window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Renault Espace F1 1994 – MPV dengan 820 PS dan tahap kelajuan 317 km/j!

Zamil Syaheer · Jul 19, 2020 01:30 PM

Renault Espace F1 1994 – MPV dengan 820 PS dan tahap kelajuan 317 km/j! 01

Pada tahun 1994, pengeluar kenderaan Renault ingin menyambut ulangtahun MPV Renault Espace yang ke-10.

Renault Espace F1 1994 – MPV dengan 820 PS dan tahap kelajuan 317 km/j! 02

Teksi Enviro 2000 ini berasaskan Renault Espace III, model generasi seterusnya.

Jika anda tidak tahu atau pernah dengar apa itu Renault Espace, anda ingat tak suatu ketika dulu pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan KL Sentral ada sebuah MPV yang diberi nama Enviro 2000? Haa…itu asalnya sebuah Renault Espace.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbalik semula pada rencana kita, Renault ingin melakukan sesuatu yang luar biasa untuk mempromosikan kejayaan Renault Espace mereka.

Renault Espace F1 1994 – MPV dengan 820 PS dan tahap kelajuan 317 km/j! 01

Matra-Simca Bagheera "Courrèges" '1974–76, sebuah kereta klasik dari Matra.

Ketika itu, Renault bekerjasama degan sebuah syarikat yang dipanggil Matra (Mécanique Aviation Traction) untuk pembinaan dan produksi Renault Espace standard untuk penjualan awam.

Sedikit sejarah tentang Matra. Mereka pernah terlibat dalam pembuatan kenderaan sejak tahun 1963. Pengasasnya, Jean-Luc Lagardère menyedari nilai promosi sektor sukan permotoran untuk mempromosikan penjualan, memutuskan bahawa Matra harus terlibat sama.

Renault Espace F1 1994 – MPV dengan 820 PS dan tahap kelajuan 317 km/j! 02

Matra MS10 '1968–69.

Sejak itu, Matra telah membina dan berlumba dalam siri Formula 2, Formula 3, Formula 1 termasuklah perlumbaan sportscar. Mereka merangkul pelbagai kejuaraan seperti memenangi acara perlumbaan Le Mans 24 Jam pada tahun 1972, 1973 dan 1974 sebelum memutuskan untuk menarik diri dari segala aktiviti sukan permotoran.

Renault Espace F1 1994 – MPV dengan 820 PS dan tahap kelajuan 317 km/j! 03

Jadi ini ibarat projek ‘kacang goreng’ bagi Matra. Cuma sekarang, Renault memerlukan enjin Formula 1 bagi memulakan projeknya. Nak dijadikan cerita, pada masa itu Renault adalah pembekal enjin kepada pasukan Formula 1 Williams Racing.

Enjin Renault RS5 3.5 liter, 40-valve V10 dengan kuasa maksima 820 PS dan 705 Nm ini mampu rev melebihi 13,000 rpm! 

Renault Espace F1 1994 – MPV dengan 820 PS dan tahap kelajuan 317 km/j! 04

Kereta Formula 1 Williams FW15C. Enjin yang sama di casis F1 ini hanya terhad kepada 700 PS sahaja!

Dengan kuasa, tork dan prestasi yang luar biasa, enjin ini yang dipadankan dengan kereta lumba Williams FW15C telah membawa pulang juara keseluruhan kejuaraan Formula 1 pada tahun 1993.

Renault Espace F1 1994 – MPV dengan 820 PS dan tahap kelajuan 317 km/j! 05

Matra dan Williams Racing kemudiannya memulakan tugas untuk mencipta ‘hibrid’ MPV dan Formula 1 ini. Serat karbon digunakan secara meluas untuk menguatkan badan dan membentuk sayap belakang serta sisi yang lebar.

Malah transimisi separa automatik 6-kelajuan dan suspensi belakang juga diambil terus dari Williams FW15C. Hanya beberapa bahagian seperti bonet depan, pintu belakang, panel bumbung, dan kaca sahaja yang diambil dari Espace standard.

Renault Espace F1 1994 – MPV dengan 820 PS dan tahap kelajuan 317 km/j! 06

Sama seperti kereta Formula 1, anda memerlukan seluruh pasukan dan jurutera F1 untuk menyiapkan enjin untuk dinyalakan dan memastikan ia hidup dengan selamat. Penggunaan komputer riba dan external starter adalah sebahagian daripada proses permulaan biasa.

Jika anda nak ambil anak anda dari sekolah,  anak anda kena tunggu lama sedikit.

Renault Espace F1 1994 – MPV dengan 820 PS dan tahap kelajuan 317 km/j! 07

Bahagian dalamannya pula hanya boleh menampung empat orang sahaja dan bukannya tujuh seperti Espace biasa. Ini kerana reka bentuk suspensi, posisi enjin dan kotak transmisi memakan ruang dalaman demi mengekalkan posisi pacuan mid-ship (enjin di bahagian tengah belakang).

Sesiapa yang duduk di behagian belakang boleh dapat melihat enjin V10 melalui plastik lutsinar serta mendengar bunyi yang padu, umph!

Dengan diet gentian karbon, Matra dan Williams Racing berjaya menurunkan beratnya dari 2,000 kg+ sehingga 1,300 kg. Pecut dari keadaan statik dan anda akan mencapai 100 km/j dalam 2.8 saat, 190 km/j dalam 6.9 saat, sebelum mencapai kelajuan maksima pada 317 km/j.

Malah, kereta Formula 1 yang menyamar sebagai MPV ini hanya memerlukan jarak kurang dari 600 meter (1,969 kaki) untuk menyelesaikan tugasan 0-270-0 km/j. Brek depan dia pakai carbon ceramic tu beb…

Renault Espace F1 1994 – MPV dengan 820 PS dan tahap kelajuan 317 km/j! 08

Ciptaan yang tidak masuk akal ini menghasilkan kekuatan lateral-g sebanyak 2G. Namun disebabkan ianya masih mempunyai pusat graviti yang tinggi ditambah pula dengan pengekangan berat 1,300 kg untuk ditandingi, Renault Espace F1 ini mengambil selekoh "kadang-kadang dengan tiga, kadang-kadang dengan dua roda di tanah".

Renault Espace F1 1994 – MPV dengan 820 PS dan tahap kelajuan 317 km/j! 09

Sistem limited slip differential (LSD) di gandar belakang dan kawalan daya tarikan terhad adalah bonus tambahan yang membantu MPV ini mengambil selekoh dengan lebih ‘senang’.

Renault Espace F1 1994 – MPV dengan 820 PS dan tahap kelajuan 317 km/j! 10

Untuk sebab yang jelas, Espace F1 kekal sebagai sebuah kereta konsep. Kini, MPV tidak masuk akal ini menjadi ahli tetap Muzium Matra di Perancis dan akan kekal dalam sejarah sebagai salah satu konsep Renault yang paling hebat.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda