window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Corolla Cross terlalu laris, Toyota C-HR di Thailand kini eksklusif sebagai hibrid!

Faisal · Apr 27, 2021 08:00 AM

Corolla Cross terlalu laris, Toyota C-HR di Thailand kini eksklusif sebagai hibrid! 01

Dengan sambutan yang hangat buat Corolla Cross, Toyota C-HR di pasaran Thailand kini didatangkan secara solo dengan enjin hibrid. Bagi anda yang belum tahu, Thailand adalah pasaran Asia Tenggara yang terbesar untuk SUV yang bergaya kontroversi ini.

Selama ini, Toyota C-HR yang hadir sebagai model CKD di Thailand tampil dengan dua pilihan enjin, iaitu enjin 2ZR-FBE 1.8L Dual VVT-i aspirasi natural (B bermaksud boleh guna minyak bio-etanol E20) yang dipadankan dengan transmisi CVT. Selain itu, crossover yang bergaya unik ini turut hadir dengan enjin hibrid 1.8L 2ZR-FXE yang dipadankan dengan transmisi E-CVT.

Corolla Cross terlalu laris, Toyota C-HR di Thailand kini eksklusif sebagai hibrid! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk maklumat anda, varian yang berenjin aspirasi natural itu turut dieksport ke Malaysia sebelum UMW Toyota menghentikan jualannya pada akhir tahun lepas.

Sekarang dengan adanya Toyota Corolla Cross yang lebih hangat, Toyota Motor Thailand nampaknya mengambil keputusan untuk menggugurkan kesemua varian C-HR yang bukan hibrid.

Disebabkan itu, Toyota C-HR di Thailand kini berharga dari THB 1,069,000 hingga THB 1,159,000. Sebagai perbandingan, Toyota Corolla Cross ditawarkan dengan julat harga THB 989,000 – THB 1,199,000.

Corolla Cross terlalu laris, Toyota C-HR di Thailand kini eksklusif sebagai hibrid! 01

Menggugurkan varian bukan hibrid sebenarnya masuk akal kerana pembeli di Thailand kini gemarkan model hibrid disebabkan oleh cukai yang lebih rendah untuk kereta yang mempunyai kadar pelepasan karbon yang rendah.

Untuk pengetahuan anda, model hibrid di Thailand dikenakan cukai dari 4 hingga 13 peratus, bergantung pada kadar pelepasan karbon. Kereta dengan enjin bukan hibrid pula dikenakan cukai sebanyak 25 ke 50 peratus. Menariknya, kereta ekonomi di segmen A dan B seperti Honda City dan Nissan Almera yang mengeluarkan kadar karbon kurang dari 100 g/km hanya dikenakan cukai sebanyak 12 peratus sahaja.

Corolla Cross terlalu laris, Toyota C-HR di Thailand kini eksklusif sebagai hibrid! 02

Toyota C-HR spec Jepun.

Namun begitu, perlu dimaklumkan bahawa pengguna di Thailand terpaksa membayar harga minyak yang lebih tinggi. Untuk bulan ini, minyak RON 95 di sana berharga RM 4.95/liter. Harga minyak RON 91 pula ditetapkan pada RM 3.47/liter. Minyak gasohol E20 (etanol sebanyak 20%) yang lebih mesra alam pula berharga RM 3.31/liter. Sebagai rujukan anda, petrol yang biasa dianggap sebagai E10.

Di Thailand, Toyota Corolla Cross ditawarkan dengan 4 varian. Tiga daripadanya menggunakan enjin hibrid.

Corolla Cross terlalu laris, Toyota C-HR di Thailand kini eksklusif sebagai hibrid! 03

Kalau anda berfikir sejenak, polisi kerajaan kita meletakkan fokus kepada subsidi minyak tetapi mengenakan cukai yang tinggi untuk harga kereta. Perkara ini sebenarnya menghalang pembeli untuk berhijrah ke teknologi trenkuasa yang lebih mesra alam.

Corolla Cross terlalu laris, Toyota C-HR di Thailand kini eksklusif sebagai hibrid! 04

Varian hibrid dikenalpasti melalui logo yang berwarna biru.

Malah, kami sendiri menjangkakan bahawa industri ini di Malaysia akan beransur dengan teknologi trenkuasa yang lama. Tidak hairan juga kalau alasan seperti “bateri hibrid tak tahan dan mahal untuk diganti” akan kekal menjadi bahan risau oleh pengguna.

Juga bacaTiba masanya kita berhenti panggil Proton dan Perodua “kereta nasional”

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Toyota C-HR 1.8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda