window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

SAH: Mazda CX-5 2023 gen 3 bakal debut dengan enjin 6 silinder sebaris & platform baru!

Faisal Β· Jul 12, 2021 01:00 PM

SAH: Mazda CX-5 2023 gen 3 bakal debut dengan enjin 6 silinder sebaris & platform baru! 01

Menurut laporan dari carsales.com.au, Mazda Australia sendiri telah mengesahkan bahawa Mazda CX-5 2023 generasi seterusnya akan hadir dengan enjin mild-hybrid 6 silinder sebaris dan platform pacuan roda belakang. Malah, SUV ini akan menjadi antara model Mazda yang pertama untuk dilengkapkan dengan pembaharuan tersebut.

SAH: Mazda CX-5 2023 gen 3 bakal debut dengan enjin 6 silinder sebaris & platform baru! 02

Lakaran dari BestCarWeb.

Sewaktu pelancaran Mazda MX-30 Electric di Australia, pengarah produk dan pemasaran Mazda Australia menjelaskan bahawa beliau tidak boleh menjawab untuk model spesifik tetapi beliau memberikan petunjuk bahawa ia akan membuat debut pada sebuah SUV.

SAH: Mazda CX-5 2023 gen 3 bakal debut dengan enjin 6 silinder sebaris & platform baru! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau turut mengulas bahawa Mazda akan kekal melabur dalam pembangunan enjin pembakaran yang efisien seperti SKYACTIV-X dan enjin 6 silinder sebaris yang mana ia akan diguna pada produk berplatform besar di generasi seterusnya, iaitu CX-5 dan ke atas.

SAH: Mazda CX-5 2023 gen 3 bakal debut dengan enjin 6 silinder sebaris & platform baru! 01

Bagi anda yang belum tahu, Mazda CX-5 merupakan model Mazda Skyactiv pertama yang diperkenalkan. Malah, SUV segmen C ini juga adalah model Mazda yang paling berjaya dalam era Skyactiv.

Juga bacaSpyshot: Mazda CX-5 pacuan roda belakang, enjin 6 silinder. Boleh jadi juga CX-50?

SAH: Mazda CX-5 2023 gen 3 bakal debut dengan enjin 6 silinder sebaris & platform baru! 02

Dengan sambutan yang terus gemilang pada generasi kedua yang ada di pasaran sekarang, tidak hairanlah kalau mereka mensasarkannya di segmen yang lebih premium pula untuk generasi yang akan datang.

Juga bacaMazda CX-5 generasi baru tidak lagi ‘mampu milik’ seperti sekarang. Kenapa?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Mazda CX-5 2.0L Mid SKYACTIV-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda