window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Grand Livina L10/L11 terpakai - serendah RM 25k, MPV boring tapi praktikal, baloi beli?

Faisal · Jun 26, 2022 04:00 PM

Nissan Grand Livina L10/L11 terpakai - serendah RM 25k, MPV boring tapi praktikal, baloi beli? 01

Ingat lagi tak Nissan Grand Livina? Suatu ketika dahulu sekitar tahun 2003 - 2013, MPV ini bukan main popular lagi di Malaysia. Malah pada tahun 2010, jentera pilihan ibu-ibu bapa-bapa ini siap dapat anugerah MPV bukan nasional paling laku lagi.

Nissan Grand Livina L10/L11 terpakai - serendah RM 25k, MPV boring tapi praktikal, baloi beli? 02

Tetapi kalau tengok pasaran kereta terpakai sekarang, anda boleh dapat MPV ini serendah RM 25k sahaja. Jadi, adakah kereta keluarga 7 tempat duduk yang legenda ini berbaloi untuk dibeli? Mari kita tinjau dengan lebih dekat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan Grand Livina L10/L11 terpakai - serendah RM 25k, MPV boring tapi praktikal, baloi beli? 01

Varian yang ditawarkan di Malaysia

Nissan Grand Livina L10 yang tiba di pasaran kita pada tahun 2007 hadir dengan varian 1.6L (pilihan transmisi automatik 4 kelajuan & manual 5 kelajuan) dan 1.8L (automatik 4 kelajuan).

Enjin 1.6L berkod HR16DE yang dipadankan menghasilkan 106 PS dan 150 Nm tork dan kuasa ini dihantar ke roda depan. Untuk makluman anda, kod enjin ini adalah sama pada Nissan Latio tetapi tanpa sistem variable valve timing.

Nissan Grand Livina L10/L11 terpakai - serendah RM 25k, MPV boring tapi praktikal, baloi beli? 02

Enjin 1.8L pula berkod MR18DE dan ia datang dengan variable valve timing. Disebabkan itu, ia berupaya menghembuskan sehingga 128 PS dan 174 Nm tork.

Pada tahun 2009, terdapat varian Nissan Grand Livina Tuned by Impul yang menghadirkan ciri lidah skirting untuk depan dan belakang, skirting tepi, spoiler Impul dan gril depan yang berbeza.

Nissan Grand Livina L10/L11 terpakai - serendah RM 25k, MPV boring tapi praktikal, baloi beli? 03

Selain itu, ia lengkap dengan suspensi sport Impul yang merendahkan ketinggian sebanyak 25 mm untuk pengendalian yang lebih bagus tanpa menjejaskan keselesaan. Menariknya, muncung ekzos Impul Blast II dan rim 17 inci Impul Aura SX-10 juga ditawarkan sekali, termasuklah tayar Dunlop Formula D.

Kemudian pada tahun 2011, Grand Livina tampil dengan sedikit pembaharuan pada gril depan dan warna papan pemuka yang lebih menarik.

Nissan Grand Livina L10/L11 terpakai - serendah RM 25k, MPV boring tapi praktikal, baloi beli? 04

Grand Livina dengan kit Impul.

Pada tahun 2013 pula. MPV ini dikemaskini secara ketara dan ia dipanggil versi L11. Disebabkan itu, wajah depannya telah dimodenkan dan diterapkan dengan gril V-Motion. Di samping itu, ciri keyless entry & start dan kabin dwi-tona berwarna hitam dan krim juga didatangkan buat kali pertama.

Tetapi ciri yang paling praktikal yang hadir pada Grand Livina L11 adalah mekanisma melipat tempat duduk belakang yang mana pengguna tidak lagi perlu alih bahagian perehat kepala.

Nissan Grand Livina L10/L11 terpakai - serendah RM 25k, MPV boring tapi praktikal, baloi beli? 05

Model sebelum facelift (L10).

Sebab utama anda patut beli Grand Livina

Untuk pengetahuan anda, Grand Livina sebenarnya pesaing rapat kepada Toyota Avanza yang ada ketika itu. Apa yang lebihnya MPV Nissan ini adalah casisnya menggunakan susunan konvensional, bukannya semi ladder frame seperti yang ada pada si Toyota. Kesannya, mutu keselesaan dan perhalusan Livina jelas lebih mantap.

Nissan Grand Livina L10/L11 terpakai - serendah RM 25k, MPV boring tapi praktikal, baloi beli? 06

Grand Livina versi facelift (L11).

Harga Nissan Grand Livina dalam pasaran terpakai

Untuk model sebelum facelift, harganya kini sekitar RM 20k – Rm 35k, bergantung pada varian. Model facelift iaitu L11 pula berharga dalam julat bawah RM 40k sehingga RM 60k, tengok tahun juga.

Nissan Grand Livina L10/L11 terpakai - serendah RM 25k, MPV boring tapi praktikal, baloi beli? 07

model facelift dengan kit Impul adalah Livina tergarang pernah dihasilkan.

Jadi, varian mana yang patut anda beli?

Kalau anda hendak membuat pinjaman, model facelift varian 1.8L adalah pilihan terbaik kerana rupa parasnya lagi lawa dan ada ciri yang lebih banyak.

Lagi satu, model facelift perlu diservis setiap 10,000 km, manakala versi L10 perlu dibuat untuk setiap 5,000 km. Leceh pula kan?

Nissan Grand Livina L10/L11 terpakai - serendah RM 25k, MPV boring tapi praktikal, baloi beli? 08

Kredit foto: Brohizat Workshop.

Isu dan masalah umum yang ada pada Grand Livina

Kami sendiri telah bercakap dengan pakar MPV ini iaitu Brohizat Speedwork Workshop dan pemiliknya berkata bahawa ada 3 masalah yang selalu terkena pada pemilik iaitu lower arm bush, crossmember bush dan steering rack. Jika sudah haus, MPV ini akan rasa seperti terapung kalau pandu pada kelajuan tinggi. Malah, anda juga akan dengar bunyi “kluk kluk” kalau lalu permukaan tak rata. Boleh jengkel dibuatnya.

Nissan Grand Livina L10/L11 terpakai - serendah RM 25k, MPV boring tapi praktikal, baloi beli? 09

Lower arm inilah yang akan buat hal kalau dah haus.

Menurut Brohizat, menukar ketiga-tiga komponen ini akan memakan kos sekitar RM 1,000. Kalau anda nak tahu, isu ini turut ada pada Nissan Latio kerana kedua-dua model ini guna platform yang sama.

Nissan Grand Livina L10/L11 terpakai - serendah RM 25k, MPV boring tapi praktikal, baloi beli? 10

Kelab Nissan Grand Livina yang mana mereka selalu mengacarakan konvoi santai.

Satu lagi isu adalah berkenaan transmisi automatik yang mana bila sampai masa, akan timbul masalah gear tak nak masuk. Tetapi jalan penyelesaian termudah adalah beli unit halfcut yang mana ia memerlukan belanja sekitar RM 3,000 sahaja.

Konklusi

Nissan Grand Livina L10/L11 terpakai - serendah RM 25k, MPV boring tapi praktikal, baloi beli? 11

Jadi dari segi jangka hayat, Nissan Grand Livina sememangnya tiada masalah sangat dan tidak akan memeningkan kepala anda. Lagipun, dengan reputasi sebagai MPV bukan nasional paling laku untuk tahun 2010, MPV ini pasti dapat memuaskan hati ibu-ibu dan bapa-bapa yang tidak mahu mengeluarkan belanja yang banyak.

Untuk lebih mudah, anda boleh cari Nissan Grand Livina terpakai di laman Carsome yang mana ia lebih diiktiraf dan dipercayai di Malaysia.

Juga bacaNissan Grand Livina baru akan hadir tahun 2021, kembar Xpander?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Nissan Grand Livina Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda