window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Honda CR-V baharu sudah menjengah ke Malaysia, dilancarkan selepas Honda WR-V?

Haris Β· Mar 9, 2023 11:00 AM

Spyshot: Honda CR-V baharu sudah menjengah ke Malaysia, dilancarkan selepas Honda WR-V? 01

Kredit: IG@careta_malaysia

Honda nampaknya dalam perancangan untuk melancarkan bukan satu, tetapi dua model SUV baharu untuk pasaran Malaysia. Kali ini, Honda CR-V baharu 2023 dengan samaran telah dikesan di sekitar Serdang, seperti yang dimuat naik di laman Instagram rakan media Careta.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

Honda CR-V baharu 2023 telah dikesan di Thailand semenjak tahun lepas dan telah disahkan untuk membuat penampilan sulung ASEAN akhir bulan ini di Bangkok International Motor Show.

Baca: SAH: Honda CR-V 2023 akan debut rantau Asia Tenggara pada bulan ini, pakai enjin 2.0L hibrid dari Civic

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Honda CR-V baharu sudah menjengah ke Malaysia, dilancarkan selepas Honda WR-V? 01

Kredit: IG@careta_malaysia

Dua pilihan trenkuasa akan ditawarkan di Thailand – 2.0 liter hibrid penuh dwi motor dan 1.5 liter Turbo VTEC. Pilihan pertama ditawarkan dalam Honda Civic e:HEV RS hibrid manakala yang pilihan kedua dibawa daripada Honda CR-V sekarang.

Dengan pelancaran Honda CR-V di Thailand bulan ini, kami mengandaikan bahawa SUV itu tidak akan dilancarkan di Malaysia sehingga akhir 2023, dengan mengambil kira tenpoh masa yang diperlukan untuk persediaan pemasangan tempatan (CKD).

Spyshot: Honda CR-V baharu sudah menjengah ke Malaysia, dilancarkan selepas Honda WR-V? 02

Tempoh persediaan selama 6 bulan adalah penting bagi mengekalkan harga yang rendah, di mana Honda Malaysia perlu memasang model baharu dengan tahap alat ganti bersumber tempatan minimum supaya Honda CR-V 2023 boleh mendapat manfaat daripada rebat cukai eksais.

Pada masa ini di Malaysia, Honda CR-V boleh didapati dalam tiga varian dan dua pilihan enjin. Harga bermula daripada RM 146,900 untuk varian asas 2.0 liter 2WD, naik sehingga RM 165,800 untuk varian TC-P 2WD 1.5 liter, dan RM 171,400 untuk varian teratas TC-P 4WD 1.5 liter.

Kredit gambar: IG@careta_malaysia

Baca: Honda CR-V 2023 kini 28% lebih mahal di Amerika! Adakah harga bakal melebihi RM 160k di Malaysia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda CR-V Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda