Hal ini menyebabkan segmen trak pikap tidak terkesan dengan insentif ini. Walhal, jika diikutkan, Toyota Hilux dan Isuzu D-Max turut dikira sebagai kenderaan yang dipasang tempatan (CKD).
Lebih-lebih lagi, kedua-dua trak pikap popular di Malaysia itu tetap dikenakan kadar cukai jualan 10% sekarang kerana trak pikap diklasifikasikan sebagai kenderaan komersial (walaupun didaftarkan di bawah pendaftaran peribadi)
Toyota Hilux dipasang oleh kilang anak syarikat UMW Toyota Motor Assembly Services Sdn Bhd di Shah Alam. Selain daripada Toyota Hilux, Toyota Fortuner dan Toyota Innova turut dipasang di sini.
Isuzu D-Max pula dipasang di kilang DRB-Hicom di Pekan, Pahang. Namun begitu, untuk varian Isuzu D-Max 1.9L 4x2 MT Low-Ride dan 1.9L 4x2 AT Hi-Ride, kedua-duanya diimport dari Thailand.
Model trak pikap lain yang dijual di Malaysia semuanya diimport dari Thailand. Hal ini bermakna cukai jualan 10% tetap dikenakan atas faktor yang sama dengan Toyota Hilux dan Isuzu D-Max.
Mitsubishi Triton diimport dari kilang Laem Chabang di Thailand, sementara Ford Ranger dan Mazda BT-50 berasal dari kilang Auto Alliance Thailand milik Ford-Mazda di Rayong. Nissan Navara pula diimport dari kilang Samut Prakan.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}