window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Corolla Cross 2021 bakal ke Jepun September ini untuk cabar Honda HR-V baru

Faisal · Jun 24, 2021 08:00 PM

Toyota Corolla Cross 2021 bakal ke Jepun September ini untuk cabar Honda HR-V baru 01

Corolla Cross spec Vietnam.

Toyota Corolla Cross 2021 kini adalah sebuah SUV yang bertaraf global. Sejak membuat debut di Thailand pada tahun lepas, Corolla Cross telah menembus beberapa pasaran di rantau ASEAN, Amerika Utara dan Selatan, Afrika, dan juga Timur Tengah. Kali ini, terdapat laporan bahawa ia akan mencabar Honda HR-V 2021 baru di Jepun menjelang akhir tahun ini.

Toyota Corolla Cross 2021 bakal ke Jepun September ini untuk cabar Honda HR-V baru 02

Corolla Cross spec Malaysia.

Sumber yang sahih menyatakan bahawa operasi pemasangan Toyota di Jepun akan mulakan produksi Corolla Cross pada Ogos ini sebelum dilancarkan pada September 2021.

Toyota Corolla Cross 2021 bakal ke Jepun September ini untuk cabar Honda HR-V baru 03

Pemasangan Toyota Harrier.

SUV ini bakal dipasang di kilang Toyota di Aichi (kilang sama yang memasang Toyota Harrier baru) dengan sasaran pengeluaran sebanyak 7,000 unit sebulan.

Juga bacaToyota Harrier 2021 serba baru dilancarkan di Malaysia – dari RM 249k, TSS, TNGA, enjin NA + CVT!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Corolla Cross 2021 bakal ke Jepun September ini untuk cabar Honda HR-V baru 01

Corolla Cross spec AS hampir sama dengan kita cuma tulisan di belakang sahaja yang berbeza.

Kilang ini juga akan menyediakan Corolla Cross untuk dieksport ke pasaran Eropah dan Australia yang akan bermula pada tahun 2022.

Toyota Corolla Cross 2021 bakal ke Jepun September ini untuk cabar Honda HR-V baru 02

Enjin hibrid pada Corolla Cross spec Thailand.

Dari segi spesifikasi, Corolla Cross spec Jepun bakal hadir dengan enjin hibrid 1.8L yang sama seperti spec Thailand. Enjin 2.0L aspirasi natural pula akan ditawarkan kemudian.

Juga bacaToyota Corolla Cross No.1 di Thailand, hampir 3x lagi popular daripada HR-V untuk Q1 2021!

Toyota Corolla Cross 2021 bakal ke Jepun September ini untuk cabar Honda HR-V baru 03

Spec Amerika datang dengan brek parkir elektronik. Spec di rantau ASEAN tiada tetapi adakah Jepun bakal menjadi pasaran Asia yang pertama?

Seperti di Amerika Syarikat, pembeli di Jepun dikatakan boleh memilih varian berpacuan roda depan ataupun semua roda.

Juga bacaToyota Corolla Cross potensi maksimum - 2.0L Dynamic Force, AWD untuk pasaran US!

Toyota Corolla Cross 2021 bakal ke Jepun September ini untuk cabar Honda HR-V baru 04

HR-V di Jepun dikenali sebagai Vezel.

Secara umumnya, Corolla Cross perlu menggalas tanggungjawab yang besar di Jepun kerana ia perlu berhadapan dengan Honda HR-V serba baru yang cukup laris.

Juga bacaHonda HR-V 2021 laku keras – sebulan 32,000 tempahan, varian e:HEV berwarna putih paling popular!

Toyota Corolla Cross 2021 bakal ke Jepun September ini untuk cabar Honda HR-V baru 05

Di Malaysia, Toyota Corolla Cross ditawarkan dengan varian 1.8G (RM 124,000) dan 1.8V (RM 129,266).

Juga bacaRebiu ringkas: Toyota Corolla Cross 2021, jaga-jaga Honda HR-V dan Subaru XV!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda