window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Ford Ranger Wildtrak generasi baharu diintip bersama varian rendah lain?

Haris · Oct 20, 2021 03:30 PM

Spyshot: Ford Ranger Wildtrak generasi baharu diintip bersama varian rendah lain? 01

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila model Ford Ranger generasi baharu kini telah diintip di Thailand. Sebagai sebuah negara trak pikap kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, tidak hairanlah jika ia menjadi destinasi pertama di rantau ini untuk dilancarkan.

Spyshot: Ford Ranger Wildtrak generasi baharu diintip bersama varian rendah lain? 02

Dikutip daripada kumpulan Facebook pengguna Ford Ranger Thailand, minggu ini intipan gambar Ford Ranger generasi baharu memperlihatkan 3 buah model yang dipercayai berlainan varian. Perhatikan kepada ketiga-tiga gambar di mana salah satu daripadanya mempunyai rel bumbung.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika diperhatikan dengan lebih dekat, ketiga-tiga model menggunakan lampu hadapan yang berbeza.

Also read: All-new 2022 Ford Ranger shows off its rear and sports a massive QR code

Spyshot: Ford Ranger Wildtrak generasi baharu diintip bersama varian rendah lain? 01

Sorotan juga perlu dialihkan kepada rekaan rim kerana ia berkemungkinan besar menjadi petunjuk kepada perbezaan varian.

Nampaknya Ford Ranger bakal mengenakan reka bentuk roda dua tona. Malah, varian ini berkemungkinan besar akan menjadi varian atasan.

Baca: Spyshot: Jaga-jaga, Ford Ranger generasi baru 2022 sudah diintip di Thailand!

Spyshot: Ford Ranger Wildtrak generasi baharu diintip bersama varian rendah lain? 02

Adakah ini model Ford Ranger WildTrak generasi baru?

Oleh itu, Ford Ranger varian spesifik juga nampaknya akan menerima rekaan lampu depan yang berbeza. Dalam imej yang tertiris ini, Ford Ranger paling kanan hadir dengan rekaan lampu yang berbeza. bersama dengan sepasang rel bumbung yang tidak ada pada 2 trak pikap yang lain.

Spyshot: Ford Ranger Wildtrak generasi baharu diintip bersama varian rendah lain? 03

Ford Ranger WildTrak generasi sekarang

Adakah ini Ford Ranger WildTrak generasi baharu? Sebagai rujukan, Ranger WildTrak generasi sekarang diposisikan di bawah Ranger Raptor dalam barisan varian Ranger tetapi ia adalah satu-satunya varian yang dilengkapi dengan rel bumbung.

Baca: Kebaikan dan Keburukan: Ford Ranger Wildtrak, trak gaya hidup terbaik di Malaysia?

Spyshot: Ford Ranger Wildtrak generasi baharu diintip bersama varian rendah lain? 04

Masih tiada sebarang perincian mengenai spesifikasi Ford Ranger generasi baru ini. Walaubagaimanapun, beberapa media melaporkan bahawa trak pikap ini akan menggunakan enjin plug-in hybrid (PHEV) yang menambah kuasa sehingga 267 PS dan 280 Nm.

Spyshot: Ford Ranger Wildtrak generasi baharu diintip bersama varian rendah lain? 05

Ford dijangka akan melancarkan Ford Ranger generasi baharu ini pada akhir tahun 2021 paling awal. Namun begitu, pelancaran di Malaysia mungkin bergantung kepada tarikh pelancaran Thailand berlaku. Hal ini kerana Thailand adalah pasaran trak pikap yang lebih besar dan model Malaysia selalunya akan mencerminkan model Thailand.

Baca: RASMI! Ford Ranger 2022 generasi seterusnya diacah, muka depan ala F-150!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Ford Ranger 2.0 XL (MT)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda