window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Myvi facelift bakal dilancar di Indonesia pada Julai 2022, PSDA tiada langsung?

Faisal · Mar 23, 2022 08:00 PM

Perodua Myvi facelift bakal dilancar di Indonesia pada Julai 2022, PSDA tiada langsung? 01

Seperti yang anda tahu, Perodua Myvi yang merupakan buah hati kepada Malaysia turut dieksport ke beberapa pasaran luar. Antaranya seperti Indonesia dan di sana, ia memakai nama Daihatsu Sirion.

Perodua Myvi facelift bakal dilancar di Indonesia pada Julai 2022, PSDA tiada langsung? 02

Walaupun Daihatsu di Indonesia begitu laku, nasib yang sama tidak menyebelahi Sirion langsung. Dalam kelasnya, Sirion adalah antara model yang termurah tetapi ia tetap kalah di tangan pesaing seperti Toyota Yaris dan Honda City Hatchback.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Myvi facelift bakal dilancar di Indonesia pada Julai 2022, PSDA tiada langsung? 01

Walaupun jualannya agak hambar (hatchback pula tidak berapa laku di sana), Daihatsu mungkin melancarkan juga Sirion facelift, iaitu pada Julai 2022.

Perodua Myvi facelift bakal dilancar di Indonesia pada Julai 2022, PSDA tiada langsung? 02

Kabin Perodua Myvi facelift.

Di sana, Sirion hanya ditawarkan dengan enjin 1.3L. Model facelift nanti bakal hadir dengan transmisi D-CVT untuk ganti automatik 4 kelajuan yang sudah lama digunapakai.

Perodua Myvi facelift bakal dilancar di Indonesia pada Julai 2022, PSDA tiada langsung? 03

ADAS PSDA pada Myvi facelift nampaknya tidak akan tiba di Jakarta.

Menariknya, sumber yang diperoleh dari rakan jiran kami iaitu AufoFun ID memberitahu bahawa Sirion facelift nanti tidak akan ditawarkan dengan sistem bantuan keselamatan ADAS langsung. Di Malaysia, Myvi facelift varian 1.3 G dan ke atas dilengkapkan standard dengan ADAS Perodua Safety Drive Assist (PSDA).

Juga bacaPerodua Myvi facelift 2022 kini rasmi di Malaysia – dari RM 46k - 59k, D-CVT, ADAS PSDA!

Perodua Myvi facelift bakal dilancar di Indonesia pada Julai 2022, PSDA tiada langsung? 04

Varian 1.3 G dengan PSDA di Malaysia.

Bagi anda yang belum tahu, Perodua juga ada varian 1.3 G tanpa PSDA. Jadi, spesifikasi yang bakal Indonesia dapat nanti mungkin mirip varian ini. Menurut sumber, PSDA tidak ditawarkan bagi mengekalkan harga yang rendah. Kalau tidak, harganya akan mahal kerana ia diimport dari Malaysia.

Juga bacaCukai baru Indonesia naikkan harga Daihatsu Sirion, lebih mahal berbanding Perodua Myvi!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda