window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Axia terpakai - dari RM 27k, kereta bandar/kereta pertama yang kekal relevan untuk dibeli!

Faisal Β· May 14, 2023 08:00 PM

Perodua Axia terpakai - dari RM 27k, kereta bandar/kereta pertama yang kekal relevan untuk dibeli! 01

Selama hampir satu dekad di pasaran, Perodua Axia generasi pertama menjadi pilihan utama kereta bandar bagi rakyat Malaysia, sama ada sebagai pembelian kereta baru pertama mereka atau sebagai kereta sampingan. Lebih separuh juta unit telah dijual di negara ini dan Axia pertama merupakan salah satu model paling popular di Malaysia dan juga untuk Perodua.

Perodua Axia terpakai - dari RM 27k, kereta bandar/kereta pertama yang kekal relevan untuk dibeli! 02

Klik imej ini untuk cari Axia terpakai terus di Carsome.

Walaupun Axia D74A yang baru sangat maju berbanding dengan pendahulunya, beberapa orang mungkin tidak berapa pasti kerana harganya lebih tinggi. Bagi mereka yang ingin membeli kereta dalam bajet kecil, Axia terpakai adalah pilihan yang bijak. Pada masa penulisan ini, Carsome mempunyai lebih 100 unit Axia generasi pertama yang dijual dengan harga bermula dari RM 27,000.

Juga bacaRebiu: Perodua Axia 1.0 AV 2023 - Mengangkat taraf kereta peringkat permulaan di Malaysia!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sedikit sejarah

Perodua Axia terpakai - dari RM 27k, kereta bandar/kereta pertama yang kekal relevan untuk dibeli! 01

Menggantikan Perodua Viva pada tahun 2014, Axia generasi pertama adalah model Perodua peringkat perlumaan yang memberikan impak besar kepada rakyat Malaysia. Berbanding dengan pendahulunya, Axia membawa beberapa ciri asas yang mencukupi buat rakyat marhaen.

Juga bacaPanduan Perodua Viva terpakai - kereta bandar semurah RM 10k, Axia 'mahal sangat'? Ini jawapannya

Perodua Axia terpakai - dari RM 27k, kereta bandar/kereta pertama yang kekal relevan untuk dibeli! 02

Enam varian ditawarkan dan semuanya menggunakan enjin 1.0 liter 1KR-DE 3-silinder yang menghasilkan 67 PS/90 Nm. Unit yang tiada Dynamic Variable Valve Timing (DVVT) ini dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan atau automatik 4 kelajuan.

Perodua Axia terpakai - dari RM 27k, kereta bandar/kereta pertama yang kekal relevan untuk dibeli! 03

Kemudian pada tahun 2017, kemas kini pertama untuk Axia membawa penampilan baru yang serasi dengan Bezza yang baru diperkenalkan pada waktu itu. Kemaskini facelift Axia pertama juga melihat penggunaan enjin 1.0 liter yang dilengkapi dengan DVVT. Kuasa telah ditingkatkan kepada 68 PS dan 91 Nm.

Perodua Axia terpakai - dari RM 27k, kereta bandar/kereta pertama yang kekal relevan untuk dibeli! 04

Akhirnya, pada tahun 2019, kemas kini kedua Axia diperkenalkan dengan penambahbaikan ciri keselamatan dalam bentuk ASA 2.0 pada varian tertinggi AV serta kawalan kestabilan kenderaan (VSC) standard pada kebanyakan varian. Berbicara tentang varian, kemaskini 2019 juga melihat pengenalan varian baru kepada barisan Axia, iaitu Axia Style yang mempunyai penampilan ala crossover.

Varian mana yang patut anda pilih?

Perodua Axia terpakai - dari RM 27k, kereta bandar/kereta pertama yang kekal relevan untuk dibeli! 05

Secara amnya, kami mencadangkan untuk memilih model yang dikemaskini selepas 2017 berbanding yang sebelum facelift. Selain enjin DVVT yang menawarkan ekonomi petrol yang lebih efisyen, model selepas 2017 juga menawarkan kelengkapan yang lebih banyak dari segi ciri keselamatan dan kemudahan.

Perodua Axia terpakai - dari RM 27k, kereta bandar/kereta pertama yang kekal relevan untuk dibeli! 06

Oleh itu, varian Axia terbaik yang disyorkan selepas 2017 adalah Axia AV dengan AEB yang diperkenalkan pada tahun 2019. Varian terbaik seterusnya adalah Axia SE 2017 yang menawarkan 2 beg udara, ABS dan VSC.

  • 2015 Perodua AXIA G 1.0

    RM 25,300
    RM 277
    /bulan

    59,569 km

    8.5 years

    Cheras

  • 2014 Perodua AXIA AV 1.0

    RM 27,800
    RM 305
    /bulan

    53,462 km

    9.5 years

    Petaling Jaya

  • 2016 Perodua AXIA G 1.0

    RM 25,100
    RM 288
    /bulan

    75,776 km

    7.5 years

    Masai

Perodua Axia terpakai - dari RM 27k, kereta bandar/kereta pertama yang kekal relevan untuk dibeli! 01

Kemaskini facelift 2017 juga menyelesaikan beberapa kelemahan kecil dari kelompok pertama Axia termasuk butang untuk mematikan sensor parking hadapan, kemasukan pintar dan pegangan pelepas pada penutup bonet untuk membuka but dari luar kereta.

Apa isu umum dan permasalahan Perodua Axia?

Perodua Axia terpakai - dari RM 27k, kereta bandar/kereta pertama yang kekal relevan untuk dibeli! 02

Perodua Axia secara umumnya tiada masalah seperti kebanyakan model Perodua lain. Ia merupakan kereta yang ringkas dan penjagaan amnya adalah mesra bajet. Walau bagaimanapun, isu yang paling biasa adalah mounting enjin yang perlu diganti biasanya selepas perbatuan 100,000 km. Kos penggantian tiga mounting enjin termasuk upah adalah sekitar RM 900.

Perodua Axia terpakai - dari RM 27k, kereta bandar/kereta pertama yang kekal relevan untuk dibeli! 03

Di negara yang beriklim panas seperti Malaysia, mempunyai penyaman udara yang sentiasa berfungsi dengan baik adalah penting dan oleh itu, perlu diingat apabila tiba masanya untuk mengganti condenser dan cooling coil, harganya adalah sekitar RM 1,200.

Perodua Axia terpakai - dari RM 27k, kereta bandar/kereta pertama yang kekal relevan untuk dibeli! 04

Akhirnya, terdapat penggantian tayar seperti biasa dan anda boleh mengharapkan untuk mengeluarkan belanja sekitar RM 150 setiap satu untuk jenama ternama.

Konklusi

Perodua Axia terpakai - dari RM 27k, kereta bandar/kereta pertama yang kekal relevan untuk dibeli! 05

Axia Perodua generasi pertama adalah lebih kepada alat perngangkutan asas walaupun dengan beberapa ciri nilai tambahan. Tetapi Axia tetap menjalankan tugas dengan baik untuk pengangkutan dari A ke B di samping kos pemilikan yang cukup rendah dan menjimatkan petrol.

  • 2015 Perodua AXIA G 1.0

    RM 25,300
    RM 277
    /bulan

    59,569 km

    8.5 years

    Cheras

  • 2014 Perodua AXIA AV 1.0

    RM 27,800
    RM 305
    /bulan

    53,462 km

    9.5 years

    Petaling Jaya

  • 2016 Perodua AXIA G 1.0

    RM 25,100
    RM 288
    /bulan

    75,776 km

    7.5 years

    Masai

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda