Semasa Subaru BRZ 2021 dilancarkan, banyak peminat kereta sportscar tradisional berasa teruja melihat sebuah lagi jentera pacuan roda belakang daripada negara matahari terbit.
Namun begitu, model BRZ ini khas untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja. Ini bermakna, kembar BRZ iaitu Toyota GR86 mungkin dijual untuk pasaran lain serata dunia.
Pada bulan Januari lepas, kami melaporkan imej paten bampar depan Toyota GR86 yang tertiris. Kali ni media dari Jepun telahpun membuat lakaran bagaimana rupa baru Toyota GR86, dan ayat yang paling sesuai disini adalah agresif.
Berbanding bukaan bampar depan ‘tersenyum’ pada BRZ, Toyota mereka bukaan bampar depan GR86 bagi nampak garang. Reka bentuk gril depan lebih berbentuk petak, dikemaskan dengan lekuk berbentuk L di sisi bampar.
Lekuk berbentuk L mengingatkan kami kepada Toyota GR Yaris dari segi reka bentuk. Nampaknya ini dah jadi rupa ‘signature’ GR?
Selain bampar depan, reka bentuk keseluruhan coupe ini sama dengan Subaru BRZ. Tiada lakaran bagi bampar belakang tapi kami yakin tiada perubahan ketara diantara kembar ini di bahagian ini.
Kami juga menjangkakan tiada sebarang perubahan pada trenkuasa bagi kedua sportscar ini. Ini bermaksud enjin 2.4 liter 4 silinder aspirasi natural boxer yang menghasilkan 231 PS dan 249 Nm bakal menjadi tunjang utama GR86.
Pilihan transmisi juga kekal sama, dengan nisbah 6 kelajuan baik manual ataupun automatik. Keduanya menghantar kuasa ke roda belakang.
Persoalannya sekarang, bila Toyota GR86 2021 akan dilancarkan? Itu kena tunggu dan lihat, tetapi kami yakin ia akan dijual di Malaysia, memandangkan UMW Toyota sudahpun komited dengan jenama Gazoo Racing disini, ditambah lagi dengan sambutan hangat bagi model GR Yaris.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}