Pasti ramai yang nantikan pelancaran Perodua D55L yang kerap kali diceritakan pada tahun 2020 yang lalu. Sejak dilihat buat pertama kali di Indonesia dan juga di tanah air sendiri, kehangatan buat SUV segmen B ini semakin menerujakan.
Menurut sumber yang sahih, latihan produk buat kakitangan Perodua yang terlibat akan bermula pada 8 Februari 2021. Maklumat ini bererti pelancaraanya akan beransur tidak lama lagi.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Namun begitu, Perodua juga memandang serius akan jangkitan Covid-19 yang semakin kritikal sejak kebelakangan ini. Mengenai alternatif seperti latihan produk secara virtual, ia tidaklah begitu ideal buat Perodua D55L. Hal ini berikutan kerana SUV terbaru ini menampilkan beberapa teknologi yang pertama buat syarikat Perodua (enjin turbo dan transmisi CVT). Oleh itu, adalah penting buat kakitangan Perodua untuk mengetahui perincian kereta secara praktikal.
Walau bagaimanapun, setiap kelewatan yang dialami oleh syarikat Perodua bermakna semakin tipislah peluang mereka untuk menetapkan harga dengan pengecualian cukai jualan SST. Memandangkan tempoh tersebut hanya sah sehingga 30 Jun ini, Perodua harus memastikan bahawa pelancaran D55L tidak terganggu sama sekali.
Bagaimana dengan harganya?
Perodua Aruz yang mempunyai 7 tempat duduk berharga RM 73,226 untuk varian yang termahal. Proton X50 yang termurah pula berharga RM 79,200. Dengan itu, anda sendiri boleh membuat jangkaan mengenai harga yang bakal ditawarkan.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });