Rebiu: Ia mungkin kehilangan satu silinder, tetapi Proton X70 1.5 2022 baru masih terasa luar biasa

Sehingga Jun 2022, kira-kira 73,000 unit Proton X70 telah dihantar kepada pelanggan sejak diperkenalkan pada tahun 2018. Sejak itu, SUV itu telah melalui dua kemas kini dan yang baru ini kelihatan kecil di luar, tetapi di bawah bonet depan, ada perubahan yang agak ketara.

Enjin 4-silinder 1.8 liter TGDi (184 PS/300 Nm) sudah digantikan dengan enjin 3-silinder 1.5 liter TGDi (177 PS/255 Nm) berpengecas turbo yang sama dengan Proton X50. Sudah tentu, mendengar perubahan itu mungkin menjadi penghalang terhadap ramai pembeli dengan komen seperti "Kereta berat, enjin kecil, mesti tak cukup power".

Untuk mengetahui sama ad aini adalah benar ataupun tidak, kami diberi peluang oleh Proton untuk memandu X70 ini dari Pusat Kecemerlangan Proton (COE) di Subang Jaya ke Desaru, sebelum pulang semula pada keesokan hari. Seperti yang pernah kami kongsikan sebelum ini, enjin 3-silinder 1.5 liter TGDI turbo ini amat padu, malah ia membuatkan pengalaman permanduan X70 ini lebih baik.

Baca juga: Rebiu: Proton X70 2022 MC dengan enjin 1.5 3-silinder turbo dari X50; naik taraf atau downgrade?

Walaubagaimanapun, itu hanyalah uji pandu yang singkat, jadi kali ini kita uji sekali lagi pada jarak pemanduan yang lebih lama dan lihat samaada kami akan merubah pendapat kami, atau menguatkan lagi apa yang kami rasakan.

Kualiti tunggangan dan pengendalian – Lebih lincah di selekoh

Sudah beberapa tahun sejak Proton kali terakhir menganjurkan acara uji pandu media dan secara kebetulan, acara uji pandu media Proton yang terakhir melibatkan X70 CKD. Perjalanan dua hari kami menjangkau hampir 1,000 km merentasi 4 negeri melalui jalan belakang yang berliku-liku dan lebuh raya yang lurus.

Baca juga: Kebaikan & Keburukan: Proton X70 – selesa tetapi tak ‘save’ minyak?

Dengan enjin yang lebih ringan di hadapan, X70 terasa lebih lincah di selekoh. Tiada lagi pengelamanan seperti mengemudi sebuah bot yang besar – ia lebih seronok untuk dipandu. Semestinya, ia tidak sehebat standard Proton Ride & Handling yang kita kenali memandangkan ia adalah sebuah SUV, namun ia masih lagi lentur dan baik.

Baca juga: Mengapa Proton beralih kepada enjin 1.5 liter 3-silinder turbo untuk X70 2022? Ini jawapannya

Ketika melalui jalan beralun semasa kami menuju ke Bukit Tangga, Negeri Sembilan, kami merasakan X70 baru ini lincah di selekoh. Namun begitu, ia masih sebuah SUV yang tinggi, jadi olengan badan masih ada. Sekurang-kurangnya ia tidak begitu ketara sampai anda rasa terapung.

Bagi kualiti tunggangan pula, X70 1.5 liter tidak berbeza dengan X70 1.8 liter. Malah, jika and  tidak menyebut "turun taraf" enjin, ia terasa hampir sama, atau lebih baik seperti X70 1.8 CKD sebelumnya.

Keselesaan – Tempat duduk terbaik untuk perjalanan jalan jarak jauh

Jika ada satu aspek yang kekal dengan skor yang tinggi pada X70 sebelumnya, ia adalah tahap keselesaan. Syukur, ia dikekalkan pada X70 3-silinder, walaupun dengan enjin yang lebih ringan.

Baca juga: Perbandingan: Enjin 1.5 3-silinder turbo baru pada Proton X70 2022 dengan 1.8 4-silinder turbo lama

Walaupun pada kelajuan tinggi, getaran dan bunyi angin masih minimum dan anda tidak akan menghadapi masalah untuk melelapkan mata anda di belakang. Apabila kami menerima unit uji pandu untuk rebiu, semestinya kami akan mengukur tahap kesenyapan X70 3-silinder ini.

Enjinnya juga agak lancar dan senyap pada kelajuan tinggi, satu karakter yang jarang dirasai pada enjin 3-silinder. Hanya apabila enjin mula berputar melebihi 3,800 rpm, bunyi bising 3-silinder mula kedengaran di dalam kabin, tetapi ia tidaklah mengganggu.

Baca juga: Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja?

Walaupun brek ‘feel’ kadangkala terasa agak samar-samar, kuasa hentian sebenarnya beransur-ansur dan lancar. Bagi penghuni yang terlelap di belakang, ada takkan  rasa seperti ingin tercampak apabila pedal brek ditekan dengan kuat. Betul-betul rasa premium.

Dari segi talaan suspensi, ia sebenarnya sama bagi kedua-dua X70 1.8 dan 1.5 liter. Ini telah dinyatakan oleh pihak Proton sendiri ketika sesi soal jawab.

Pecutan – Sedikit lembap pada permulaan, tapi tiada rasa ‘tak cukup power’

Enjin yang lebih ringan mungkin memberi kelebihan dari segi pengendalian, tetapi pada masa yang sama, terdapat beberapa isu. Walaupun enjin yang lebih kecil ini 43 kg lebih ringan, berat X70 adalah 1,615 kg – agak ‘gemuk’.

Sepanjang perjalanan, kami merasakan enjin 3-silinder ini kadangkala bergelut untuk meningkatkan kelajuan. Ini dapat dilihat apabila cuba kami cuba mengekalkan kelajuan di lebuh raya dan semasa pecutan pegun.

Pada permulaan pecutan pegun, anda boleh merasakan getaran enjin dengan lebih jelas walaupun ia terus lancar apabila anda mencapai kelajuan yang lebih tinggi. X70 hadir dengan tiga mod pemanduan - Normal, Sport dan Eco.

Mod Sport mengurangkan rasa lembap pada pecutan pegun dan ia memberikan sedikit rangsangan apabila anda ingin memotong. Walau bagaimanapun, kerana putaran enjin (RPM) menjadi lebih tinggi dek kerana gear tergantung pada RPM yang atas lebih lama, penggunaan bahan api akan terjejas.

Mod Eco menyelesaikan kebimbangan penggunaan bahan api dengan mengekalkan RPM di bawah 2,000 tetapi itu sudah tentu menjejaskan bahagian pecutan. Kami mencadangkan anda untuk menggunakan mod ini untuk pemanduan jarak jauh atau jika anda tidak tergesa-gesa.

Penjimatan bahan api – Baik untuk kelasnya

Seperti yang dinyatakan pada awal rebiu ini, pemanduan ini memakan hampir 1,000 km dengan hari pertama menggabungkan  pemanduan di bandar, jalan berliku, serta lebuh raya. Hari kedua pula kebanyakannya melibatkan pemanduan di lebuh raya. Kami tidak boleh kongsikan purata kelajuan  kami ketika di lebuh raya, tapi pendek kata memang lenjanlah. Maklumlah, nak test…

Pada penghujung hari pertama, kami tiba di Desaru dengan baki 3 bar minyak manakala hari kedua menyaksikan kami tiba di destinasi dengan 4 bar bahan api di dalam tangki. Kami akan melakukan ujian penggunaan bahan api yang lebih teliti semasa rebiu yang lebih lanjut, tetapi ini memberikan sedikit petunjuk tentang berapa banyak penjimatan bahan api 1.5 liter 3-silinder berbanding dengan 1.8 liter 4-silinder.

Pada majlis pelancaran X70 MC2, Proton mendakwa bahawa unit 1.5 liter adalah 7 peratus lebih efisyen daripada unit 1.8 liter. Namun begitu, masih mengagumkan apabila kami berjaya menempuh jarak sejauh 500 km tanpa perlu mengisi minyak, apatah lagi masih ada baki di dalam tangki.

Ciri dan kemudahan – Baik untuk sebahagian besar, lain boleh diperbaiki

Dari segi ciri, X70 sarat dengan kelengkapan pada nilai harga yang berbaloi. Selain daripadaenjin, kedua-dua X70 lama dan baru masih kebanyakannya sama dari segi peralatan.

Semua X70 yang digunakan dalam acara uji pandu media ialah varian 1.5 TGDi Premium

Walau bagaimanapun, enjin 1.8 liter TGDi yang lama masih ada, tetapi hanya tersedia pada satu varian iaitu Premium. Varian 1.5 TGDi Executive pula tersedia dengan pacuan semua roda (AWD).

Baca juga: Proton X70 facelift 2022 dilancarkan - dari RM 94k, kini dengan enjin 3-silinder 1.5L turbo dan AWD!

Varian 1.5 TGDi Premium didatangkan dengan upholsteri kulit Nappa, tempat duduk hadapan berventilasi, 9 pembesar suara, dan ADAS yang hebat. Ia bermula dari RM 123,800. Apa yang kurang baik ialah sistem sambungan kereta proprietari Proton yang mencerminkan telefon pintar anda kepada infotainmen.

Baca juga: Proton Saga hanya naik RM 500 harga dengan SST - X70 tambah RM 7k, Exora masih ada!

Anda akhirnya boleh mengawal Spotify dalam Proton tetapi ia tidak sempurna

Tidak seperti Perodua Smart Link yang hanya menyokong Android, persediaan pencerminan Proton juga menyokong iOS. Di satu pihak, sistem ini mempunyai aplikasi Spotify khusus yang boleh anda kawal pada skrin sentuh tetapi ia agak asas. Namun begitu, selebihnya, termasuk Google Maps masih hanya boleh dikendalikan melalui telefon pintar yang menjadikan sistem sambungan kereta kurang relevan.

Baca juga: Dah 2021, kenapa Proton belum guna Apple CarPlay/Android Auto? Sebabnya, ‘user data’

Itu mungkin isu kecil tetapi kami berharap Proton boleh melaksanakan sambungan kereta yang betul sebagai standard pada masa hadapan.

Konklusi – masih lagi SUV yang mantap

Apabila Proton X70 membuat penampilan sulungnya pada 2018, ia hampir serta-merta mengubah nasib Proton daripada pengeluar kereta “nasional” murah kepada yang dipandang tinggi oleh kebanyakan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Pada sidang akhbar X70, varian Premium telah didedahkan sebagai pilihan paling popular di kalangan pembeli walaupun ia adalah yang tertinggi.

Baca juga: Tempahan & permintaan menggalakkan, Proton sasar jual X70 2022 sebanyak 2,000 unit sebulan!

Dalam kemas kini tahun keempat dan kedua, X70 telah diberi perubahan besar di bawah hud yang mungkin kelihatan seperti penurunan taraf di atas kertas. Walau bagaimanapun, dunia sebenar jauh daripada sekadar hitam dan putih dan dalam dua hari kami dengan SUV ini, ia memberi kami sinar dengan setiap pemanduan.

Proton X70 MC2 2022 mengekalkan tahap kecemerlangan yang sama seperti kemas kini sebelum ini dan kini lebih menyeronokkan untuk dipandu (atau tidur didalam). Kalau anda ketepikan isu alat ganti, ia masih merupakan salah satu SUV terbaik yang boleh dibeli di pasaran.

    Channel:
Ikuti laman sosial kami:

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys d...

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

pengguna membeli kereta idaman
Tambah kereta anda

Naik taraf

Proton X70

Kereta Terpakai Yang Berkait

Quality Cars Guaranteed

Fixed Price No Hidden Fees

5-Day Money-back Guarantee

1-Year Warranty

Lihat Lebih

Video Pendek Yang Berkenaan

Video Kereta

2020 Proton X70 vs Proton X50 Comparison Review in Malaysia, Which Family SUV to Buy?

All the Cars We've Tested in 2020, Proton X50, Almera, CR-V etc, Which is The Best??

2020 Proton X50 Is More EXPENSIVE than Proton X70, How Can?!

Closer Look: 2020 Proton X70 CKD, What's New vs the X70 CBU? Is It Any Better?

2020 Proton X70 CKD Review, Now with 7-speed DCT & Better Features!

Berita Terkini

PLUS and Gentari launch modular EV charger with battery storage at the northbound Behrang lay-by

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) and clean energy solutions provider Gentari Sdn Bhd (Gentari), via its subsidiary, Gentari Green Mobility, have launched an electric vehicle (EV) fast-charging modular and portable station at the northbound Behrang lay-by. The system uses a Battery Energy Storage System (BESS) setup. Present at the launch was Malaysia’s Minister of Works, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi. “The collaboration between PLUS and Gentari is a significant joint effort that can harness the

The 2023 Ford Ranger and Ranger Raptor add two awards to their list of accolades

It’s been an award-winning season for the new 2023 Ford Ranger and its variants. Recently, it’s added another two more to its list of accolades as Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), the sole distributor for Ford in Malaysia, received the CarPlus Editor’s Choice Award 2022-2023 for ‘Pick-up Truck of the Year’ for the Ranger and ‘Car of the Year’ for the Ranger Raptor. The Ranger boasts an updated design with enhanced aerodynamics and improved interior comfort. It features a range of powerful, effi

From equivalent to RM 208k, Thai prices for 2023 Honda Accord confirmed; gap with CR-V's prices tightens

The all-new 2023 Honda Accord has finally gotten its confirmed price list in Thailand following its preview earlier, entering a two-fold battle which only has it facing off against the Toyota Camry range. Three variants of the hybrid-only Accord will go on sale in Thailand, with prices as follows: Accord e:HEV E: THB 1,599,000 (~RM 208k) Accord e:HEV EL: THB 1,669,000 (~RM 217k) Accord e:HEV RS: THB 1,799,000 (~RM 234k) These prices are slightly more competitive to what its sole rival, the Camry

The upcoming mini Toyota Land Cruiser will be a Corolla Cross-sized "Land Hopper?"

The Toyota Land Cruiser made its name being a tough-as-nails, go-anywhere premium 4x4 with the looks to back it up. Hot on the heels of the new global Land Cruiser 300 and the North American Land Cruiser 250 (Prado) could be a new third, more compact variant that’s being adorably dubbed the Land Hopper. Japanese site Best Car Web has dropped its own rendering of what the Land Hopper could be styled like and unsurprisingly, it appears to be very much like a mini Land Cruiser 250. That’s not a bad

Mercedes-Benz EQS SUV launching in Malaysia on Friday, plus another EV by year's end - EQE SUV?

Referenced briefly in the Budget 2024 commentary, Amanda Zhang, the President and CEO of Mercedes-Benz Malaysia, highlighted the company's increasing momentum and revealed the imminent launch of the Mercedes-Benz EQS SUV, happening this Friday on 20-October. “Our momentum continues to grow, as we eagerly anticipate the arrival of the EQS SUV this Friday, with plans to launch another all-electric model before year end. These efforts underscore our dedication to providing innovative electric vehic

Rekomendasi Kereta

PopularLatestUpdates
Hot
Mitsubishi

Mitsubishi Xpander

RM 99,980

Lihat Model
Honda

Honda Civic Type R

RM 330,002 - 399,900

Lihat Model
Upcoming
Volvo

Volvo EX30

TBC

Lihat Model
Rolls Royce

Rolls Royce Spectre

RM 2,000,000

Lihat Model

Perbandingan Kereta Berkaitan

Proton X70
Cek Lebih