window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Masalah alat ganti Proton X50 dan X70 kini dalam perhatian MoT, isu 'right-to-repair' berbangkit!

Haris · Jun 3, 2022 05:00 PM

Masalah alat ganti Proton X50 dan X70 kini dalam perhatian MoT, isu 'right-to-repair' berbangkit! 01

  • Kekurangan alat ganti khususnya Proton X70 dan X50 memaksa pengguna mencari alternatif
  • Pengusaha alat ganti tidak boleh memesan alat ganti Geely terus dari China, kerana alat ganti pasaran China tidak mematuhi piawaian PBB yang diterima pakai di banyak pasaran, termasuk Malaysia. Pematuhan sijil piawai sangat penting.
  • Bengkel luar mendakwa syarat jaminan memerlukan kereta wajib dibaiki oleh pusat servis sahaja adalah suatu langkah anti-persaingan

Kementerian Pengangkutan akan meneliti keluhan yang dibangkitkan Persatuan Peniaga Kejuruteraan dan Alat Ganti Motor Malaysia (Engineering and Motor Parts Traders' Association) Selangor dan Wilayah Persekutuan, mengenai kesukaran untuk mendapatkan alat ganti bagi Proton X70 dan X50.

Masalah alat ganti Proton X50 dan X70 kini dalam perhatian MoT, isu 'right-to-repair' berbangkit! 02

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berkata Kementerian akan meneliti kebimbangan pengusaha kedai alat ganti yang tidak dapat membekalkan alat ganti dan menyediakan perkhidmatan baik pulih untuk Proton X70 dan X50.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Kami akan melihat sama ada ini melanggar mana-mana undang-undang persaingan atau mengurangkan hak pemilik bagi model ini," ujar beliau dalam satu catatan Facebook, yang diambil oleh The Edge.

Wee juga berkata beliau mengalu-alukan lebih banyak dialog untuk membincangkan isu berkaitan industri automotif dan alat ganti kenderaan.

Masalah alat ganti Proton X50 dan X70 kini dalam perhatian MoT, isu 'right-to-repair' berbangkit! 01

Seperti mana-mana pengeluar, tidak kira sama ada ia kereta atau produk elektronik pengguna, terma dan syarat waranti produk dengan jelas menyatakan bahawa pembaikan atau pengubahsuaian yang dilakukan oleh pihak ketiga akan membatalkan waranti pengeluar dengan serta-merta.

Catatan Facebook Wee mencadangkan persatuan peniaga alat ganti melihat terma dan syarat tersebut sebagai anti persaingan. Untuk bersikap adil, komen itu sebenarnya berasas.

Di Eropah sebagai contoh, Suruhanjaya Eropah memaksa pengeluar untuk terus memberikan waranti (hanya 2 tahun) tidak kira sama ada kenderaan itu diservis di pusat servis sah pengeluar atau bengkel bebas.

Masalah alat ganti Proton X50 dan X70 kini dalam perhatian MoT, isu 'right-to-repair' berbangkit! 02

Walau bagaimanapun, terdapat satu syarat penting yang ramai terlepas pandang. Bengkel bebas dikehendaki membeli semua alat servis khas yang diperlukan, manual servis, dan juruteknik yang bekerja pada kenderaan tersebut mesti mempunyai pensijilan yang betul yang diiktiraf oleh pengilang. Dengan cara ini, standard perkhidmatan dalam keseluruhan industri meningkat.

Hal ini juga bermakna kos perkhidmatan akan semakin mahal. Ia menjelaskan mengapa - walaupun terdapat kebebasan untuk pergi ke bengkel bebas -, ramai pelanggan di Eropah masih memilih untuk kembali ke pusat servis yang dibenarkan.

Right-to-repair adalah undang-undang yang menyebelahi kedua-dua pihak dengan cara yang tersendiri. Selalunya, pengeluar kenderaan akan memperolehi lebih banyak keuntungan dengan cara ini kerana mereka kini boleh menjual lebih banyak alat perkhidmatan khas.

Masalah alat ganti Proton X50 dan X70 kini dalam perhatian MoT, isu 'right-to-repair' berbangkit! 03

Setiap kali model baharu dengan struktur mekanikal atau seni bina elektronik yang berbeza memasuki pasaran, bengkel perlu membelanjakan wang untuk menaik taraf alatan mereka.

Isu lain yang dibangkitkan oleh persatuan peniaga alat ganti kepada Wee ialah kesukaran mendapatkan alat ganti yang mematuhi peraturan UNECE, yang diwajibkan untuk semua alat ganti automotif yang dijual di Malaysia.

Masalah alat ganti Proton X50 dan X70 kini dalam perhatian MoT, isu 'right-to-repair' berbangkit! 04

E-mark pada cermin sisi

Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melibatkan komponen automotif dan komponen yang layak digunakan di atas jalan raya perlu memenuhi peraturan dengan tanda E-mark. Menurut persatuan tersebut, mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pensijilan E-mark ini.

Berbalik kepada Proton X70 dan X50, ya peniaga alat ganti boleh memesan alat ganti ini terus dari China tetapi alat ganti pasaran China ini tidak akan mempunyai E-mark kerana ia bukan untuk Malaysia. Tanpa tanda E, bahagian ini secara teknikalnya menyalahi undang-undang di Malaysia.

Masalah alat ganti Proton X50 dan X70 kini dalam perhatian MoT, isu 'right-to-repair' berbangkit! 05

Alat ganti automotif mesti mempunyai E-mark standard PBB atau setem MS standard Malaysia. Pasaran China tidak mempunyai kedua-duanya.

Satu-satunya cara untuk mendapatkan alat ganti Proton adalah dengan memesannya terus daripada Proton dan seperti mana kebanyakan pengeluar, Proton sendiri menghadapi kekurangan bekalan alat ganti.

Wee berkata beliau telah mendengar maklum balas daripada lebih 1,100 syarikat ahli.

“Ini melibatkan pelbagai kesukaran berkaitan mendapatkan pensijilan E-mark, Kod HS dan memperkemas permohonan Component Type Approval (CTA) dan Vehicle Type Approval (VTA). Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan kementerian yang berkaitan untuk membantu anggota mereka mempercepatkan proses mereka dalam perkara ini,” kata Wee.

Baca: Penyelesaian bagi masalah bekalan alat ganti untuk Proton X70 dan X50 kini sedang diusahakan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda