window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota C-HR 2023 generasi baharu didedah; hybrid sahaja, AWD, kuasa sehingga 223 PS

Faisal · Jun 26, 2023 05:35 PM

Toyota C-HR 2023 generasi baharu didedah; hybrid sahaja, AWD, kuasa sehingga 223 PS 01

Toyota C-HR generasi 2023 sebentar tadi baru sahaja membuat debut global. Secara amnya, ia menampilkan penambahbaikan dari segi gaya, trenkuasa, keselamatan, dinamik pemanduan dan pelbagai lagi.

Toyota C-HR 2023 generasi baharu didedah; hybrid sahaja, AWD, kuasa sehingga 223 PS 02

Dari segi dimensi, C-HR 2023 sebenarnya lebih pendek tetapi pada masa yang sama lebih lebar daripada model pendahulu. Profil ala coupe pula dikekalkan dan terdapat pilihan rim sehingga 19 inci.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota C-HR 2023 generasi baharu didedah; hybrid sahaja, AWD, kuasa sehingga 223 PS 01

Dengan berinsipirasikan C-HR Prologue Concept, bahagian depannya menonjolkan lampu berbentuk huruf C, manakala sentuhan lekuk berlian pada bahagian tepi menambahkan lagi unsur gaya pada crossover ini. Satu ciri baru pada C-HR 2023 adalah pemegang buka tutup pintu jenis “concealed tech” yang dilihat seolah-olah tersembunyi.

Toyota C-HR 2023 generasi baharu didedah; hybrid sahaja, AWD, kuasa sehingga 223 PS 02

Bergantung pada pasaran, C-HR generasi baharu datang dengan enjin hybrid Toyota generasi ke-5 yang terdiri daripada nadi 1.8L (140 PS) dan 2.0L (197 PS) serta enjin 2.0L PHEV (223 PS).

Toyota C-HR 2023 generasi baharu didedah; hybrid sahaja, AWD, kuasa sehingga 223 PS 03

Dalam aspek teknikal pula, suspensi, brek dan stereng C-HR baharu telah ditala semula untuk keseimbangan mantap dari segi ketegapan kenderaan, keselesaan pemanduan dan kelincahan pengendalian.

Toyota C-HR 2023 generasi baharu didedah; hybrid sahaja, AWD, kuasa sehingga 223 PS 04

Masuk ke bahagian dalam, kabin C-HR 2023 didominasikan oleh kluster digital penuh, infotainment 12.3 inci dan lampu ambient lighting 64-warna.

Menariknya, sistem lampu itu akan bertukar ke merah apabila sistem Safe Exit Assist mengesan sekiranya terdapat potensi pelanggaran dengan pengguna jalan raya yang lain.

Toyota C-HR 2023 generasi baharu didedah; hybrid sahaja, AWD, kuasa sehingga 223 PS 05

Antara ciri baru yang lain adalah aplikasi telefon MyT di mana pemilik boleh mengawal fungsi kenderaan termasuklah memanas atau menyejukan kabin sebelum masuk ke dalam kenderaan. Selain itu, C-HR baharu buat kali pertamanya mendatangkan fungsi parkir automatik dan aplikasi parkir jarak jauh.

Toyota C-HR 2023 generasi baharu didedah; hybrid sahaja, AWD, kuasa sehingga 223 PS 06

Untuk aspek keselamatan pula, kesemua varian lengkap dengan ADAS Toyota Safety Sense tetapi apa yang baru adalah ciri Acceleration Suppression di mana ia mengurangkan input minyak yang diberi secara tiba-tiba apabila potensi pelanggaran dengan kenderaan depan dikesan.

Toyota C-HR 2023 generasi baharu didedah; hybrid sahaja, AWD, kuasa sehingga 223 PS 07

Di samping itu, terdapat sistem Proactive Driving Assist (PDA) yang mengurangkan kelajuan secara lancar sewaktu masuk selekoh atau menghampiri kenderaan perlahan. Steering Assist juga bekerja antara satu sama lain untuk membantu memberi input selekoh yang lancar.

Toyota C-HR 2023 generasi baharu didedah; hybrid sahaja, AWD, kuasa sehingga 223 PS 08

Untuk makluman anda, pembeli juga boleh menambah pakej keselamatan canggih yang merangkumi Lane Change Assist dengan Front Cross Traffic Alert, Driver Monitor Camera, Automatic High-Beam System dengan kawalan kamera dan kemampuan pandu sendiri tanpa input tangan sewaktu dalam kesesakan trafik (bergantung pada piawaian tempatan).

Toyota C-HR 2023 generasi baharu didedah; hybrid sahaja, AWD, kuasa sehingga 223 PS 09

Kembali ke Malaysia, C-HR 2023 mungkin tidak akan tembus rantau kita, kecuali Singapura. Bagi anda yang belum tahu, jualan C-HR di Malaysia selama ini tidak begitu memberangsangkan dan UMW Toyota Motor telahpun menggantikan model ini dengan Corolla Cross.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Toyota C-HR 1.8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda