Tak sah, tiada 'booking' rasmi dibuka untuk Honda Civic Type R FL5 di Malaysia setakat ini!

Haris · Aug 5, 2022 03:00 PM

Tak sah, tiada 'booking' rasmi dibuka untuk Honda Civic Type R FL5 di Malaysia setakat ini! 01

Tular di laman sosial apabila satu hantaran yang mendakwa Honda Civic Type R terbaharu, generasi FL5 telah dibuka tempahan untuk pasaran Malaysia.

Bagi peminat Civic Type R, Honda Malaysia memang ada memberi petanda kecil bahawa model terbaharu Civic Type R yang berkemungkinan besar akan hadir ke Malaysia namun langsung tidak mendedahkan sebarang perincian lanjut. Hanya mengacah dengan ayat "stay tuned" sahaja.

Tak sah, tiada 'booking' rasmi dibuka untuk Honda Civic Type R FL5 di Malaysia setakat ini! 02

Walaubagaimanapun, satu hantaran telah dibuat oleh seorang individu dipercayai penasihat jualan Honda seolah-olah memberi bayangan bahawa tempahan sudah rasmi dibuka untuk Honda Civic Type R FL5.

Dalam hantaran tersebut, harga yang dicadangkan untuk sedan prestasi itu adalah sekitar RM 350k - RM 380k dengan wang pendahuluan tempahan sebanyak RM 3,000 sahaja. Kurang dari 1 peratus daripada anggaran harganya.

Tak sah, tiada 'booking' rasmi dibuka untuk Honda Civic Type R FL5 di Malaysia setakat ini! 01

Menariknya, Honda Civic Type R FL5 ini baru sahaja didedahkan sebagai debut model sahaja. Penampilan pertama ini memberi sedikit perincian mengenai apa yang ditawarkan di samping memberikan keterujaan terhadap pelancaran rasminya nanti. Menyusul selepas itu adalah pelancaran rasmi di Jepun hanya akan dilakukan sekitar September 2022.

Hal ini bermakna, harga rasmi bagi Honda Civic Type R FL5 masih BELUM diumumkan oleh Honda Motor Co., Ltd serta masih BELUM dibuka untuk jualan di Jepun!

Baca: Honda Civic Type R 2023 generasi baharu membuat debut - 2.0L turbo, manual 6 kelajuan, mod +R!

Tak sah, tiada 'booking' rasmi dibuka untuk Honda Civic Type R FL5 di Malaysia setakat ini! 02

Beberapa perincian Civic Type R FL5

Oleh itu, agak mustahil untuk pengguna di Malaysia dapat menempah model tersebut sebelum ia dilancarkan secara rasmi di Jepun mahupun pasaran global.

Dokumentasi dan kertas kerja yang betul diperlukan untuk membawa Honda Civic Type R ke Malaysia melalui saluran rasmi dan ini sahaja mungkin akan sedikit memakan masa.

Honda Civic Type R baharu kekal menggunakan enjin 2.0L Turbo VTEC yang menghamburkan sekitar 310 PS dan 400 Nm tork. Padanan transmisi adalah dengan kotak gear manual 6-kelajuan beserta sistem rev matching.

Tak sah, tiada 'booking' rasmi dibuka untuk Honda Civic Type R FL5 di Malaysia setakat ini! 03

Selain itu, Honda Malaysia Sdn Bhd turut menyeru pembeli supaya berhati-hati ketika berurusan dengan penasihat jualan yang tidak bertanggungjawab. Hal ini kerana tiada kenyataan rasmi daripada HMSB mengenai tempahan yang dibuka untuk model mercu ini.

Isu seperti ini bukanlah kali pertama terjadi. Model terlaris di Malaysia (setakat ini) iaitu Proton X50 juga pernah menghadapi masalah apabila terdapat beberapa ejen tidak sah (atau scammer) yang mendakwa boleh memotong giliran menunggu apabila mengambil tempahan dengan mereka.

Baca: Proton akan menolak tempahan Proton X50 daripada ejen tidak sah!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Honda Civic Type R 6MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru