Toyota
Hi guys. Would you mind to share your fuel economy for Toyota Hilux 3.0 2015 ?For mine full tank can goes up to 500-550 city drive (Fueling with Euro 5 B7 Shell). Could this be bad ?
0
22 Februari telah ditetapkan sebagai tarikh debut global Ford Ranger Raptor 2022, varian paling ‘hot’ dalam rangkaian trak pikap Ford yang diperbaharui baru-baru ini. Namun, satu pesaing dari Jepun menjenguk dengan rancangannya tersendiri.
Muncul si Toyota Hilux GR Sport 2022, yang baru sahaja dipratonton di Afrika Selatan. Pastinya, bagi peminat ‘bakkie’ (terma mereka untuk trak pikap di sana), perkara paling penting ialah tenaganya: enjin turbodiesel 2.8 liter ini mampu menjana 224 PS dan 550 Nm.
Baca juga: Gambaran dekat: Toyota Hilux GR Sport 2021 – betul-betul lagi padu daripada Hilux Rogue?
Prestasi ini kira-kira 10 peratus lebih tinggi berbanding Hilux asas iaitu 204 PS dan 500 Nm, angka yang serupa dengan Hilux Rogue di Malaysia. Kalau nak diikutkan, tork 500 Nm dah cukup tinggi, tapi apa salahnya kalau ia ditambah lagi.
Baca juga: Rebiu ringkas: Toyota Hilux Rogue 2020 – Trak pikap yang serba lengkap?
Secara amnya, Hilux GR Sport tiada apa-apa pembaharuan, memandangkan Thailand sudah menerima unit mereka terlebih dahulu. Tetapi, model pasaran Thai sekadar ada penambahan visual yang ringkas dan pada masa sama, trenkuasanya tiada perubahan.
Masih belum dapat dipastikan samada peningkatan kuasa ini hanya akan diberi pada pasaran Afrika, ataupun akan melarat ke pasaran lain. Toyota akan memperkenalkan Hilux GR Sport di Afrika Selatan pada sekitar bulan Mei. Pada masa itulah spesifikasi penuhnya akan didedahkan.
Baca juga: Toyota Hilux 'hardcore' dengan enjin V6 Land Cruiser 300 bertanding dalam rali Dakar 2022
Berbincang tentang pembaharuan dibawa oleh Toyota untuk Malaysia, kita akan disajikan dengan Toyota Camry facelift 2022 hari ini. Ikut kami rapat-rapat untuk perkembangan seterusnya.
Baca juga: UMWT tayang ‘teaser’ kedua Toyota Camry 2022 - bampar baru, kamera parkir 360 darjah
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}
3