window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Myvi bukan sekadar kejuruteraan ringkas, ini jumlah mikrocip yang ada pada sebuah Myvi!

Haris · May 20, 2021 08:00 PM

Perodua Myvi bukan sekadar kejuruteraan ringkas, ini jumlah mikrocip yang ada pada sebuah Myvi! 01

Dengan kenyataan catu pengeluaran oleh RHB Investment baru-baru ini, pengeluaran Perodua Myvi didakwa paling terkesan oleh gangguan bekalan semikonduktor yang berterusan. Hal ini menimbulkan persoalan, berapa banyak mikrocip yang ada pada Myvi sebenarnya?

Jawapan ringkas, sangat banyak.

Perodua Myvi bukan sekadar kejuruteraan ringkas, ini jumlah mikrocip yang ada pada sebuah Myvi! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebuah kereta moden seperti Perodua Myvi, walaupun kelihatan seperti model biasa, pertengahan dan sebagai hatchback segmen B yang berpatutan, ia sebenarnya mempunyai sebilangan litar elektronik di dalamnya.

Perodua Myvi bukan sekadar kejuruteraan ringkas, ini jumlah mikrocip yang ada pada sebuah Myvi! 01

Sebagai contoh, suite ASA 2.0 yang merangkumi brek kecemasan autonomi (AEB) pada Perodua Myvi. Walaupun pada asasnya hanya kelihatan 2 kamera yang berada di belakang cermin pandang belakang, hakikatnya, ia adalah lebih dari sekadar 2 kamera sahaja.

Perodua Myvi bukan sekadar kejuruteraan ringkas, ini jumlah mikrocip yang ada pada sebuah Myvi! 02

Sistem ASA memerlukan litar khas yang berhubung dengan sistem brek kenderaan, sebagai sebahagian daripada sistem brek kecemasan autonomi.

Sistem yang sama juga perlu disambungkan ke penggera yang berbunyi ketika mengesan perlanggaran yang akan berlaku (Forward Collision Warning), atau ketika kenderaan di depan telah bergerak dan pemandu tidak bertindak balas (Front Departure Alert).

Perodua Myvi bukan sekadar kejuruteraan ringkas, ini jumlah mikrocip yang ada pada sebuah Myvi! 03

Semua komponen ini perlukan sistem litar elektronik tersendiri

Dan itu semua hanya berkaitan dengan suite ASA sahaja. Perodua Myvi mempunyai banyak sistem elektronik tersendiri, antaranya adalah:

  1. kluster instrumen
  2. headunit dan sistem infotainment
  3. kawalan penyaman udara digital
  4. sistem penggera dan immobilizer
  5. sistem kemasukan tanpa kunci
  6. sistem start / stop automatik
  7. kawalan enjin dan transmisi.

Perodua Myvi bukan sekadar kejuruteraan ringkas, ini jumlah mikrocip yang ada pada sebuah Myvi! 04

Menurut beberapa sumber, komponen utama yang bertanggungjawab menyebabkan gangguan bekalan ini adalah pemacu paparan digital (driver display). Cip kecil ini digunakan bukan hanya dalam sektor automotif, tetapi juga digunakan secara meluas dalam aspek teknologi, kerana komputer riba dan konsol permainan juga memerlukan cip penting ini.

Perodua Myvi bukan sekadar kejuruteraan ringkas, ini jumlah mikrocip yang ada pada sebuah Myvi! 05

Pandemik Covid-19 yang berterusan telah memaksa orang ramai untuk bekerja dari rumah, dan ini telah meningkatkan permintaan untuk komputer riba, kelengkapan rangkaian (router misalnya) yang lebih baik dan juga konsol permainan.

Ini secara langsung mendorong permintaan peralatan elektronik dan menyebabkan pengeluaran tidak dapat memenuhi permintaan.

Perodua Myvi bukan sekadar kejuruteraan ringkas, ini jumlah mikrocip yang ada pada sebuah Myvi! 06

Dalam kes Perodua Myvi, perincian mengenai gangguan bekalan cip ini kurang jelas tetapi hakikatnya ia berlaku: tanpa cip ini, Perodua perlu mengurangkan (atau mencatu) pengeluaran Perodua Myvi kerana stok cip ini sangat terhad. Walaupun hanya satu bahagian kecil, kenderaan tidak dapat disatukan kerana rangakian pengeluaran dan logistik rantaian bekalan sangat kompleks.

Oleh itu, jika anda terfikir untuk membeli sebuah Perodua baru, disarankan untuk berjumpa dengan perunding jualan dahulu untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan semasa, jika tidak, giliran menunggu boleh jadi sangat lama.

Artikel berkaitan:

Perodua catu pengeluaran kenderaan, Myvi paling terkesan daripada gangguan bekalan cip!

Perodua kemaskini tempoh menunggu, 4 bulan untuk terima kenderaan akibat gangguan bekalan!

Masalah alat ganti Proton berpunca dari sistem IT dalaman, bukan bekalan!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda