Honda memang sukakan Malaysia tetapi Thailand juga masih dekat di hati Honda. Nampaknya, Honda City 2021 e:HEV hybrid bakal dilancarkan di Thailand pada 24 November 2020.
Honda City 2021 e:HEV lebih dikenali dengan nama Honda City RS di Malaysia. Varian paling tinggi Honda City 2021 ini belum diumumkan harganya atas sebab-sebab tertentu. Model Honda City hybrid ini melakukan debut dunia melalui pelancaran di Malaysia.
Selain daripada Honda City hybrid e:HEV, Honda Thailand juga akan mempertontonkan Honda City Hatchback 2021 buat pertama kalinya di dunia. Model Honda City Hatchback ini akan menggantikanHonda Jazz yang hanya akan ditawarkan di Eropah.
Bukan satu malah 2 pelancaran Honda City 2021 di Thailand iaitu Honda City e:HEV Hybrid dan Honda City Hatchback. Agak menarik jika Honda Thailand mengumumkan harga Honda City hybrid e:HEV manakala Malaysia masih tidak mempunyai sebarang tanda harga bagi model Honda City RS 2021.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.