Walau apa jua hujah yang dibahaskan oleh netizen, kesemua 300 unit Toyota Harrier 2021 yang diperuntukkan untuk pasaran Malaysia bagi tahun ini telah mendapat permintaan yang luar biasa tinggi.
Malah, kesemua 300 unit yang diimport dari Jepun ini dilaporkan hampir licin. Untuk maklumat anda, SUV Toyota yang mewah ini baru sahaja dilancarkan pada hari Khamis lepas. Walaupun dengan stok yang hampir licin, unit tambahan dilaporkan sedang beransur untuk pasaran Malaysia
Juga baca: Toyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT!
Walaupun dengan harga suku juta, SUV mewah ini ternyata cukup digilai ramai. Dengan harga sebegini, pembeli sebenarnya boleh mendapat jenama yang lebih ternama. Namun demikian, pasti ada elemen yang istimewa pada Toyota Harrier yang serba baru ini.
Juga baca: Toyota Harrier adalah SUV mewah No. 1 Jepun tahun 2020 tapi Toyota Raize (Ativa) tapau semua!
Antara ciri yang berjaya mencuit hati kami sendiri ialah:
Bagi anda yang belum tahu, Toyota Harrier 2021 dikuasakan oleh enjin 2.0L Dynamic Force (173 PS, 203 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi Direct-Shift CVT.
Untuk maklumat anda, ini merupakan Toyota Harrier pertama yang berasaskan platform TNGA.
Jadi, bagaimana dengan anda? Adakah anda salah seorang yang bertuah untuk memiliki Toyota Harrier yang terbaru ini?
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}