window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

RM 800 juta saman tertunggak. JPJ bakal senarai hitam lesen memandu pesalah!

Haris · Jul 14, 2020 11:00 AM

RM 800 juta saman tertunggak. JPJ bakal senarai hitam lesen memandu pesalah! 01

Sejak tahun 2010, terdapat sebanyak 2.7 juta saman berjumlah RM 800 juta secara keseluruhannya belum diselesaikan oleh pesalah trafik.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shahruddin Khalid berkata saman tersebut merangkumi kesalahan seperti memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tiada lesen memandu.

RM 800 juta saman tertunggak. JPJ bakal senarai hitam lesen memandu pesalah! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"JPJ akan mengambil tindakan kepada pengguna jalan raya yang tidak mahu membayar saman tertunggak antaranya dengan menyenarai hitam nama mereka sekiranya memperbaharui lesen memandu," katanya dalam temu bual dengan Bernama hari ini.

Dalam perkembangan lain, Shahruddin turut berkata pihak JPJ sedang menyelaraskan had laju maksimum pada kelajuan 110 km/j di semua laluan lebuh raya utama seluruh Malaysia.

RM 800 juta saman tertunggak. JPJ bakal senarai hitam lesen memandu pesalah! 01

Kredit gambar: Berita Harian

Selain itu, terdapat penguatkuasaan had laju maksimum 70 km/j sebelum dan selepas Terowong Menora di Ipoh, Perak.

Langkah tersebut diambil bagi mengurangkan risiko kemalangan dan laluan tersebut telah dikenal pasti sebagai salah satu laluan panas.

Penguatkuasaan had laju ini bakal diperketatkan dengan jumlah kamera AWAS sebanyak 49 buah kamera di seluruh Malaysia.

Sumber: Bernama

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda