window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tan Chong sahkan pelancaran Nissan Serena facelift 2022 baharu untuk Malaysia!

Haris Β· May 26, 2022 04:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tan Chong sahkan pelancaran Nissan Serena facelift 2022 baharu untuk Malaysia! 01

Pintu belakang berasingan menjadikan Serena sebagai salah satu kereta keluarga paling praktikal yang dijual hari ini

Nissan Serena generasi C27 sekarang mula dilancarkan di Malaysia pada Mei 2018. Ia menggantikan model generasi C26, yang pertama kali dilancarkan di Malaysia pada tahun 2013 sebagai model import (CBU, Jepun), diikuti oleh pemasangan tempatan (CKD, Serendah) pada 2014.

Tan Chong sahkan pelancaran Nissan Serena facelift 2022 baharu untuk Malaysia! 02

Di Jepun, Nissan Serena facelift 2022 ini boleh didapati dengan enjin hibrid e-Power yang eksklusif untuk Nissan. Enjin 3-silinder 1.2 liternya kecil namun tidak memacu roda secara langsung, hanya berfungsi sebagai penjana untuk mengecaj bateri. Untuk pergerakan, bateri litium-ion 1.8 kWj menguasai motor elektrik yang memacu roda hadapan.

Tan Chong sahkan pelancaran Nissan Serena facelift 2022 baharu untuk Malaysia! 03

Kami telah mencuba rangkaian pemacu e-Power di sini, walaupun dalam Nissan Note generasi sebelumnya. Ia adalah rangkaian kuasa yang ringkas tetapi cemerlang dan sangat hampir dengan pemanduan kereta elektrik tanpa susah-susah memikirkan mengenai pengecas dan jarak yang terhad.

Masih belum disahkan sama ada varian enjin e-Power ini akan membuat debut pasaran Malaysia dalam Serena facelift baharu ini tetapi peluangnya agak tipis.

Baca: Pengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!

Tan Chong sahkan pelancaran Nissan Serena facelift 2022 baharu untuk Malaysia! 04

Model pasaran Jepun. Model tempatan bakal ditawarkan dengan skrin infotainment yang berbeza.

Memandangkan ini adalah kemas kini separa kitaran hayat dan bukannya model generasi baharu, Nissan Serena facelift 2022 berkemungkinan besar untuk terus menggunakan enjin 4-silinder 2.0 liter MR20DD petrol sedia ada yang dibantu oleh motor penghidup elektrik SM24 dipertingkat.

Nissan cuba memanggil tetapan ini sebagai hibrid tetapi ia bukan hibrid kerana tiada motor elektrik untuk memacu roda dan tiada bateri voltan tinggi yang berasingan.

Tan Chong sahkan pelancaran Nissan Serena facelift 2022 baharu untuk Malaysia! 05

Lazimnya, Malaysia mendapat varian Highway Star (kanan)

Harga Nissan Serena C27 keluaran sekarang adalah seperti di bawah:

  • Highway Star: RM 140,226
  • Premium Highway Star Black Package: RM 150,226
  • Premium Highway Star Two-Tone Package: RM 152,103

Nissan Serena facelift 2022 baharu pastinya akan menyaksikan kenaikan harga, bukan sahaja disebabkan oleh SST tetapi juga disebabkan peningkatan dalam kos logistik dan bahan mentah, serta kelemahan Ringgit. Ia adalah isu yang menjejaskan seluruh industri.

BacaMAA: Sila lanjutkan pengecualian SST hingga akhir 2022, beri masa kepada pengeluar untuk menjelaskan tunggakan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Nissan Serena S-Hybrid Highway Star

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda