window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

LED projektor vs HID projektor: Yang mana satu lebih baik?

Haris · Oct 24, 2022 10:00 AM

LED projektor vs HID projektor: Yang mana satu lebih baik? 01

Pada tahun 1900-an, apabila lampu elektrik pertama kali dicipta, mentol halogen adalah standard pasaran. Semasa tahun 1990-an, halogen secara beransur-ansur digantikan oleh HID dan yang terkini, lampu depan projektor LED muncul menggalas tugas-tugas pencahayaan kereta.

LED adalah antara pencapaian terbesar di dunia hari ini, sehinggakan tiga jurutera yang menemui "LED pemancar cahaya biru" menerima Hadiah Nobel. Penemuan ini membuka kepada aplikasi LED lampu putih seperti yang ada sekarang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

LED projektor vs HID projektor: Yang mana satu lebih baik? 01

Isuzu D-Max menggunakan Automatic Bi-LED Projector

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa kereta premium menggunakan lampu projektor HID manakala "kereta biasa" menggunakan projektor LED. Bila agaknya teknologi HID akan menyusul ke kenderaan marhaen? Sebelum mengulas lebih lanjut, mari kita lihat apa perbezaan utama kedua-dua jenis lampu ini.

Apa beza projektor dan reflektor?

LED projektor vs HID projektor: Yang mana satu lebih baik? 02

Kenali dahulu apa beza projektor (kereta premium) dengan reflektor (kereta marhaen). Perbezaan utama antara lampu depan projektor dan reflektor adalah dalam reka bentuk. Secara ringkasnya:

  • Projektor mempunyai kanta dan perumah mentol untuk memfokuskan cahaya
  • Reflektor menggunakan perumah mentol yang menyerakkan cahaya

LED projektor vs HID projektor: Yang mana satu lebih baik? 03

Reflektor, seperti namanya mempunyai pancaran yang luas - atau secara tepatnya cahaya berserak. Hal ini berikutan perumah lampu dilengkapi dengan elemen pemantul cahaya yang menyerakkan cahaya ke berbagai arah.

Lampu depan projektor pula mempunyai corak pancaran cahaya yang lebih fokus, menghala ke bawah dan menyuluh jalan.

LED projektor vs HID projektor: Yang mana satu lebih baik? 04

Oleh yang demikian, JANGAN sekali-kali menggunakan lampu LED atau HID pada perumah lampu reflektor kerana ia akan menyilaukan pemandangan pemandu dari arah hadapan. Model kereta moden kini kebanyakannya menggunakan projektor manakala kereta lama banyak yang menggunakan reflektor.

Kini perbezaan projektor dan refrektor sudah dijelaskan, kita teruskan perbincangan dengan lampu projektor sahaja.

Apa itu LED dan HID?

LED projektor vs HID projektor: Yang mana satu lebih baik? 05

Lampu LED merupakan singkatan kepada Light Emitting Diode. Ia terdiri daripada perlanggaran elektron yang bercas dan menghasilkan cahaya. Secara mudahnya, ia menggunakan arus elektrik untuk menghasilkan cahaya.

LED projektor vs HID projektor: Yang mana satu lebih baik? 06

Lampu HID merupakan singkatan kepada High-Intensity Discharge, di mana terdapat arka elektrik di antara dua elektrod logam melalui gas xenon di dalam mentol. Oleh disebabkan itu, Ia juga dikenali dengan nama lampu xenon. Kata kuncinya, ia menggunakan reaksi kimia antara cas elektrik di dalam gas xenon untuk menghasilkan cahaya.

Baca: Lampu LED kenderaan mewah di dunia seperti BMW rupanya hasil produk dari Melaka!

LED atau HID yang lebih terang?

LED projektor vs HID projektor: Yang mana satu lebih baik? 07

Lampu LED. Foto: mynissanleaf.com

Cahaya diukur dalam nilai Lumens. Semakin tinggi nilai Lumens, semakin terang cahaya secara saintifiknya.

Secara saintifiknya pula, lampu LED boleh mempunyai kecerahan sekitar 9,000-10,000 lumen manakala HID mempunyai nilai sekitar 8,000 lumen.

LED projektor vs HID projektor: Yang mana satu lebih baik? 08

Walaubagaimanapun, peraturan dibuat berdasarkan suhu warna lampu. Secara mudahnya, putih lebih terang manakala lampu kekuning-kuningan kurang terang.

Jabatan Pengangkutan Jalan menetapkan bahawa suhu warna maksimum 4,300 Kelvin.

Lampu yang berwarna lebih putih mungkin lebih terang pada waktu malam namun ia tidak efektif untuk keadaan berkabus atau hujan. Lampu lebih kuning masih terang dan mengekalkan kadar penembusan cahaya ketika kabus dan hujan lebih baik. Faktor ini menjadikan had warna Kelvin yang ditetapkan JPJ adalah relevan.

Jadi yang mana satu lebih baik?

LED projektor vs HID projektor: Yang mana satu lebih baik? 09

LED projektor lebih baik daripada HID projektor, secara teknikalnya.

LED projektor menawarkan penggunaan tenaga yang lebih efisien, nyalaan lampu serta merta (HID memerlukan sekitar 10 -20 saat untuk mencapai nyalaan penuh), tahan lebih lama serta lebih terang untuk menerangi masa depanmu jalan.

LED projektor vs HID projektor: Yang mana satu lebih baik? 10

Kelebihan lampu HID projektor pula lebih abstrak dan kurang teknikal. Misalnya efek yang lebih cantik dan elegan, sedap mata memandang serta jarak sorotan lampu sedikit lebih jauh. HID mampu mensimulasikan cahaya siang dengan lebih baik, dan cahaya nampak lebih semula jadi berbanding LED.

LED projektor vs HID projektor: Yang mana satu lebih baik? 11

Sekiranya anda menukar lampu halogen projektor dengan mentol LED secara retrofit, HID projektor yang dikeluarkan oleh pengeluar adalah lebih baik. 

Hal ini kerana pengeluar telah melakukan kalibrasi yang sesuai untuk penggunaan atas jalan secara sah manakala lampu LED yang dipasang menggantikan halogen pada perumah projektor mungkin tidak mencapai potensi sepenuhnya kerana penyesuaian yang berbeza dan lebih mengikut kehendak pemilik berbanding piawaian yang ditetapkan.

Baca: Pakar: Pengharaman lampu HID patut diperketatkan, saman pemandu atau pengeluar kereta

LED projektor vs HID projektor: Yang mana satu lebih baik? 12

Lampu HID mungkin tidak akan ditawarkan pada kereta marhaen kerana industri automotif mungkin akan terus melangkau ke lampu LED terus. Hal ini kerana kelebihan teknikal yang disebutkan tadi serta kos yang lebih rendah. Kini anda tahu mengapa LED dianggap ciptaan agung abad ini dan jurutera yang menemui spektrum biru pada LED menerima hadiah Nobel.

Dalam pada itu, kereta mewah akan terus menerajui teknologi dan terkini tampil dengan lampu baharu, misalnya lampu yang mengeksploitasi laser seperti Laserlight.

Ada apa-apa yang mungkin kami terlepas pandang? Beritahu pandangan anda di bahagian komen.

Baca: Lampu LED adaptif pada Perodua Ativa (D55L), kereta paling murah di Malaysia dengan ciri ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda