window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton X50 kini dieksport ke Mauritius, 2 varian, harga dari RM 122k!

Haris · Feb 14, 2022 11:59 AM

Proton X50 kini dieksport ke Mauritius, 2 varian, harga dari RM 122k! 01

Proton X50 telah mula dijual di Mauritius minggu lepas, dengan harga bermula dari MUR 1,275,000 (~RM 122k). SUV segmen B itu diimport (CBU) dari Malaysia. Mauritius merupakan sebuah pulau kecil di selatan Afrika, berdekatan dengan Madagascar. Proton sudah beberapa tahun bertapak di sana dengan Proton X70.

Proton X50 kini dieksport ke Mauritius, 2 varian, harga dari RM 122k! 02

Dua varian yang ditawarkan di sana ialah Sport dan Flagship. Kedua-dua varian dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter TGDI tiga silinder pengecas turbo yang menghasilkan 177 PS dan 265 Nm, disambungkan pada transmisi automatik dwi-klac (DCT) 7-kelajuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Spyshot: Proton X70 dan X50 diintip di Thailand, dua-dua bakal guna enjin 1.5 liter turbo?

Proton X50 kini dieksport ke Mauritius, 2 varian, harga dari RM 122k! 01

Sambutan untuk Proton X50 di Mauritius amat menggalakkan, kerana 10 unit awal yang ditawarkan semasa fasa pra-tempahan telah habis dijual pada hari yang sama.

Baca: Penyelesaian bagi masalah bekalan alat ganti untuk Proton X70 dan X50 kini sedang diusahakan

Proton X50 kini dieksport ke Mauritius, 2 varian, harga dari RM 122k! 02

Varian Flagship spesifikasi teratas mencerminkan model spesifikasi Malaysia. Oleh itu, ia mendapat pelbagai ciri yang sama, termasuk warna 2 tona, roda aloi dwi-tona 18-inci, sistem infotainmen kawalan suara “Hi Proton”, serta keupayaan pemanduan autonomi Tahap 2.

Sebagai rujukan, Proton X50 di Malaysia ditawarkan dalam empat varian: 1.5T Standard, 1.5T Executive, 1.5T Premium dan 1.5 TGDI Flagship. Harga X50 berspesifikasi Malaysia bermula dari RM 79,200.

Baca: Sistem bantuan pemandu Tahap 2 pada Proton X50 setaraf Tesla!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda