Suzuki Jimny 2021 - SUV segmen A je tapi harga RM 169k, kenapa mahal sangat?
Haris · Oct 5, 2021 11:00 AM
Pada harga RM 169k, kebanyakan SUV segmen C varian teratas boleh didapati seperti Proton X70, Subaru Forester, Mazda CX-5 dan Honda CR-V. Namun, itulah harga yang perlu dibayar untuk sebuah SUV segmen A terbaru di tanah air kita, Suzuki Jimny 2021.
Justeru itu, apa yang membuatkan Suzuki Jimny, dengan 2 beg udara, 2 pembesar udara, ruang kecil ini mampu menyaingi harga sebuah SUV segmen C?
Lebih menarik lagi, sudah lebih 50 unit Suzuki Jimny 2021 telah ditempah di Malaysia, dengan penghantaran baru dari Jepun untuk kumpulan ketiga akan tiba.
Jawapan pendek dan ringkas untuk persoalan mengenai Suzuki Jimny itu sendiri bermula langsung dari kilang.
Untuk memberi gambaran, kami mengambil harga kenderaan dari laman web Agensi Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, kerana ia memberikan nilai pasaran terbuka (OMV) yang lebih telus dan dekat dengan negara kita.
OMV pada asasnya adalah harga kenderaan apabila tiba di pelabuhan negara, termasuk harga borong pengedar, kos perkapalan, insurans, dan caj penghantaran. Tetapi, OMV masih belum mengambil kira cukai yang akan dikenakakan oleh kerajaan setempat. Dengan erti kata lain, OMV adalah harga yang paling hampir dengan harga bebas cukai.
Kiraan OMV Singapura
Kiraan OMV bagi Suzuki Jimny dengan spesifikasi tertinggi adalah SGD 23,443 (RM 72,125)
Sebagai perbandingan, ini adalah lebih tinggi Subaru Forester segmen C, SGD 20,071, (RM 61,768) dan Mazda CX-30, SGD 23,347 (RM 71,846).
Ya, Suzuki Jimny yang comel ini berharga lebih mahal daripada Mazda CX-30, apatah lagi model SUV segmen C yang lain.
Faktor lain yang menjadikan harganya melonjak adalah cukai import oleh kerajaan Malaysia. Sebagai model import, Suzuki Jimny buatan Jepun (CBU) dikenakan duti eksais 75% dan duti import 30%, menaikkan harga sehingga 1x ganda.
Secara teori, kereta dari Jepun boleh diimport tanpa cukai import 30%, tetapi ini bergantung kepada pengeluar yang menyerahkan dokumen 'Certificate of Origin' yang diperlukan, di samping perlu menyenaraikan tempat asal bagi setiap bahagian dan komponen.
Namun, melihat bagaimana Jimny adalah model berjumlah rendah dengan permintaan tinggi, kami tidak pasti sama ada Suzuki telah bersetuju untuk melalui proses menyiapkan dokumen yang panjang ini, apatah lagi untuk pasaran kecil seperti Malaysia.
Sebagai rujukan, Naza Eastern Motor, pengedar Suzuki terbaru di Malaysia baru saja melancarkan Suzuki Jimny 2021 serba baru ini. Varian tunggal dengan transmisi automatik 4-kelajuan dijual pada harga RM 168,900. Enjin petrol 1.5 liter aspirasi semula jadi menghasilkan sehingga 102 PS kuasa kuda dan 130 Nm tork.
Harga yang mahal tersebut sebenarnya agak berbaloi, memandangkan model-model Suzuki Jimny recond berharga lebih tinggi daripada itu tanpa jaminan langsung dari Suzuki Malaysia.
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.
Komen