window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mampukah Toyota Corolla Cross 2021 CKD tebus kekurangan Toyota C-HR?

Haris · Dec 29, 2020 03:00 PM

Mampukah Toyota Corolla Cross 2021 CKD tebus kekurangan Toyota C-HR? 01

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mampukah Toyota Corolla Cross 2021 CKD tebus kekurangan Toyota C-HR? 01

Kami difahamkan bahawa kilang pemasangan kedua Toyota di Bukit Raja, Assembly Services Sdn. Bhd.’s (ASSB) sedang melakukan persedian untuk mengubah susun atur untuk pemasangan SUV. Ini menguatkan lagi spekulasi Toyota Corolla Cross dikatakan bakal dipasang secara tempatan (CKD).

Mampukah Toyota Corolla Cross 2021 CKD tebus kekurangan Toyota C-HR? 02

Assembly Services Sdn. Bhd. (ASSB)

Sebelum ini, terdapat sebuah Toyota Corolla Cross dengan seragam penyamaran sedang melakukan pandu uji di Putrajaya.

Mampukah Toyota Corolla Cross 2021 CKD tebus kekurangan Toyota C-HR? 03

Pasaran SUV kompak adalah sebuah pasaran yang sengit dan menguntungkan di mana Toyota meletakkan Toyota C-HR dengan harga hampir RM 150,000.

Pesaing model tersebut berada di bawah harga RM 130k; menjadikan jualan Toyota C-HR lebih sukar.

Mampukah Toyota Corolla Cross 2021 CKD tebus kekurangan Toyota C-HR? 04

Model Harga tanpa SST
Toyota C-HR RM 144,336
Honda HR-V RM 104k - 128k
Subaru XV RM 112k - 133k
Mitsubishi ASX RM 118k - 133k

Pemasangan secara import penuh (CBU) adalah faktor utama kenaikan harga tersebut. Tidak mahu tersalah langkah, Toyota dilihat akan menukar strategi kepada unit CKD untuk Toyota Corolla Cross.

Mampukah Toyota Corolla Cross 2021 CKD tebus kekurangan Toyota C-HR? 05

Jangkaan awal harga Toyota Corolla Cross adalah dalam lingkungan RM 120k - RM 130k. Harga tersebut lebih realistik dengan status pemasangan CKD.

Mampukah Toyota Corolla Cross 2021 CKD tebus kekurangan Toyota C-HR? 06

Toyota Corolla Cross hadir dengan 2 pilihan enjin:

  • Enjin 1.8 liter petrol 4-silinder 2ZR-FBE (140 PS kuasa kuda, 177 Nm tork) 
  • Enjin 1.8 liter hybrid 2ZR-FXE THS II dengan gabungan enjin petrol (98 PS kuasa kuda, 142 Nm tork) dan motor elektrik (72 PS/163 Nm). 

Kedua-duanya menggunakan transmisi CVT automatik ke pacuan roda depan.

Mampukah Toyota Corolla Cross 2021 CKD tebus kekurangan Toyota C-HR? 07

UMW Toyota pernah memberi sedikit petunjuk mengenai projek mengenai enjin hybrid pemasangan tempatan pertama. Toyota Corolla Cross adalah calon yang paling sesuai untuk projek tersebut.

Namun, jangkakan model Toyota Corolla Cross hybrid untuk mencecah harga sehingga RM 140k.

Mampukah Toyota Corolla Cross 2021 CKD tebus kekurangan Toyota C-HR? 08

Toyota Corolla Cross dibangunkan di atas platform TNGA-C dengan sistem suspensi belakang jenis torsion beam. Kedua-dua ciri ini memberi petunjuk mengenai keselesaan pemanduan dan susun atur dalaman yang lebih luas.

Mampukah Toyota Corolla Cross 2021 CKD tebus kekurangan Toyota C-HR? 09

Kabin Toyota Corolla Cross

Toyota nampaknya mahu menebus kekurangan Toyota C-HR dengan 3 tawaran yang lebih radikal. Harga yang lebih kompetitif, ruang dalaman yang lebih luas dan ciri keselamatan yang lebih terkini.

Mampukah Toyota Corolla Cross 2021 CKD tebus kekurangan Toyota C-HR? 10

Kabin dalaman Toyota C-HR

Namun, satu lagi faktor yang penting iaitu keselesaan masih menjadi tanda tanya sehinggalah ia hadir ke pasaran Malaysia secara rasmi.

Mampukah Toyota Corolla Cross 2021 CKD tebus kekurangan Toyota C-HR? 11

Brosur Toyota C-HR

Toyota C-HR masih lagi antara model Toyota dengan kendalian dan keselesaan yang terbaik. Gabungan platform TNGA-C dan sistem suspensi double wishbone pada Toyota C-HR memberikan keselesaan yang tiada tandingan.

Mampukah Toyota Corolla Cross 2021 CKD tebus kekurangan Toyota C-HR? 12

Selamat tinggal Toyota C-HR. Adakah 3 faktor jualan Toyota Corolla Cross mampu menebus kekurangan Toyota C-HR, malah bakal memberi saingan dalam keseluruhan segmen? Nyatakan di bahagian komen.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda