![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 01]()
Uniknya, Toyota Land Cruiser hanya bermula dari sebuah jip yang ringkas sahaja. Tetapi permulaan yang rendah hati inilah yang telah mencorakkan kekuatan yang dimiliki oleh Land Cruiser sehinga ke hari ini.
Toyota Jeep (BJ) – 1951
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 02]()
Sewaktu tentera Jepun tawan Filipina pada tahun 1941, mereka terjumpa sebuah jip Amerika dan berhasrat untuk membawanya pulang ke tanah air. Disebabkan terlalu bagus, kerajaan Jepun telah mengarahkan Toyota untuk menghasilkan trak ringan yang serupa untuk kegunaan ketenteraan.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 03]()
Maka itu, terhasillah Toyota AK10. Ia dikuasakan oleh enjin Type C 2.3L 4 silinder dari Toyota AE sedan. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi manual 3 kelajuan serta 2 gear rendah. Kemudian pada tahun 1951, Toyota Jeep BJ diperkenalkan untuk kegunaan pasukan pertahanan Jepun seperti polis dan ketenteraan.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 04]()
Menariknya, jentera ini menggunakan casis trak kecil Model SB tetapi ditambah dengan pacuan empat roda. Dari segi teknikal, ia dikuasakan oleh enjin petrol Type B 3.4L 6 silinder sebaris (85 PS, 215 Nm tork) yang mana ia digunakan juga pada kereta Model AA dan Model AC ketika itu.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 05]()
Walaupun enjin Toyota Jeep BJ ini gagah, ia tidak mempunyai gear rendah. DIsebabkan itu, pasukan pertahanan Jepun memilih Mitsubishi Jeep (dilesenkan oleh Jeep). Lagipun, Jeep mempunyai rekod yang baik. Jadi untuk mengelakkan pembaziran, Toyota Jeep BJ ditukar untuk kegunaan ramai yang mana ia masuk ke produksi besar pada tahun 1953.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 06]()
Oleh kerana karakter yang bersahaja walaupun pada permukaan yang mencabar, Toyota berhasrat untuk tukar nama Jeep BJ kepada Land Cruiser.
Land Cruiser 20 – 1955
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 07]()
Land Cruiser pertama ini memaparkan unsur yang lebih sesuai untuk kegunaan ramai. Untuk itu, ia hadir dengan pilihan jarak roda 2,285 mm, 2,430 mm, dan 2,650 mm. Di samping itu, suspensi jenis leaf spring yang terdahulu ditala semula supaya lebih selesa.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 08]()
Selain enjin 3.4L yang sama, Land Cruiser 20 turut datang dengan enjin Type F 6 silinder sebaris berkapasiti 3.9L (125 PS). Antara pembaharuan lain ialah kehadiran pacuan roda belakang (untuk rondaan polis) dan gear rendah 1 kelajuan yang khusus untuk model berpacuan empat roda.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 09]()
Dari segi pilihan, Land Cruiser 20 hadir dengan badan jenis trak pikap, station wagon berpintu empat, dan bumbung jenis softtop dan hardtop.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 10]()
Dengan reputasi tahan lasak yang begitu cemerlang, Land Cruiser 20 telah menjadi senjata buat strategi eksport Toyota. Disebabkan itu, Land Cruiser mula dieksport besar-besaran ke Amerika Utara dan pasaran luar negara yang lain.
Land Cruiser 40 – 1960
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 11]()
Land Cruiser yang dikenali sebagai FJ40 ini menampilkan pembaharuan yang membentuk sebuah ikon. Dari segi visual, Land Cruiser 40 tampil dengan gaya yang lebih bersudut, bumbung berwarna putih, dan overhang yang pendek.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 12]()
Kalau anda nak tahu, inilah Land Cruiser pertama yang datang dengan gear rendah 2 kelajuan. Menariknya pada tahun 1965, Land Cruiser 40 dijulang sebagai kereta Toyota paling laris di Amerika.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 13]()
Pada tahun 1973, enjin diesel Type H berkapasiti 3.6L 6 silinder sebaris pula diperkenalkan. Tahun seterusnya, Land Cruiser 40 mendatangkan pilihan enjin diesel berkapasiti 3.0L 4 silinder untuk kadar cukai yang lebih rendah.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 14]()
Oleh kerana sambutan yang baik, keluaran generasi ini diteruskan sehingga ke tahun 1983.
Land Cruiser 55 (Station Wagon) – 1967
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 15]()
Sekitar tahun 60-an, pembeli mula menggemari kereta pacuan 4 roda yang lebih peribadi dan praktikal. Disebabkan itu, varian wagon yang ada sejak Land Cruiser generasi 20 dipecahkan kepada siri Station Wagon pada tahun 1967. Maka itu, bermulalah keluaran Land Cruiser 55 yang mana ia hadir dengan jarak roda yang lebih panjang dan reka bentuk yang unik. Land Cruiser yang ada sejak awal pula dikategorikan sebagai siri Heavy Duty.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 16]()
Pada tahun 1969, enjin 3.9L yang ada selama ini dinaikkan ke 130 PS. Apapun, ia kekal dengan transmisi 4 kelajuan manual serta gear rendah 2 kelajuan.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 17]()
Kemudiannya, enjin 4.2L 6 silinder sebaris (135 PS) dengan transmisi manual 4 kelajuan diperkenalkan pada tahun 1975 untuk menepati piawaian kadar pelepasan yang semakin ketat. Di tahun yang sama, Land Cruiser 40 juga diperbaharui dengan trenkuasa ini.
Land Cruiser 60 (Station Wagon) – 1980
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 18]()
Siri Station Wagon untuk Land Cruiser beransur ke generasi seterusnya dengan gaya yang lebih moden. Sebagai generasi baru, ia hadir dengan pilihan enjin 3.4L diesel 4 silinder. Selain itu, kerusi depan jenis bangku yang datang pada generasi-generasi sebelumnya digantikan dengan kerusi individu untuk sokongan postur yang lebih baik. Namun begitu, kapasiti penumpang perlu dikurangkan dari 6 kepada 5.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 19]()
Kalau anda nak tahu, inilah Land Cruiser pertama yang datang standard dengan penyaman udara, stereng kuasa, dan kerusi fabrik.
Pada tahun 1988, Land Cruiser 60 diperbaharui dengan pilihan enjin diesel dan petrol berkapasiti 4.0L 6 silinder sebaris (155 PS).
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 20]()
Tidak cukup dengan itu, varian yang dilengkapkan dengan pengecas turbo, EFI, transmisi automatik, dan sistem kunci differential juga turut hadir di tahun kemudian.
Land Cruiser 70 – 1984
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 21]()
Land Cruiser siri Heavy Duty mendatangkan generasi seterusnya pada tahun 1984 yang mana ia tampil dengan gaya baru dan cermin yang lebih bersudut. Bagi menampung keperluan yang lebih pelbagai, Land Cruiser 70 ditawarkan dengan 5 pilihan jarak roda (2,310 mm – 3,180 mm).
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 22]()
Pada tahun 1999, suspensi leaf spring yang diguna pada gandar depan digantikan dengan coil spring untuk peningkatan tahap keselesaan kenderaan.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 23]()
Sumber kuasa untuk Land Cruiser 70 terdiri dari enjin diesel dan petrol melalui pilihan 4 ataupun 6 silinder. Unik untuk kali ini ialah tawaran enjin V8 diesel berkapasiti 4.5L.
Land Cruiser 70 (Light Duty) - 1985
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 24]()
Selain kegunaan lasak dan berat, Land Cruiser juga sering digunakan untuk tujuan santai yang mana pengguna lebih mementingkan aspek keselesaan dan gaya. Untuk itu, siri baru iaitu Light Duty diperkenalkan ke pasaran pada tahun 1985.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 25]()
Menariknya, ia datang dengan enjin diesel 2.4L berpengecas turbo untuk prestasi pemanduan yang menakjubkan. Selain itu, Land Cruiser 70 Light Duty dilengkapkan dengan suspensi coil spring yang lebih moden dan kerusi belakang yang lebih sedap.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 26]()
Tidak cukup dengan itu, bahagian dalamnya juga menerapkan unsur trim seperti kereta konvensional.
Land Cruiser 80 (Station Wagon) – 1989
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 27]()
Siri Station Wagon untuk Land Cruiser bersinambung pada generasi baru dengan pembaharuan yang mana ia boleh memuatkan 8 orang sekaligus. Selari dengan teknologi baru, Land Cruiser 80 yang digelar sebagai 'Ninja Turtle' ini datang dengan suspensi coil spring yang lebih selesa. Malah, varian yang lebih atas turut hadir dengan sistem pacuan 4 roda sepenuh masa dan differential tengah yang boleh dikunci.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 28]()
Disebabkan pasaran besar yang semakin kompetitif, gaya, spesifikasi, dan kelengkapan juga dinaik taraf sehingga ia dianggap sebagai sebuah SUV yang mewah.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 29]()
Pada mulanya, Land Cruiser 80 didatangkan dengan enjin petrol 6 silinder sebaris. Tetapi pada tahun 1992, ia digantikan dengan enjin 24 injap 4.5L 6 silinder sebaris (215 PS, 373 Nm tork).
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 30]()
Dengan adanya ciri seperti kerusi kulit elektronik dan sistem audio canggih, Land Cruiser 80 telah menjadi asas buat Lexus LX, iaitu SUV pertama buat jenama mewah Toyota.
Land Cruiser Prado 70 (Light Duty) – 1990
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 31]()
Siri Light Duty kali ini diperbaharui dengan penambahan varian 5 pintu dan penggunaan nama Land Cruiser Prado. Untuk pengetahuan anda, nama ini dirasmikan untuk menyaingi Mitsubishi Pajero yang hangat di pasaran ketika itu.
Unik untuk varian 5 pintu juga ialah konfigurasi 3 baris tempat duduk yang boleh memuatkan 8 orang sekaligus.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 32]()
Pada mulanya, Land Cruiser Prado 70 dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.4L 4 silinder SOHC (97 PS). Pada tahun 1993, ia digantikan dengan enjin 3.0L turbodiesel 4 silinder (130 PS). Pilihan transmisi yang ditawarkan pula ialah manual 5 kelajuan dan automatik 4 kelajuan.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 33]()
Sebagai Land Cruiser yang khas untuk kegunaan aktif, ia kekal dengan sistem pacuan 4 roda separuh masa tetapi gear rendah 2 kelajuan tetap didatangkan.
Land Cruiser Prado 90 (Light Duty) – 1996
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 34]()
Land Cruiser Prado yang seterusnya ini meletakkan fokus kepada kenderaan 4WD untuk keluarga. Kali ini, model berpintu 3 nampak lebih sporty, manakala model yang berpintu 5 tampil dengan unsur yang lebih ranggi.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 35]()
Untuk generasi ini, Land Cruiser Prado dilengkapkan dengan pacuan 4 roda sepenuh masa. Suspensinya pula adalah sama dengan Hilux Surf yang mana bahagian depan menggunakan independent double wishbone dengan sistem coil spring. Bahagian belakang pula datang dengan lateral rod.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 36]()
Dari segi trenkuasa, Land Cruiser Prado 90 beransur dengan enjin 3.0L turbodiesel tetapi dinaikkan ke 140 PS. Pilihan yang baru termasuklah enjin petrol 3.4L V6 DOHC (185 PS).
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 37]()
Pada tahun 1997, enjin petrol 2.7L 4 silinder DOHC (150 PS) turut ditawarkan. Kemudian pada tahun 2000, enjin 3.0L common rail diesel 1KD-FTV (170 PS) diperkenalkan bagi menggantikan enjin turbodiesel yang ada sebelumnya.
Land Cruiser 100 (Station Wagon) – 1998
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 38]()
Siri Station Wagon diperbaharui dengan Land Cruiser 100 bagi menggantikan Land Cruiser 80 yang terdahulu. Generasi yang dikenali sebagai 'Ninja King' ini menaikkan imej Land Cruiser sebagai sebuah 4X4 yang mewah dengan peningkatan saiz yang ketara.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 39]()
Disebabkan itu, standard trenkuasanya ditawarkan sehingga ke enjin 32 injap 4.7L V8 DOHC (235 PS, ditingkatkan ke 275 PS pada tahun 2006). Pada awalnya, ia dipadankan dengan transmisi automatik 4 kelajuan ECT-i tetapi pada tahun 2002, ia digantikan dengan 5 kelajuan.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 40]()
Untuk kali ini, suspensi depan jenis rigid axle yang ada pada Land Cruiser 80 terdahulu digantikan dengan independent double wishbone dan sistem spring torsion bar. Uniknya, inilah Land Cruiser pertama yang datang dengan sistem night vision dan suspensi udara yang mana Toyota memanggilnya sebagai Electronic Modulated Suspension (TEMS). Ia berfungsi sekali dengan Active Height Control (AHC).
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 41]()
Kalau anda nak tahu, generasi inilah yang memakai nama Cygnus yang mana ia sering menjadi sebutan ramai. Land Cruiser 100 juga menjadi asas buat Lexus LX generasi kedua.
Land Cruiser Prado 120 (Light Duty) – 2002
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 42]()
Memasuki alaf baru, Land Cruiser Prado menerima generasi seterusnya dengan casis yang lebih kukuh. Bercakap mengenai baru, Land Cruiser Prado 120 turut dilengkapkan dengan Torsen Limited Slip Differential yang moden untuk prestasi atas jalan dan offroad yang mantap.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 43]()
Antara teknologi baru yang ada ialah Active Traction Control System (ATRC) dan suspensi udara TEMS di belakang.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 44]()
Pilhan trenkuasa untuk Land Cruiser Prado 120 termasuklah enjin petrol V6 3.4L dan 2.7L serta enjin 3.0L intercooler diesel yang ada pada generasi sebelum ini.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 45]()
Menariknya, model ini turut menjadi asas buat Lexus GX generasi pertama.
Land Cruise 70 – 2007
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 46]()
Disebabkan permintaan yang tinggi buat Land Cruiser convensional yang serba lasak, generasi 70 yang dikeluarkan sejak tahun 1984 menerima pembaharuan yang begitu ketara pada tahun 2007.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 47]()
Antaranya seperti wajah depan dan papan pemuka yang jauh lebih moden tetapi bahagian tiang A sampai ke belakang masih kekal seperti dahulu. Disebabkan Toyota ingin muatkan enjin V8 turbodiesel, ukuran lebar pada bahagian depan juga dinaikkan sebanyak 80 mm.
Land Cruiser 200 (Station Wagon) – 2007
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 48]()
Di tahun yang sama, Land Cruiser siri Station Wagon turut diperbaharui. Untuk kali ini, enjin 4.7L V8 beransur dengan teknologi VVT-i yang mana ia menambah kuasa sebanyak 53 PS. Antara ciri baru yang membuat debut pada Land Cruiser yang dikenali sebagai 'Super King' ini ialah ciri CRAWL yang mana ia mengekalkan kelajuan rendah sewaktu melalui permukaan tidak rata ataupun curam. Selain itu, Torsen LSD juga didatangkan buat kali pertama.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 49]()
Apa yang lebih menarik ialah pilihan enjin petrol 5.7L V8 (386 PS, 544 Nm tork) yang mana ia turut didatangkan pada kembarnya iaitu Lexus LX generasi ketiga.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 50]()
Untuk model facelift, enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan. Di samping itu, Land Cruiser 200 juga ditawarkan dengan pilihan enjin diesel 4.5L V8 (235 PS, 650 Nm tork).
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 51]()
Sepanjang pengeluarannya sampai ke hari ini, Land Cruiser 200 telah menerima beberapa pembaharuan dari segi penampilan, ciri, dan kelengkapan.
Land Cruiser Prado 150 (Light Duty) – 2009
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 52]()
Land Cruiser Prado beransur pada generasi terkini dengan peningkatan dari segi penggunaan elektronik dan enjin yang lebih bertenaga. Antara sumber kuasa yang baru ialah enjin petrol 4.0L V6 (281 PS, 381 Nm tork) dan enjin 2.8L turbodiesel (177 PS, 450 Nm tork), unit yang sama pada Hilux Rogue.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 53]()
Selain gaya yang baru, ia turut mendatangkan teknologi 4WD Toyota yang moden seperti Crawl Control System dan Multi-terrain Select System.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 54]()
Dengan arus pemodenan yang berkembang begitu pesat, Land Cruiser Prado 150 turut diperbaharui dengan ciri, gaya, dan kelengkapan yang seiring dengan zaman sekarang.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 55]()
Menariknya, Land Cruiser Prado 150 turut menjadi asas kepada Lexus GX generasi kedua.
FJ Cruiser – 2010
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 56]()
Toyota FJ Cruiser terhasil oleh cetusan idea Toyota untuk mencipta sebuah 4X4 yang unik. Model ini diinspirasikan oleh legenda Land Cruiser generasi FJ40 yang cukup hangat di tahun 60-an. Disebabkan Land Cruiser telah menjadi begitu mewah, peminat offroad yang tegar seringkali menganggap FJ Cruiser sebagai sebuah jentera 4X4 yang mutlak.
Juga baca: Toyota FJ Cruiser - digilai di Borneo dan seluruh dunia, 10 sebab kenapa anda patut beli!
Land Cruiser 300 (Station Wagon) - 2021
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 57]()
Setelah 14 tahun beransur, sudah tiba masanya untuk Land Cruiser digantikan dengan generasi baru. Dua hari lepas, Land Cruiser 300 telahpun membuat debut global. Raja segala 4X4 ini hadir dengan platform serba baru yang dikenali sebagai TNGA-F tetapi kekal dengan casis ladder frame untuk kegunaan yang lasak.
Juga baca: Toyota Land Cruiser 300 Series didebut – ‘Super King’ tukar enjin V8 ke V6, ada sentuhan Dakar Rally
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 58]()
Selain gaya yang jauh lebih moden, Land Cruiser 300 turut mendatangkan ciri bantuan keselamatan ADAS Toyota Safety Sense yang paling terkini. Menariknya, SUV ini hadir dengan Electronic Kinetic Dynamic Suspension System yang mana ia adalah yang pertama di dunia. Antara ciri baru yang didatangkan ialah Mutli Terrain Monitor dan push start button dengan pengesan cap jari.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 59]()
Dari segi trenkuasa, Land Cruiser 300 hanya dilengkapkan dengan enjin turbo V6 untuk keutamaan mesra alam yang mana ia semakin ketat. Oleh itu, bapa segala SUV ini menggunakan enjin petrol 3.5L V6 twin-turbo (415 PS, 650 Nm tork) ataupun enjin 3.3L V6 twin-turbodiesel (309 PS, 700 Nm tork). Kedua-dua sumber tenaga dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan.
Konklusi
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 60]()
Sebagai model tertua dalam barisan Toyota, Land Cruiser telah buktikan bahawa ia boleh kekal relevan sepanjang zaman. Sepanjang keluarannya, industri telah berubah ke arah kereta lebih rendah (sedan & sportscar) sehinggalah ke lebih tinggi semula (SUV) yang mana ia begitu diminati oleh pasaran sekarang.
![Sejarah Toyota Land Cruiser – pembangunan jentera serba boleh yang membentuk raja segala SUV 61]()
Dengan jualan mencecah 10 juta unit sejak keluaran pertama, Toyota Land Cruiser telah menjadi contoh industri untuk kekal gagah di persada dunia.