window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pasaran kereta baharu dan terpakai bakal rancak. Pilih baru atau terpakai?

Haris ยท Sep 26, 2020 12:00 AM

Pasaran kereta baharu dan terpakai bakal rancak. Pilih baru atau terpakai? 01

Pasaran automotif Malaysia kini berada di sebuah persimpangan. Jangkaan 10 model baharu bakal dilancarkan pada bulan Oktober, memberikan rakyat Malaysia pelbagai model-model yang terbaru.

 

Selain daripada itu, jangan lupa bahawa tempoh pengurangan cukai yang diumumkan oleh kerajaan dalam menangani kegawatan ekonomi akibat Covid-19 juga akan berakhir. Hal ini bermakna, terdapat kemungkinan untuk permintaan pasaran menurun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

 

Oleh itu, apakah anda patut melihat kepada pasaran kereta terpakai, pasca tempoh pengurangan cukai kelak? Atau beli sahaja yang baru?

 

Kereta baharu

 

Bukan calang-calang kereta yang bakal dilancarkan dalam 3 bulan terakhir tempoh pengurangan cukai ini. 3 model yang paling banyak menerima perhatian adalah Proton X50, Honda City dan Nissan Almera.

 

Tidak dapat dipastikan jika tempahan awal mampu menetapkan harga pada jumlah yang sama ketika tempoh pengurangan cukai tetapi apa yang pasti kereta baharu lebih memberikan jaminan dan ketenangan fikiran.

 

Antara model premium yang bakal dilancarkan sebelum habis tahun 2020 adalah Hyundai Sonata, BMW 330e PHEV dan BMW Gran Coupe 2 Series. Model jenama premium seperti ini ada yang menawarkan servis percuma, selalunya dalam tempoh beberapa tahun. Beli kereta tanpa perlu memikirkan tentang kos penyelenggaraan dalam masa akan datang.

 

Dengan tempoh pinjaman yang longgar, kemudahan tersebut seharusnya digunakan dengan bijak. Malah ada yang menggunakan kemudahan tersebut tanpa was-was. Tiada sebarang panduan yang wajib dalam kos pemilikan kereta, semuanya bergantung kepada anda.

 

Walaubagaimanapun, pasaran kereta baru tertakluk dengan harga yang terhad. Hal ini bermakna, jika belanjawan anda juga terhad, pilihan anda juga terhad.

 

Di sinilah pasaran kereta terpakai mengisi permintaan tersebut.

 

Kereta terpakai

 

Pasaran kereta terpakai telah mengalami peningkatan penjualan yang sangat membanggakan akibat daripada tempoh pengurangan cukai. Hal ini bermakna, pasaran ini bakal dirancakkan lagi dengan pengenalan 10 model terbaharu yang bakal dilancarkan tak lama lagi.

 

Dengan bajet yang terhad, pasaran kereta terpakai memberikan anda lebih pilihan untuk membeli. Tambahan pula dengan teknologi dan aspek keandalan yang semakin baik dalam tempoh seabad belakangan ini, pastinya pasaran kereta terpakai dipenuhi dengan pilihan yang lebih menarik dan setimpal.

 

Ramai yang masih skeptik dengan pasaran kereta terpakai namun di sini kami senaraikan beberapa tips untuk anda:

  1. Tips pandu uji kereta terpakai

  2. 6 tanda kerosakan banjir

  3. 5 tanda kereta kemalangan

  4. Tips periksa enjin

 

Walaupun harga jualan yang jatuh sangat menarik, kereta terpakai mempunyai struktur pembiayaan yang berlainan. Paling utama, kadar faedah yang lebih tinggi.

 

Selain itu, terdapat beberapa faktor yang menambah lagi bebanan keseluruhan kos yang ditanggung seperti kos penyelenggaraan, tempoh bayaran yang lebih pendek dan kos baik pulih.

 

Selain itu, suka kami ingatkan jika anda berminat untuk membeli sebuah BMW terpakai, anda masih perlu menjaga sebuah BMW. Pastinya alat ganti yang digunakan juga masih mengikut piawai dan harga yang ditetapkan BMW, setanding dengan imej. Pendek kata, walaupun beli murah, kos selenggara masih lagi mengikut standard BMW.

 

Pilih yang mana?

 

Tiada sebarang jawapan yang tepat di sini. Kedua-duanya adalah pilihan yang masih lagi baik, apatah lagi anda pembaca wapcar yang bijak. 

 

Jika anda masih ragu-ragu antara kedua-duanya, apa kata periksa kereta terpakai yang diperakui oleh jenama kereta yang anda idamkan (Certified Pre Owned). Program ini boleh didapati pada Proton, Perodua, Mazda malah Volvo juga turut mengambil peluang ini.

 

Program kereta terpakai yang diperakui memberikan anda sedikit kemudahan dari segi kewangan dan ketenangan fikiran. Nampak lebih sesuai dengan anda yang masih ragu-ragu antara kereta baharu mahupun kereta terpakai. Dengan 3 pilihan cara pemilikan kereta ini, apa lagi yang anda tunggu?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
Car for sale
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Trending Discussion

Hassle-free purchasing, get your next car fast!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Not trading-in? ย  Sell your car