window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Triton versi EV bakal diperkenalkan, tapi pelancarannya lama lagi?

Mersita · Mar 21, 2023 08:30 PM

Mitsubishi Triton versi EV bakal diperkenalkan, tapi pelancarannya lama lagi? 01

Selain trak pikap elektrik (EV) seperti Rivian R1T dan Ford F-150 Lightning, trak pikap ‘macho’ juga mahu mengikut trend elektrifikasi. Bagaimanapun, trak pikap Amerika bersaiz penuh ini terlalu besar untuk pasaran global, dan di sinilah Mitsubishi mengorak langkah dengan Mitsubishi Triton 2023 serba baru versi elektrik sepenuhnya.

Mitsubishi Triton versi EV bakal diperkenalkan, tapi pelancarannya lama lagi? 02

Rupa bentuk Mitsubishi Triton generasi seterusnya digambarkan dengan model konsep Mitsubishi XRT Concept yang baru saja ditayangkan di Bangkok International Motor Show (BIMS) 2023. Belum ada sebarang pengumuman berhubung jenis trenkuasa yang bakal digunakan Triton serba baru nanti, namun Mitsubishi ada menyebut yang enjinnya juga serba baru.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Kereta konsep ini tayang Mitsubishi Triton 2023 serba baru, debut pada Julai dengan enjin baru

Mitsubishi Triton versi EV bakal diperkenalkan, tapi pelancarannya lama lagi? 01

Selain daripada enjin pembakaran dalaman (ICE) baru itu nanti, Triton serba baru juga akan ditawarkan dalam versi EV. Bagaimanapun, pelancarannya tidak akan dijalankan dalam masa terdekat. Ketika sesi soal-jawab media susulan penayangan XRT Concept, Presiden dan CEO Mitsubishi Motors, Takao Kato, mengesahkan bahawa Triton EV sedang dalam pembangunan.

Menerusi penterjemah, Kato-san berkata Triton EV bakal menjadi tambahan yang penting dalam barisan penawaran syarikat kerana “ia sejajar dengan komitmen (Mitsubishi Motors) ke arah neutraliti karbon.”

Mitsubishi Triton versi EV bakal diperkenalkan, tapi pelancarannya lama lagi? 02

Mitsubishi sedang merancang untuk mengeluarkan 16 model baru, termasuk 9 model elektrik, sepanjang tempoh 5 tahun akan datang. Triton serba baru akan masih menawarkan enjin diesel sebagai tambahan kepada EV, namun pelancaran model jenis elektrik itu akan memakan masa beberapa tahun. Triton diesel serba baru pula dirancang untuk pelancaran pada Julai 2023.

Mitsubishi Triton versi EV bakal diperkenalkan, tapi pelancarannya lama lagi? 03

Mitsubishi bukanlah satu-satunya jenama yang berhasrat untuk memperkenalkan trak pikap elektrik berbateri dalam masa beberapa tahun mendatang. Ketika sambutan Toyota Motor Thailand’s 60th Anniversary Celebration berlangsung, sebuah prototaip Toyota Hilux Revo BEV Concept telah ditayangkan oleh mantan Presiden dan CEO Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda.

Juga baca: Hilux dengan nadi elektrik? Toyota dedahkan Hilux Revo BEV Concept, trak pikap EV penuh!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia