Rebiu: Toyota Corolla Altis 1.8G 2020 – Tak selaju Civic, tapi lagi selesa!

Dengan harga RM 140,000, anda boleh saja membeli BMW 3 Series F30 atau Mercedes-Benz E-Class W212 terpakai. Menarik bukan?

Namun realiti dan logik menyisir masuk kerana anda tahu membeli kereta jenama Jerman terpakai bermakna anda perlu keluarkan wang yang lebih untuk kos penyelenggaraan dan tahap ketahanan yang meragukan.

Untuk ketenangan jiwa dan minda pada jangka masa akan datang, anda pun membuat keputusan untuk membeli kereta baru. Nama Toyota Corolla ini sudah lama dikaitkan dengan ketahanan dan rasionaliti.

Ini kerana statusnya sebagai sebuah kereta yang lasak dan tahan lama lebih dari 15 tahun akan datang tanpa sebarang masalah besar.

Pada konsumer yang inginkan sesuatu yang berbeza lagi stylo, sememangnya mereka akan membelanjakan duit untuk membeli Honda Civic (FC). Dengan reka bentuk fastback, ditambah pula enjin 1.5 liter VTEC pengecas turbo, memang meleleh beb.

Abang-abang boleh lah cuba memancing gadis-gadis di luar sana dengan ayat “Saya ada Honda.” secara gagal jayanya.

Berbalik semula kepada Toyota Corolla ini pula, reka bentuknya agak selamat dan konservatif kerana ia mengambil pendekatan rekaan tradisional 3-kotak.

Tiada garisan bumbung yang licin mahupun bodywork yang diukir tangan seperti di Mazda 3. Malah enjin dan transmisi nya dibawa semula dari model sebelumnya. Biasalah Toyota kan…

Jadi, apakah yang membuatkan Toyota Corolla ini menarik?

Eksterior

Sekali imbas, ianya nampak macam major facelift berdasarkan model generasi sebelumnya. Tiada perubahan radikal dan drastik. Ibarat mendengar suara Siti Nurhaliza, sekali tengok je dah tahu ianya sebuah Toyota.

Rekaan bumper depan ada sedikit persamaan dengan abangnya, Toyota Camry.

Jarak roda Toyota Corolla dan Honda Civic sebenarnya sama, cuma reka bentuk Corolla membuatkan ia nampak pendek berbanding Civic yang rendah dan sporty. Ini memberikan ilusi bahawa Civic lebih panjang daripada Corolla.

Disekeliling kereta terdapat banyak jalur krom yang memberi sedikit imej eksekutif, namun bagi kami lambakan krom disekeliling membuatkan ia nampak sedikit tua.

Jurang panel rata-rata di lingkungan 4.0 mm dan tidak menyimpang lebih dari 1.0 mm pada setiap penjuru. Tahap ketebalan cat berada dalam lingkungan 90 μm.

Interior

Rekaan papan pemukanya dipenuhi dengan bentuk trapezoid yang tampak lebih edgy dan moden. Ia juga nampak lebih sofistikated dan bersih ala Toyota RAV4 baharu.

Apabila anda duduk didalam, kabin Corolla ini terasa sedikit sempit berbanding apa yang digambarkan oleh eksterior. Sama seperti model Toyota yang ada di pasaran sekarang, ruang penyimpanannya amat terhad.

Tempat penyimpanan di keempat-empat pintu bersaiz sederhana dan ada dua saja tempat pemegang cawan di tengah.

Selain daripada itu, kabin Corolla ini sangat selesa. Tempat duduknya terasa empuk dengan banyak penyesuaian termasuk sudut dasar lumbar untuk sokongan peha.

Sterengnya juga mempunyai fungsi pelarasan teleskopik yang membolehkan anda mendapat posisi pemanduan yang ideal.

Ruang di belakang juga memadai, namun disebabkan bangkunya yang agak tinggi, jarak diantara kepala dan bumbung lebih kurang Honda Civic.

Ruang diantara lutut dan kerusi hadapan juga diantara Mazda 3 dan Honda Civic.

Tinggi saya 170 cm. 

Kualiti binaan dan kemasan bersesuaian dengan harga yang dipinta. Plastik sentuhan lembut digunakan di bahagian atas papan pemuka dan panel pintu, selebihnya plastik keras. Tempat rehat lengan datang dengan kain kulit lembut. Tiada bunyi pelik mahupun kecacatan pembuatan.

Unit infotaimen yang kecil dari model sebelum ini telah digantikan denngan unit skrin sentuh kapasitif bersaiz 9 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Saiz bezelnya juga lebih kecil berbanding model sebelum ini dan ia nampak lebih cantik. Paparan skrinnya pula sedikit kabur, tapi ianya laju dan senang untuk dipakai.

Kualiti audionya bagus tetapi tidak begitu tajam seperti Mazda 3 dan anehnya, tidak sekuat seperti di Toyota Vios. Namun Corolla menawarkan kualiti audio yang seimbang untuk setiap genre muzik yang dimainkan.

Pengalaman pemanduan

Pendek cerita, enjin 1.8 liter aspirasi natural dengan 139 PS dan 173 Nm bukanlah direka oleh Toyota untuk memenangi apa-apa ujian pecutan. Ia mengambil masa 11.4 saat dari 0-100-0 km/j, paling perlahan berbanding dua pencabar utamanya dalam sedan segmen C.

Sebaliknya enjin ini direka untuk anda berlayar di jalan raya dengan lancar. Penyempurnaan mekanikal sangat baik, powertrain halus ibarat sutera dan tidak ada bunyi pelik ketika melewati permukaan yang pecah.

Dan apa yang membuatkan Corolla ini lebih mantap ialah ia dibina atas platform TNGA-C yang sama dengan Toyota C-HR dan Lexus UX. Ini bermakna Corolla mempunyai kesimbangan kawalan dan keselesaan yang terbaik dalam kelasnya.

Anda terasa tenang ketika mengambil selekoh. Malah kami rasakan yang casis ini mampu mengambil lebih banyak lagi kuasa dan tork.

Sterengnya tidak bertindak balas dengan tahap kecepatan yang sama seperti Honda Civic mahupun memberi maklumbalas responsif ala Mazda 3, sebaliknya ia lebih perlahan dan progresif.

Jika anda inginkan pemanduan yang lebih menawan, Mazda 3 dengan GVC+ masih lagi mengunguli carta teratas. Tetapi di permukaan yang berlubang, anda akan berasa kurang selesa berbanding Corolla.

Tambahan pula Mazda 3 tidak ada fungsi Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) yang berfungsi ketika anda berada di trafik, di mana sistem ini berfungsi dengan sangat lancar tanpa membrek mahupun memecut secara tiba-tiba.

Tahap keselesaan

Pendek kata, Corolla merupakan sebuah sedan yang paling selesa dalam segmennya. Ketika saya duduk di tempat duduk penumpang sepanjang perjalanan ke tempat pandu uji, saya rasa seperti saya sedang duduk berehat di rumah.

Hanya benjolan tajam yang luar biasa atau lubang kawah yang berukuran kecil yang akan menyentak secara kasar, selebihnya lembut.

Gabungan tempat duduk depan kulit dengan sistem suspensi yang lembut membuatkan Toyota Corolla antara kereta yang paling rileks untuk dipandu. Penumpang belakang juga akan menghargai keselesaan tempat duduk yang datang dengan bangku yang tinggi.

Namun begitu, terdapat satu isu besar yang mengganggu tahap keselesaan Corolla ini – tayarnya bising walaupun ia datang standard dengan Michelin Primacy 4 yang direka khas untuk keselesaan optimum.

Pada kelajuan yang tinggi pula, anda terpaksalah mendengar gabungan diantara bunyi angin yang kuat dan juga tayar.

Meter tahap bunyi mencatat purata 69 dB pada 110 km/jam, sama taraf seperti Toyota Vios. Bagi kereta yang lebih mahal dan berada di segmen yang lebih besar dari Vios, ini tidak sepatutnya terjadi. Jadi kalau anda membelinya, kami cadangkan anda untuk menukar tayar atau menambah penebat bunyi di bahagian dalaman fender.

Konsumpsi Bahan Bakar

Setelah memandu sebanyak 100 km yang terdiri daripada 70% di lebuh raya dan 30% di bandar, jumlah bahan bakar yang diperlukan untuk mengisi tangki adalah 7.7 liter. Anehnya, trip perjalanan menunjukkan bacaan 8.5 liter/100 km.

Konklusi

Toyota Corolla bukanlah kereta yang akan menarik perhatian di bilik pameran. Kabinnya terasa sempit, ruang penyimpanan terhad, tayarnya bising, dan powertrain dibawa dari generasi sebelumnya.

Untuk menjawab soalan sebelumnya, apa yang membuat Toyota Corolla Altis layak mendapat perhatian anda? Tahap keselesaannya. Kualiti perjalanannya setimpal dengan harga yang dipinta dan ia mengambil selekoh rasa lebih yakin dan selamat berbanding Honda Civic.

Tetapi Honda Civic mempunyai kelebihan dari segi kuasa kuda, rekaannya dan ergonomik interior yang lebih baik, dan juga ruangan but yang besar. Membandingkan spesifikasi di atas kertas, Honda Civic tampak lebih lengkap secara keseluruhannya.

Namun secara jujurnya saya lebih tertarik dengan tahap keselesaan dan kawalan kereta yang ditawarkan oleh Corolla. Ianya sesuai untuk dipandu secara rileks tanpa rasa terburu-buru. Yelah, ia memang dicipta oleh Toyota untuk tujuan tersebut.

    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Toyota Corolla Altis

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2020 Toyota Corolla Altis 1.8 G Review in Malaysia, Comfort Over Everything Else!

2020 Honda Civic Turbo vs Toyota Corolla Altis vs Mazda 3, Which C-Segment Sedan to Buy?! | WapCar

Closer Look: All-new 2019 Toyota Corolla Altis in Malaysia - Wapcar.my

Berita Terkini

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Mercedes-Benz Malaysia supports Budget 2024, targets xEV to make up 50% of sales by 2025

Mercedes-Benz has expressed its support for the 2024 budget announcement made by the Malaysian government, which promotes the adoption of electric mobility. This aligns with the global mission of Mercedes-Benz, known as Ambition 2039, which is a comprehensive strategy aimed at addressing climate protection and reducing air pollution. The company firmly believes in the future of electric vehicles and has a well-defined roadmap to electrify its product range, all while striving to meet sustainabil

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Toyota Corolla Altis
Cek Lebih