window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempahan Perodua Alza naik mendadak dari 39k ke 51k dalam sebulan!

Haris · Sep 5, 2022 09:00 AM

Tempahan Perodua Alza naik mendadak dari 39k ke 51k dalam sebulan! 01

Perodua Alza 2022 mungkin kereta paling hangat dalam pasaran sekarang apabila Perodua mengumumkan jualan Ogos 2022 syarikat yang mendedahkan bahawa sebanyak 51,000 unit Perodua Alza telah ditempah setakat ini.

MPV itu dibuka untuk tempahan kurang dari tiga bulan lalu (23-Jun), dan sebelum dilancarkan pada 20-Julai, tempahan sudah mencecah 30,000 unit - rekod tempahan paling banyak sebelum pelancaran model Perodua.

Tempahan Perodua Alza naik mendadak dari 39k ke 51k dalam sebulan! 02

Perodua Alza X

Penghantaran untuk Alza juga semakin meningkat, dengan 7,682 unit didaftarkan pada bulan Julai dan Ogos.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walau bagaimanapun, syarikat yang berpengkalan di Rawang itu sedang berusaha untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, terutamanya untuk Perodua Alza bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

Pada masa ini, kapasiti pengeluaran adalah sekitar 3,500 unit sebulan, melebihi sasaran awal mereka sebanyak 3,000 unit sebulan. Pengumuman peningkatan kapasiti pengeluaran ini adalah halwa telinga bagi pelanggan yang sudah menempah dan sanggup menunggu giliran sehingga 12 bulan ketika ini.

Tempahan Perodua Alza naik mendadak dari 39k ke 51k dalam sebulan! 01

Jumlah tempahan keseluruhan bagi Perodua setakat ini berjumlah kira-kira 250,000 unit, menurut laporan kajian bank. Model terlaris masih lagi dipegang oleh Perodua Myvi dengan 48,658 unit, diikuti Bezza sebanyak 39,642 unit dan Axia sebanyak 37,013 unit

Baca: Pasca SST: Masih ada 400k tempahan tertunggak kenderaan, dijangka tak ramai yang nak batalkan pesanan!

2022 Perodua Alza rebiu Malaysia

Tempahan Perodua Alza naik mendadak dari 39k ke 51k dalam sebulan! 02

Perodua Alza 2022 ialah kereta tercanggih syarikat itu setakat ini, dengan kebanyakan ciri yang pertama kali ditawarkan pada Perodua boleh anda baca di sini.

Semuanya dikuasakan oleh enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi 2NR-VE (106 PS/138 Nm) yang digandingkan dengan transmisi D-CVT. Perodua Alza baharu membawa bersama pelbagai ciri nilai tambah termasuk suite ADAS yang komprehensif, serta Android Auto dan Apple CarPlay yang pertama kali dalam sebuah kereta nasional.

Tempahan Perodua Alza naik mendadak dari 39k ke 51k dalam sebulan! 03

Ia memenuhi kehendak rakyat Malaysia yang mahukan kenderaan 7-penumpang mampu milik dan ini dibuktikan dengan peningkatan yang melebihi pengeluaran. Bagi mereka yang berminat, apa kata baca dahulu rebiu Perodua Alza 2022 melalui pautan di bawah.

Baca: Rebiu: Walaupun anda tidak mencari MPV, Perodua Alza 2022 (D27A) boleh merubah fikiran anda!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda