Dari segi menepati semua keperluan am yang dimahukan dari kenderaan mampu-milik, tiada kereta lain di negara ini yang mampu melainkan Perodua Myvi. Dari mana datangnya gelaran ‘king’ kalau bukan dari kehebatan pakej hatchback paling popular ini?
Sejak dari dulu lagi, ia dianggap sebagai model kereta yang cukup ringkas dan praktikal. Kini, evolusinya membawa pelbagai naiktaraf dan tambahan dari segi kelengkapan berteknologi tinggi dan macam-macam lagi. Model facelift baru-baru ini menjadikan kereta paling di laris di Malaysia ini jauh lebih lengkap berbanding yang terdahulu.
Baca juga: Rebiu: Perodua Myvi 2022 facelift beri pakej lengkap harga berbaloi, tapi Iriz menang satu perkara
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Dengan harga RM 58,800, Perodua Myvi AV facelift teramatlah berbaloi untuk dibeli. Bagaimanapun, ramai juga yang akan mempertimbangkan model bersaiz lebih besar dari rangkaian yang sama – ‘abang long’ SUV-nya iaitu Perodua Ativa.
Ativa AV ‘flagship’ dijual boleh dimiliki dengan harga RM 72,000. Persoalannya, adakah tambahan RM 13,200 ini cukup berbaloi untuk memalingkan pandangan anda dari Myvi?
Baca juga: Setelah dua bulan: 5 kekurangan Perodua Ativa yang perlu diperbaiki
Berdasarkan kadar purata pinjaman kereta, Myvi akan membawa komitmen bulanan sekitar RM 609, manakala Ativa pula tinggi sedikit iaitu sebanyak RM 746.
Video di bawah menjelaskan semua fakta serta maklumat yang anda perlu tahu tentang kedua-dua model Perodua ini; termasuklah kelebihan serta kekurangan masing-masing. Ya, kedua-duanya menawarkan kadar penjimatan minyak yang cukup hebat, namun hanya ada satu pemenang bagi aspek ini.
Baca juga: Rebiu: Perodua Ativa 1.0 AV – ‘highway king’ Malaysia baru ganti Myvi?
Lebih menarik, Ativa yang bersaiz lebih besar mungkin membawa tanggapan yang ruang dalamannya lebih luas. Namun, menurut rebiu video kami, perkara ini tidak semestinya benar.
Jika anda berminat untuk terokai perbandingan antara kedua-dua model ini, jom tonton rebiu kami di bawah.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });