Honda Civic Hatchback 2022 – Apa yang ‘best’ & tak ‘best’, kali ini jadi masuk Malaysia?

Setelah sebulan setengah Honda Civic (FE) 2022 sedan membuat debut global, Civic Hatchback pula dilancarkan pada bulan lepas. Ada banyak pertanyaan dari pembaca WapCar – BM tentang model ini, oleh itu jom kita bincangkan.

Apa yang baru dengan Civic Hatchback?

Sama seperti sedan, disebalik penampilan baru yang nampak lebih matang, Civic Hatchback juga menerima pelbagai naik taraf dari segi prestasi, keselamatan, dan teknologi.

Duduk di atas tanah seluas 1,600 ekar, kilang seluas 30 ekar ini menghasilkan 250,000 kenderaan setiap tahun, iaitu Civic, CR-V, dan Insight untuk pasaran Amerika Utara.

Buat pertama kalinya dalam sejarah Civic Hatchback, model ini akan dihasilkan di kilang Honda Manufacturing of Indiana di Greensburg. Ini berikutan penutupan kilang Swindon, United Kingdom yang memasang Civic Hatchback (FK) generasi sebelumnya.

Civic Hatchback generasi ke-11 akan mula dijual di Amerika Syarikat dan Jepun pada akhir tahun ini.

Lebar, tinggi, dan panjang Honda Civic Hatchback?

Honda Civic Hatchback ini lebih rendah, kurang lebar, dan pada masa yang sama lebih panjang daripada pendahulunya. Anda boleh lihat perbezaan dimensi dibawah:

Dimensi Honda Civic Hatchback 2022
Model Civic HB serba baru Civic FK
Panjang (mm) 4,549 (+30) 4,519
Lebar (mm) 1,801 (+3) 1,798
Tinggi (mm) 1,415 (-15) 1,430
Jarak Roda (mm) 2,736 (+36) 2,700

Perubahan dimensi lain termasuk tiang A yang digerakkan ke belakang sebanyak 50 mm (meningkatkan penglihatan depan menjadi 87 darjah, naik dari 84 darjah sebelumnya), dan jarak roda belakang yang 12.7 mm lebih lebar berbanding sebelumnya.

Dari depan ke belakang: Civic Hatchback, Civic sedan

Di belakang pula, ada mekanisme engsel yang ditempatkan semula untuk bonet belakang yang mengurangkan ketinggian di kawasan engsel sebanyak 50 mm.

Juga baca: Nak beli kereta di Malaysia – hatchback ataupun sedan? Mana satu sesuai dengan saya?

Ada apa-apa penambahan lain di interior?

Senang cerita – sejibik macam sedan. Peningkatan terbesar oleh Civic Hatchback generasi ke-11 adalah penambahan 36 mm di ruang kaki belakang berbanding pendahulunya.

Ruang kepala 949 mm di bahagian belakang pula sama dengan Civic FK.

Sementara itu, bukaan but telah diperluas sebanyak 41 mm, memudahkan akses berguna ke boot yang luasnya 639 liter.

Apakah ciri yang ada pada Civic Hatchback?

Sistem infotainment berukuran 9 inci dari Civic sedan.

Peyambungan Apple CarPlay dan Android Auto pada unit infotainment skrin sentuh berukuran 7 atau 9 inci adalah standard di seluruh varian Civic Hatchback.

Ciri-ciri yang bergantung pada varian termasuk kluster instrumen separa-digital 7-inci (varian paling tinggi di AS dan Jepun mendapat yang kluster 10.25 inci digital sepenuhnya), tempat duduk kain atau kulit ‘perforated’, dan juga pengecasan tanpa wayar Qi.

Varian paling tinggi juga dilengkapi dengan 12 pembesar suara daripada Bose.

Ada Honda Sensing?

Semestinya. Dah tahun 2021 kan. Sistem bantuan pemandu ADAS Honda Sensing ini standard bagi kesemua varian, dan ia merangkumi ciri seperti:

  • Adaptive Cruise Control with Low-speed Follow (ACC w/ LSF)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Blind Spot Monitor with Rear Cross-Traffic Alert (BSM, RCTA)
  • Traffic Jam Assist (TJA)
  • Low-speed Braking Control (LSBC)

Juga baca: Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dalam Honda Civic (Honda Sensing) adalah yang terbaik!

Bagaimana pula dengan prestasi?

Bagi peminat pemanduan – Civic Hatchback masih lagi ditawarkan dengan transmisi manual 6-kelajuan. Bagi mana yang nak santai, ada pilihan transmisi automatik CVT.

Enjin 1.5 liter pada Civic di Jepun.

Seperti barisan model Civic terdahulu, ia mengekalkan penggunaan pacuan roda depan. Terdapat tiga pilihan enjin – dua untuk AS, dan satu untuk Jepun:

Trenkuasa Honda Civic Hatchback 2022
Pasaran AS

1.5L, turbo 4-silinder

180 PS / 240 Nm

2.0L, NA 4-silinder

158 PS / 187 Nm

Pasaran Jepun

1.5L, turbo 4-silinder

182 PS / 240 Nm

Transmisi CVT / Manual 6-kelajuan

Dari segi kawalan pemanduan pula, Honda mengatakan struktur badan baru memberikan peningkatan 19 peratus ketegaran torsi berbanding model sebelumnya. Struktur yang lebih keras menyokong peningkatan perjalanan, pengendalian dan penyempurnaan.

Bagaimana pula dengan Civic Type R?

Lakaran oleh Best Car Web.

Anda kena tunggu, sebab Honda Civic Type R hanya akan diperkenalkan pada tahun 2022.

Terdapat laporan mengatakan bahawa Honda mungkin akan memasangkan motor elektrik dengan enjin 2.0 liter 4-silinder berpengecas turbo K20C dari Civic Type R FK8, menjadikannya sebuah hibrid.

Juga baca: Untuk pertama kali, Honda Civic Type R 2022 akan menggunakan trenkuasa hibrid!

Varian e: HEV kemungkinan besar akan menggunakan sistem i-MMD

Bercakap pula tentang hibrid, katanya Honda akan memperkenalkan varian e:HEV (hibrid sepenuhnya) pada tahun depan.

Berapakah harga Civic Hatchback serba baru?

Bukan ketam dah, jadi ni apa eh?

Setakat ini, Honda belum lagi mengumumkan harga Civic Hatchback. Tetapi seperti biasa, jangkakan harganya akan naik – maklumlah sedan pun dah mahal sikit.

Persoalan penting – masuk Malaysia ke tak?

Ampun 'gais' – jawapannya adalah TIDAK. Sifat pasaran automotif Malaysia (struktur cukai dan permintaan pengguna) tidak menyakinkan Honda Malaysia untuk melabur dalam Civic Hatchback.

Juga baca: Honda Civic Hatchback 2022 akan dilancarkan di Malaysia? Ini adalah jawapan Honda sendiri!

Ini bermakna jiran kita di Thailand dan Indonesia akan kekal menjual model ini.

Civic sedan.

Pasaran Malaysia hanya akan mendapat Civic sedan. Ada kemungkinan ia akan dipratonton tahun ini, tetapi itu bergantung kepada keadaan pandemik Covid-19 di Malaysia.

Juga baca: Sepatutnya dilancarkan pada suku tahun ke-3 2021, Honda Civic FE serba baru ditangguhkan!

Nak datang Malaysia, kasi bakar Toyota Corolla Cross.

Lagipun, pengenalan Honda HR-V 2021 untuk pasaran Malaysia juga terpaksa ditunda.

Jangan sedih, kita akan dapat hatchback daripada Honda juga!

City Hatchback di pasaran Thailand.

Apa yang sudah pasti adalah pengenalan Honda City Hatchback, menggantikan model Jazz yang popular. Cuma bila itu, kena tunggu.

Juga baca: Honda City Hatchback 2021 – pengganti Jazz di Malaysia, kami jawab segalanya yang anda perlu tahu!

Konklusi

Inilah dia, segalanya yang kami tahu tentang Honda Civic Hatchback yang telah kami rungkaikan. Jika anda berminat dengan topik sebegini, jangan risau – ada lagi! Tunggu ya!

Oops... Something broke.
    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Honda Civic

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2022 Honda Civic e:HEV 2.0 i-MMD Hybrid Review in Malaysia with 315 Nm of torque!

2020 Honda Civic 1.5 Turbo Review Di Malaysia, Sedan Idaman Semua Lelaki!

All the Cars We've Tested in 2020, Proton X50, Almera, CR-V etc, Which is The Best??

2020 Honda Civic 1.5 Turbo Facelift Review, Best Value For Money C-Segment Sedan!

2020 Honda Civic Turbo vs Toyota Corolla Altis vs Mazda 3, Which C-Segment Sedan to Buy?! | WapCar

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Honda Civic
Cek Lebih