Used Cars
My car, Toyota Corolla Altis ZZE120, 1.8 2007, has knocking noise, recently replaced absorbers and springs, my mechanic tells me it's an absorber noise that can't be stopped, it's normal for my model and the model after. Is this true?
29
Sebelum ini, kami pernah melaporkan bahawa Toyota Corolla Cross bakal tiba di Jepun pada September ini setelah ia rancak menembus beberapa pasaran besar di serata dunia.
Juga baca: Toyota Corolla Cross potensi maksimum - 2.0L Dynamic Force, AWD untuk pasaran US!
Menariknya, Toyota Corolla Cross telahpun diintip di Jepun tanpa seurat benang. Menurut sumber, Corolla Cross ini dijumpa di tempat parkir sebuah pusat membeli-belah yang terletak berdekatan dengan kilang Toyota Jepun di Aichi.
Daripada apa yang diberitahu, ini merupakan kenderaan pembangunan untuk produksi Corolla Cross di Jepun kelak. Walau bagaimanapun, tidak mustahil kalau model sebenar nanti hadir dengan spesifikasi yang berbeza.
Apa yang dapat dilihat ialah rim 18 inci yang turut ditawarkan pada Corolla Cross spec Thailand, Malaysia dan juga Amerika Syarikat.
Selain itu, spyshot ini kelihatan memakai logo Toyota yang biasa. Namun begitu, logo Toyota di belakang telah ditanggalkan. Malah, sebarang nama pun tidak diletakkan.
Secara global, Toyota Corolla Cross datang dengan pilihan enjin 1.8L petrol atau hibrid. Enjin 2.0L Dynamic Force juga turut ditawarkan. Model hibrid pula kebiasaannya mengenakan logo Toyota yang berwarna biru.
Setelah dilancarkan di Jepun kelak, SUV ini akan berada di antara Toyota C-HR dan RAV4. Dengan kehadirannya, barisan SUV Toyota di Jepun nanti akan terdiri daripada 8 buah model.
Juga baca: Corolla Cross terlalu laris, Toyota C-HR di Thailand kini eksklusif sebagai hibrid!
Walaupun bunyinya agak banyak, Corolla Cross tetap ideal bagi rakyat Jepun yang mahukan SUV yang tidak terlalu kecil mahupun terlalu besar. Apapun, hanya masa yang dapat menentukan samada Corolla Cross mampu mengukir kejayaan yang sama di pasaran home market.
Juga baca: Toyota Corolla Cross No.1 di Thailand, hampir 3x lagi popular daripada HR-V untuk Q1 2021!
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
4