapan dan belakang, cakera brek hadapan dan belakang, roda penggalas depan belakang serta tali sawat pemasaan mulai bulan ini.

Alat-ganti dan kos buruh bagi model-model tertentu akan diberi diskaun sebanyak 30% serta jaminan/waranti selama dua tahun. Sebagai jaminan tambahan, hanya alat-ganti 100% tulen Volkswagen sahaja yang akan digunakan. Manakala komponen-komponen yang relevan seperti nat dan bolt akan diganti sebagai sebahagian daripada kos bagi memastikan prestasi serta keselamatan terbaik.

Kerja-kerja pembaikan ini dijalankan oleh juruteknik terlatih Volkswagen berdasarkan kepada standard global bersama peralatan yang diluluskan oleh Volkswagen.

Jimat sehingga RM 11.5k untuk VW Passat, Pakej Pembaikan istimewa bagi kereta lebih 5 tahun! 02

Jika anda nak dapatkan penjimatan hebat ini, pemilik kenderaan Volkswagen hanya perlu memuat-turun aplikasi mudah alih Volkswagen Cares. Kemudian, cuma tunjukkan e-baucar yang diterima di mana-mana pusat servis sah Volkswagen. Anda boleh tempah temu-janji servis secara dalam talian dan pilih pengedar, tarikh dan masa yang diingini. Perkhidmatan pengambilan dan penghantaran secara percuma juga ada disediakan.

Semua pengedar Volkswagen di seluruh negara mematuhi garis panduan yang ketat di bawah inisiatif #SafeHands Volkswagen. Pelaksanaan langkah kebersihan yang ketat itu merangkumi proses sanitasi premis dan titik-titik sentuhan utama, pemeriksaan keselamatan yang betul, penerimaan kenderaan tanpa sebarang hubungan, selain sanitasi ke atas semua unit pandu uji dan pameran. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Volkswagen Malaysia.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Volkswagen Passat 2.0 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda