Mamak Talk
Owner Review: Finding The Joy of Driving - With Every Moment of My Subaru BRZ For One Year
64
Kepada peminat Subaru BRZ/Toyota 86, Subaru bakal melancarkan pengganti kepada sportscar dua pintu ini tidak lama lagi!
Model baharu ini telah dipamerkan secara acah di Subiefest World Record Attempt and Charity Drive 2020 di Costa Mesa, California baru-baru ini.
β
Berdasarkan imej yang sedang berlegar di laman web, kita hanya boleh melihat profil sisi coupe ini. Nampaknya ia akan mengekalkan reka bentuk tradisional sebuah sportscar dengan bonet depan yang panjang dan bonet belakang yang pendek. β
Ia masih lagi menyerupai Toyota 86/Subaru BRZ generasi semasa yang sederhana tetapi masih cukup cantik. β
βBagi debut perdana BRZ ini, ia mungkin dilancarkan di Goodwood SpeedWeek yang bakal berlangsung pada 16 ke 18hb Oktober 2020 ini di Sirkit Perlumbaan Goodwood di UK. Ia mungkin hadir dengan penyamaran biru yang sama seperti imej acah di Twitter. β
Info lanjut tentang trenkuasanya bakal didedahkan tidak lama lagi. Setakat ini kami menjangkakan ia akan datang dengan enjin 2.4 liter flat-four boxer dengan 220 PS dan 240 Nm, dipadankan dengan pilihan transmisi automatik baharu atau manual 6 kelajuan.
Dengan ini dan Nissan Z yang bakal tiba, masih lagi ada sinar harapan untuk kereta sportscar tradisional mampu milik dari negara matahari terbit. Kami berharap kereta sebegini kekal bertahan sampai bila-bila.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
5