window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Alza 2022 D27A buat penampilan pertama dalam video rasmi, pelancaran semakin dekat?

Haris · Jun 15, 2022 04:25 PM

Perodua Alza 2022 D27A buat penampilan pertama dalam video rasmi, pelancaran semakin dekat? 01

Salah satu model yang paling dinanti-nantikan untuk debut di Malaysia tahun ini ialah Perodua Alza 2022, dengan kod nama D27A. Walaupun tarikh pelancaran dikhabarkan tertunda, namun ia tidak bermakna bahawa Perodua tidak akan membina 'hype' sekitar model ini.

Perodua Alza 2022 D27A buat penampilan pertama dalam video rasmi, pelancaran semakin dekat? 02

Terbaru, Perodua Alza generasi baharu 2022 telah diacah dalam video korporat Perodua yang berjudul Perodua Smart Build - Innovation for All. Dalam video tersebut, kelihatan siluet Alza yang digelapkan bertujuan untuk menonjolkan ciri teknologi yang mungkin bakal ditawarkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Alza 2022 D27A buat penampilan pertama dalam video rasmi, pelancaran semakin dekat? 01

Mungkin ada yang keliru siluet tersebut dengan model SUV 7-penumpang Perodua Aruz namun lampu DRL di atas lampu utama (lampu DRL Aruz di bawah lampu utama) serta ketiadaan rel bumbung dan rekaan lampu belakang baharu memberi penampilan yang lebih mirip Daihatsu Xenia.

Perodua Alza 2022 D27A buat penampilan pertama dalam video rasmi, pelancaran semakin dekat? 02

Sebagai rujukan, Perodua Alza adalah model tertua dalam barisan produk Perodua yang sudah tiba untuk pengenalan model baharu. Untuk itu, ia akan menggunakan platform DNGA yang turut digunakan pada Perodua Ativa. Tak lupa juga, ia mungkin model tempatan pertama yang hadir dengan Android Auto dan Apple Carplay.

Baca: Perodua Alza 2022 (D27A) - kereta Malaysia PERTAMA dengan ciri Apple CarPlay & Android Auto?

Perodua Alza 2022 D27A buat penampilan pertama dalam video rasmi, pelancaran semakin dekat? 03

Jika diikutkan oleh mesej yang ingin disampaikan oleh video tersebut, model Perodua terkini seperti Myvi, Aruz, dan Ativa mempunyai ciri keselamatan yang sangat tinggi, jadi kami yakin bahawa Perodua tidak akan berkompromi dalam bab ini.

Baca: Bakal MPV terlaris Malaysia, Perodua Alza 2022 (D27A) lancar tak lama lagi - ini spesifikasi yang mungkin?

Perodua Alza 2022 D27A buat penampilan pertama dalam video rasmi, pelancaran semakin dekat? 04

Selain itu, Perodua Alza D27A serba baru dikatakan akan menerima ciri kelengkapan seperti lampu depan LED, sistem infotainmen 9-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, kluster instrumen digital 7-inci, brek letak kenderaan elektrik (EPB), 6 beg udara, Perodua Smart Drive Suite ADAS Assist (PSDA), serta pemilih mod pemanduan.

Perodua Alza 2022 D27A buat penampilan pertama dalam video rasmi, pelancaran semakin dekat? 05

Untuk kuasa, enjin petrol 1.5 liter 4 silinder aspirasi natural (106 PS/137 Nm) yang digunakan pada Avanza/Veloz/Xenia mungkin digunapakai Alza D27A. Ia juga bakal menggunakan transmisi D-CVT yang juga digunakan pada Myvi facelift 2022 dan Ativa.

Bagaimana pula dengan harganya? Apa kata rujuk beberapa artikel dari kami ini untuk lebih maklumat lanjut sebelum buat keputusan untuk model yang bakal laris di Malaysia ini.

Baca: Perodua Alza D27A 2022, berapa harga MPV serba baru itu apabila ia dilancarkan di Malaysia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda