window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mazda CX-5 facelift 2022 – ada prebiu eksklusif di Jepun seawal bulan ini!

Faisal · Oct 6, 2021 05:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apapun, prebiu awam ini terhad untuk ahli yang mendaftar dengan servis keahlian percuma Mazda yang baru, iaitu Club Mazda. Menariknya, terdapat pemilihan kelayakan yang mana ia dibuat berdasarkan undian. Jadi, prebiu ini kiranya agak eksklusif.

Mazda CX-5 facelift 2022 – ada prebiu eksklusif di Jepun seawal bulan ini! 01

Dalam laman sesawang Mazda, hanya lampu LED depan jenis melintang sahaja yang ditunjuk dalam iklan. Menurut disclaimer, imej itu adalah model luar negara tetapi Mazda CX-5 facelift spec Jepun berkemungkinan serupa dengan unit yang didedahkan pada bulan lalu.

Mazda CX-5 facelift 2022 – ada prebiu eksklusif di Jepun seawal bulan ini! 02

Prebiu istimewa ini akan berlangsung di bandar Yokohama (30 -31 Oktober), Hiroshima (6 – 7 November) dan Osaka (13 – 14 November). Di setiap bandar, hanya ahli terpilih sahaja yang berpeluang. Apapun, unit yang bakal ditunjukkan nanti hanyalah model prototaip.

Untuk makluman anda, Mazda CX-5 facelift dijangka membuat pelancaran di Jepun pada akhir tahun 2021.

Mazda CX-5 facelift 2022 – ada prebiu eksklusif di Jepun seawal bulan ini! 03

Secara amnya, SUV popular ini ditambah baik dengan ciri baru dan perhalusan dari segi suspensi.

Mazda CX-5 facelift 2022 – ada prebiu eksklusif di Jepun seawal bulan ini! 04

Mengenai trenkuasa, Mazda CX-5 facelift mungkin beransur dengan enjin sama yang terdiri daripada:

  • Enjin petrol 2.0L aspirasi natural (162 PS, 213 Nm tork)
  • Enjin petrol 2.5L aspirasi natural (192 PS, 258 Nm tork)
  • Enjin 2.5L turbo (230 PS, 420 Nm tork)
  • Enjin 2.2L turbodiesel (173 PS, 420 Nm tork)

Mazda CX-5 facelift 2022 – ada prebiu eksklusif di Jepun seawal bulan ini! 05

Model pra-facelift.

Selama ini, Mazda CX-5 spec Jepun ditawarkan dengan keempat-empat enjin melalui 19 varian. Di Malaysia, ia ditawarkan dengan 5 varian.

Untuk berita lanjut, teruskan setia bersama kami.

Juga bacaMazda CX-5 2020, varian mana yang paling berbaloi? 2.0L, 2.5L, 2.2D, atau 2.5T?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Mazda CX-5 2.0L Mid SKYACTIV-G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda