window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Axia hancur dipijak gajah mengamuk. Ini puncanya!

Haris · Aug 3, 2020 04:00 PM

Perodua Axia hancur dipijak gajah mengamuk. Ini puncanya! 01

Malang sememangnya tidak berbau. Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seekor gajah yang mengamuk dan cuba memusnahkan sebuah Perodua Axia

Lebih malang lagi adalah apabila keseluruhan kejadian tersebut bukan berpunca dari kereta Perodua Axia itu. Merujuk kepada salah seorang saksi kejadian, kereta Perodua Axia tersebut sedang dalam perjalanan melalui Jalan Raya Timur Barat (JRTB) berhampiran daerah Gerik pada sekitar jam 7 petang, 2 Ogos 2020 semasa kereta berkenaan remuk dibelasah oleh gajah tersebut.

Apa yang pasti adalah pemandu kereta Perodua Axia tersebut telahpun berhenti kecemasan bagi mengelakkan kereta yang dipandunya melanggar haiwan tersebut. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada ketika itu, kejadian masih terkawal sehinggalah kereta di belakang Perodua Axia tersebut mula membunyikan hon. Tak dapat dipastikan bahawa kereta tersebut membunyikan hon disebabkan gajah ataupun Perodua Axia yang berhenti.

Mengikut saksi kejadian, gajah tersebut mula bertindak ganas apabila mendengar bunyi hon dan terus mengamuk ke atas kereta Perodua Axia yang berhampiran dengannya. Mujur kesemua penghuni kereta tersebut sempat melarikan diri keluar dari kereta.

Ketua polis daerah Gerik, Superintendent Zulkifli Mahmood menyatakan bahawa setelah siasatan ringkas dibuat, pihaknya mendapati bahawa Perodua Axia yang terlibat dalam kejadian tersebut hanya mengalami kerosakan kecil sahaja. Beliau turut menekankan bahawa apa yang paling utama adalah tiada kecederaan kepada penghuni kereta semasa kejadian tersebut berlaku.

Pengarah bahagian Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (JPHLTN / PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Encik Yusof Shariff turut membuat kenyataan media berhubung dengan kejadian amukan gajah tersebut. Mengikut Encik Yusof, JPHLTN telahpun mengarahkan pegawai-pegawai yang berkaitan untuk turun ke lokasi kejadian bagi membuat siasatan menyeluruh berkenaan dengan kejadiaan tersebut.

Selain dari itu, JPHLTN turut mengingatkan kesemua pengguna jalan raya untuk sentiasa bersikap sabar apabila berdepan dengan haiwan liar ketika sedang memandu di jalan raya. Penggunaan lampu cahaya tinggi ketika waktu malam dan penggunaan bunyi hon untuk menghalau haiwan keluar dari bahagian dalam jalan raya adalah dilarang kerana ini boleh mendatangkan kesan bahaya kepada pengguna jalan raya.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda