window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VW Passat 2023 generasi baharu akan debut pada September 2023 tetapi Malaysia takkan dapat

Faisal · Apr 27, 2023 02:14 PM

VW Passat 2023 generasi baharu akan debut pada September 2023 tetapi Malaysia takkan dapat 01

Suatu ketika dahulu pernah dianggap sebagai Passat GTI.

Anda mungkin tahu bahawa Volkswagen Passat generasi B8 sekarang adalah antara sedan segmen D Eropah yang paling mantap dan ia pernah dinobatkan sebagai 2015 European Car of the Year.

VW Passat 2023 generasi baharu akan debut pada September 2023 tetapi Malaysia takkan dapat 02

September ini, Passat generasi baharu akan debut tetapi ia mungkin TAKKAN masuk Malaysia langsung. Sebabnya adalah pewaris ini hanya akan hadir dalam bentuk badan wagon.

Bagi anda yang belum tahu, Passat adalah kereta sedan pertengahan paling laku di Eropah untuk tahun 2022 (66,621 unit terjual). Si kembarnya iaitu Skoda Superb juga meraih jualan sebanyak 45,042 unit. Apapun, angka jualan yang Passat perolah adalah 20% kurang daripada tahun 2021.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaSelepas 20 tahun & 3 generasi, keluaran VW Passat di Malaysia ditamatkan, semua salah trend SUV!

VW Passat 2023 generasi baharu akan debut pada September 2023 tetapi Malaysia takkan dapat 01

Passat versi wagon sememangnya popular di Eropah tetapi di pasaran lain, tidak seberapa.

Untuk generasi baru nanti, Skoda Superb akan hadir dengan badan jenis sedan dan ia akan dahulukan pelancaran Passat.

VW Passat 2023 generasi baharu akan debut pada September 2023 tetapi Malaysia takkan dapat 02

Skoda Superb.

Menariknya, Skoda diberi tugas untuk membangunkan kedua-dua model dan akan dihasilkan di kilang Volkswagen Group di Bratislava, Slovakia. Kilang ini turut memasang Audi Q7, Porsche Cayenne, VW Touareg dan EV Volkswagen e-Up. Kalau anda nak tahu, kilang Passat di Emden, Jerman kini memasang kereta elektrik ID. Tahun lepas, mereka bermula dengan ID4 dan tidak lama lagi akan mengeluarkan ID7 pula.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volkswagen Passat 2.0 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda