window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nak beli Ford Ranger Raptor dan WildTrak? Jimat sehingga RM 8,000!

Mersita · Apr 15, 2021 06:00 AM

Nak beli Ford Ranger Raptor dan WildTrak? Jimat sehingga RM 8,000! 01

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, menawarkan penjimatan menarik untuk model terpilih Ford Ranger Raptor dan WildTrak Buatan 2020 bermula 14 April sehingga 30 April 2021, sebelum musim perayaan yang bakal menjelang.

Pelanggan yang mahukan Ford Ranger Raptor boleh jimat sehingga RM8,000, manakala bagi pembeli Ranger WildTrak pula boleh jimat sehingga RM7,000.

Nak beli Ford Ranger Raptor dan WildTrak? Jimat sehingga RM 8,000! 02

Ford Ranger Wildtrak

“Sebagai model terunggul untuk kelasnya, Ranger Raptor dan WildTrak merupakan lambang trak pikap gaya hidup yang menjadi pilihan para pelanggan yang bijak dan peminat pikap di Malaysia. Dengan tawaran instimewa ini, kami berharap dapat memberikan lebih penjimatan kepada pelanggan pada musim perayaan ini,” kata Turse Zuhair, Ketua Jualan, Sime Darby Auto ConneXion.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Harga Ford Ranger di Malaysia (Tanpa rebat tunai)
Varian Harga
2.0 Wildtrak 4x4 (AT)

RM 152,388 (Sem. M'sia)

RM 157,888 (Sbh. & Swk.)

2.0 Raptor (AT)

RM 210,888 (Sem. M'sia)

RM 213,888 (Sbh. & Swk.)

Semua harga atas-jalan tanpa insurans.

Nak beli Ford Ranger Raptor dan WildTrak? Jimat sehingga RM 8,000! 01

Ford Ranger Raptor

Ranger Raptor kekal sebagai trak pikap berprestasi  dan berkelajuan tinggi buatan kilang yang unggul di Malaysia, dinadikan dengan DNA Prestasi Ford yang melangkaui jangkaan dan mampu mendebarkan peminat aksi lasak tegar.

Prestasi lasak Raptor diperakui berdasarkan keupayaan sistem gantungan Fox Racing Shox setaraf kereta lumba, Sistem Pengurusan Mukabumi meliputi mod Baja yang canggih dan enjin diesel 2.0L Bi Turbo yang dikalibrasi penuh teliti dengan transmisi automatik 10-kelajuan  yang menghasilkan tenaga 213 PS dan daya kilas setinggi 500Nm.

Nak beli Ford Ranger Raptor dan WildTrak? Jimat sehingga RM 8,000! 02

Ford Ranger Raptor

Untuk pelanggan yang mencari perincian yang tiada dalam segmen pikap, Ranger WildTrak pastinya pilihan yang sesuai. Ia menawarkan pelbagai teknologi keselamatan pintar termasuk ciri-ciri yang berkelas seperti Brek Kecemasan Autonomi dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki, Amaran dan Bantuan Keluar Laluan dan Amaran Pelanggaran Depan.

Nak beli Ford Ranger Raptor dan WildTrak? Jimat sehingga RM 8,000! 03

Ranger WildTrak ini juga didatangkan dengan Parkir Selari Separa Automatik yang pertama dan satu-satunya dalam kelas, dicipta untuk membantu anda mencari ruang parkir dengan saiz yang sesuai dan turut memandu sendiri secara automatik untuk parkir yang tepat. Ini menjadikan parkir selari di tempat parkir yang sempit lebih senang dan mudah.

Nak beli Ford Ranger Raptor dan WildTrak? Jimat sehingga RM 8,000! 04

Ford Ranger Wildtrak

Sekiranya anda berminat, sila hubungi pengedar Ford yang berdaftar atau WhatsApp ke Jurujual Digital Ford di talian +60 19-204 1200 untuk maklumat lanjut, atau layari www.sdacford.com.my.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda