window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Mazda CX-5 pacuan roda belakang, enjin 6 silinder. Boleh jadi juga CX-50?

Mersita Β· May 12, 2021 08:00 AM

Spyshot: Mazda CX-5 pacuan roda belakang, enjin 6 silinder. Boleh jadi juga CX-50? 01

Mazda CX-5 generasi terkini (KF) sudah memasuki tahun kelima di pasaran tahun ini dan naik-taraf pastinya akan tiba. Memandangkan tahun lepas sudah ada ura-ura mengatakan generasi seterusnya akan tiba, gambar intipan kali ini mungkin pandangan pertama kita bagi model generasi terbaru itu nanti.

Spyshot: Mazda CX-5 pacuan roda belakang, enjin 6 silinder. Boleh jadi juga CX-50? 02

Ura-ura ini semakin hangat diperkatakan setelah satu set gambar dikongsi oleh tflcar.com. SUV yang penuh celoreng ini diintip di Los Angeles Timur, berhampiran dengan ibu pejabat Mazda North American Operations. Sentuhan rekaan tipikal Mazda dikesan pada SUV ini, contohnya rekaan Kodo pada gril hadapan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Mazda CX-5 pacuan roda belakang, enjin 6 silinder. Boleh jadi juga CX-50? 01

Selain dari itu, lebih banyak garisan jelas pada bahagian hud dan sisi model misteri ini – satu pembaharuan pada garisan lembut yang ada pada model masa kini. Rimnya juga baharu dan tampak lebih besar berbanding rim pada CX-5 generasi sekarang.

Boleh jadi ia Mazda CX-50?

Spyshot: Mazda CX-5 pacuan roda belakang, enjin 6 silinder. Boleh jadi juga CX-50? 02

Selain daripada CX-5 baharu, khabar angin yang mengatakan SUV Mazda seterusnya ialah CX-50 cukup kencang. Model diintip ini dikatakan jenis SUV ala-coupe – lebih kurang seperti Mercedes-Benz GLC dan GLC Coupe, ataupun BMW X3 dan X4.

Spyshot: Mazda CX-5 pacuan roda belakang, enjin 6 silinder. Boleh jadi juga CX-50? 03

Model ini dikatakan akan dibina di atas platform pacuan roda belakang (RWD) serba baharu oleh Mazda. Selain dari itu, CX-50 yang akan datang juga akan dipadatkan dengan satu rangkaian enjin ‘straight-six’ dengan kapasiti bermula dari 3.0 liter hingga 3.3 liter.

Sistem hibrid sederhana 48V Mazda juga dijangka akan dipadankan dengan enjin-enjin ini.

Spyshot: Mazda CX-5 pacuan roda belakang, enjin 6 silinder. Boleh jadi juga CX-50? 04

Beberapa sumber mengatakan yang CX-5 generasi seterusnya juga akan menerima enjin ‘straight-six’ dan pacuan roda belakang, menyasari Mercedes-Benz GLC.

Baca juga: Mazda CX-5 generasi baru tidak lagi ‘mampu milik’ seperti sekarang. Kenapa?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Mazda CX-5 2.0L Mid SKYACTIV-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda