window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mengapa Proton beralih kepada enjin 1.5 liter 3-silinder turbo untuk X70 2022? Ini jawapannya

Zamil Syaheer · Jun 27, 2022 08:00 PM

Mengapa Proton beralih kepada enjin 1.5 liter 3-silinder turbo untuk X70 2022? Ini jawapannya 01

Selepas pelancaran Proton X70 MC 2022 baru-baru ini, perubahan terbesar adalah penggunaan enjin petrol 1.5 liter pengecas turbo 3-silinder baru yang lebih kecil.

Dengan kod nama 3G15TD, enjin baharu itu menggantikan enjin 1.8 liter yang berkhidmat lama dalam semua varian kecuali varian yang tertinggi.

Apakah sebabnya?

Mengapa Proton beralih kepada enjin 1.5 liter 3-silinder turbo untuk X70 2022? Ini jawapannya 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jawapan ringkas dan mudah ialah enjin 1.8 liter itu berusia hampir 10 tahun dan Geely perlahan-lahan beransur untuk menghentikan produksi enjin tersebut.

Baca juga: Perbandingan: Enjin 1.5 3-silinder turbo baru pada Proton X70 2022 dengan 1.8 4-silinder turbo lama

Mengapa Proton beralih kepada enjin 1.5 liter 3-silinder turbo untuk X70 2022? Ini jawapannya 01

Sebagai contoh, Boyue generasi baru akan datang, diberi nama kod FX11, berkemungkinan akan melangkau enjin 1.8 liter sama sekali dan menggunakan enjin Geely yang lebih baru. Sama ada enjin baru itu adalah unit 3 atau 4 silinder, ia masih belum dapat dipastikan.

Baca juga: Spyshot: Pandang pertama ruang dalam Geely Boyue 2022 serba baru, skrin menegak ala-Mercedes?

Tetapi, Geely Binyue serba baru bakal menggunakan enjin 4-silinder... 

Mengapa Proton beralih kepada enjin 1.5 liter 3-silinder turbo untuk X70 2022? Ini jawapannya 02

Berkenaan dengan enjin 4-silinder bagi model Geely Binyue serba baru yang akan datang di pasaran China (dijual di sini sebagai Proton X50), timbalan COO rangkaian kuasa Proton Muhammad Hasbullah bin Ismail berkata, “Enjin 3-silinder masih relevan dalam pasaran hari ini, contohnya di Filipina dan Pakistan.”

Baca juga: 3-silinder gagal, Geely Binyue 2022 (kembar Proton X50) kini beralih kepada enjin 4-silinder!

Mengapa Proton beralih kepada enjin 1.5 liter 3-silinder turbo untuk X70 2022? Ini jawapannya 03

“Walaupun China mungkin mempunyai strategi berbeza untuk pasaran mereka sendiri, tetapi secara global syarikat itu masih komited kepada enjin 1.5 liter 3-silinder,” ujar beliau lagi.

Baca juga: Proton X70 facelift 2022 kini 70% buatan tempatan, kurang kebergantungan terhadap 'spare part' luar negara!

Mengapa Proton beralih kepada enjin 1.5 liter 3-silinder turbo untuk X70 2022? Ini jawapannya 04

Lynk & Co 02 dengan enjin 1.5 liter 3-silinder turbo

Tambahan pula, jenama Lynk & Co dibawah Geely juga komited kepada enjin 3-silinder. Enjin tersebut masih dipasang pada model seperti Lynk & Co 02, Lynk & Co 03, dan Lynk & Co 06, serta varian hibrid plug-in dalam barisan mereka.

Baca juga: Lynk & Co, sedara jauh Proton ni ada 7 model dalam pasaran. Mana yang paling 'best'?

Bagaimana dengan X70 di pasaran lain?

Mengapa Proton beralih kepada enjin 1.5 liter 3-silinder turbo untuk X70 2022? Ini jawapannya 05

Walaupun X70 dengan enjin turbo bersaiz kecil mungkin baru kepada rakyat Malaysia, enjin ini pertama kali dipasang pada X70 spesifikasi Pakistan, diikuti oleh Nepal, Kenya dan Bangladesh.

Mengapa Proton beralih kepada enjin 1.5 liter 3-silinder turbo untuk X70 2022? Ini jawapannya 06

Walaupun angka kuasa dan tork enjin 1.5 liter lebih rendah berbanding enjin 1.8 liter yang lebih lama, unit 1.5 liter ini 43 kg lebih ringan. Hasilnya, penggunaan bahan api X70 7 peratus lebih jimat.

Mengapa Proton beralih kepada enjin 1.5 liter 3-silinder turbo untuk X70 2022? Ini jawapannya 07

Harga Proton X70 MC 2022 juga telah diselaraskan. Ada lima varian dan harga bermula dari RM 93,900. Jika enjin turbo 1.5 liter bukan pilihan anda, jangan risau kerana Proton masih menawarkan unit 1.8 liter, 4 silinder yang lebih besar, walaupun hanya pada varian tertinggi Premium 2WD, berharga dari RM 121,800. Semua harga tidak termasuk cukai jualan dan sah sehingga 30-Jun.

Butiran lanjut boleh didapati dalam artikel pelancaran, dipautan ini.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda