window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli?

Zamil Syaheer · Jan 10, 2021 02:00 PM

5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli? 01

Tahukah anda Mitsubishi Outlander 2.0 4WD sudah berada di pasaran kita sejak September 2017? Pesaing rapatnya iaitu Nissan X-Trail dan Honda CR-V telah memacu jauh kehadapan dengan penawaran dan spesifikasi yang lebih menarik.

5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli? 01

Adakah ini bermakna Outlander ini sudah agak tua dan tidak lagi kompetitif untuk bersaing? Jangan risau, kerana kami telah membuat ujian pemanduan menyeluruh tempoh hari. Ini adalah rumusan kami tentang apa yang best dan tak best pasal Mitsubishi Outlander. Ayuh!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kebaikan Mitsubishi Outlander

1. Reka bentuk yang masih lagi tampan

5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli? 01

Outlander merupakan kereta pertama dari Mitsubishi yang menggunakan rekaan ‘Dynamic Shield’. Evolusi reka bentuk ini anda boleh lihat pada adiknya Triton dan Xpander yang tampak lebih garang. Bagi kami, walaupun Outlander telah berada di pasaran sejak sekian lama, reka bentuknya masih lagi tampak segar dan tampan.

2. Pemanduan serta talaan suspensi yang seimbang

5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli? 02

Mitsubishi mempunyai sejarah yang panjang dalam dunia rali, jadi bab talaan suspensi ini memang mereka pakar. Tak kisahlah anda duduk di bahagian depan mahupun belakang. Outlander menyerap segala liku dan lekuk di jalan raya dengan begitu seimbang; tidak terlalu keras, mahupun terlalu lembut.

Sterengnya juga tidak terlalu berat mahupun ringan. Anda rasa seperti sedang membawa sebuah kereta sedan yang sedikit tinggi.

3. Tempat duduk yang empuk

5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli? 03

Varian 2.0 menggunakan kain fabrik "Minato Leatherette" berbanding kulit pada varian 2.4. Ianya empuk, lebar, selesa, dan tidak terlalu keras di barisan kedua, ketiga, serta tempat duduk bahagian hadapan – sesuai untuk perjalanan jauh mahupun dekat.

4. Amat praktikal

5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli? 04

Tempat duduk di barisan ketiga dilipat rata membolehkan anda memanfaatkan ruang but dengan baik ketika anda tidak membawa 7 orang penumpang. Outlander masih mempunyai ruang kargo terbaik di dalam kelasnya dengan 1,608 liter (kedua-dua kerusi baris kedua dan ketiga dilipat ke bawah).

5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli? 05

5. Kualiti binaan yang konsisten

Kualiti binaan juga sangat baik dengan purata celahan panel sekadar 3.5 mm (ujian WapCar) sahaja untuk keseluruhan kereta. Bacaan ketebalan cat juga konsisten dan agak tebal dengan bacaan tidak kurang dari 135 micronmeter.

Keburukan Mitsubishi Outlander

1. Sistem infotainmen yang lembab

5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli? 06

Walaupun ia menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, sistem infotainment berukuran 7 inci dengan 6 pembesar audio serta tweeter tidak intuitif dan sedikit lembab.

Unit yang kami pandu uji ini juga mempunyai masalah dimana muzik terhenti secara tiba-tiba ketika dimainkan. Kami harap ini hanyalah masalah terpencil sahaja.

2. Interior yang agak utilitarian

5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli? 07

Jika anda mengharapkan interior yang terasa premium, lupakan sahaja kerana ‘feel’ interior Outlander ini agak utilitarian dengan banyak penggunaan plastik keras. Malah ia menampakkan umurnya yang agak tua berbanding pencabar lain yang sudahpun menerima pelbagai kemas kini.

3. Tiada sistem bantuan pemandu ADAS

5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli? 08

Selain 7 beg udara, ABS dan EBD, kawalan stabiliti (ESC), kawalan cengkaman (TRC), ISOFIX dan hill start assist (HAS) yang standard, Outlander ini tidak ada sebarang ciri bantuan pemandu ADAS yang ada pada Nissan X-Trail (Safety Sheild) mahupun Honda CR-V (Honda Sensing).

4. Kurang senyap

5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli? 09

Dari segi tahap NVH (Noise Vibration Harshness), kami mencatatkan bacaan sebanyak 70.5 dB pada kelajuan 110 km/j. Bacaan ini lebih tinggi berbanding unit rebiu kami pada Nissan X-Trail. Bacaan bunyi pada bahagian baris ke 3 lebih tinggi kerana lebih dekat dengan tayar. Bacaan agak tinggi sekitar 75 dB pada kelajuan 60 km/j di baris ketiga.

5. Tiada penghawa dingin di belakang

5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli? 10

Pada sebuah kereta yang sebesar ini, ketiadaan penghawa dingin di belakang sebagai standard adalah sedikit mengecewakan. Tapi, anda boleh menambah penghawa dingin pada varian ini – bermakna anda perlu membayar lebih.

Konklusi – selesa dan tampan, tapi perlukan kemas kini

5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli? 11

Dengan harga bermula dari RM 137,888, Mitsubishi Outlander 2.0 4WD ini bukanlah pilihan pertama ketika membeli-belah SUV 5 + 2 tempat duduk. Maklumlah, usianya yang agak tua serta tiada kemas kini membuatkannya rasa ketinggalan zaman.

5 Kebaikan & Keburukan: Mitsubishi Outlander 2.0 4WD, masih baloi untuk dibeli? 12

Pada tahun 2021, di mana segmen yang lebih berpatutan dan kecil kini juga dilengkapi dengan Autonomous Emergency Braking (AEB), model Outlander ini memerlukan perbaharuan yang menyeluruh jika ianya ingin bersaing secara kompetitif.

Model penggantinya akan tiba pada tahun 2022 – bermakna ia tidak akan tiba di Malaysia sehingga 2033 ataupun 2034.

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Mitsubishi Outlander Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda