Seperti yang anda tahu, Toyota Alphard generasi 2023 bakal didedahkan tidak lama lagi memandangkan pengedar Toyota di Jepun sendiri sudah mula menghentikan penerimaan tempahan buat model sekarang.
Juga baca: Panas: Pengedar di Jepun henti ambil tempahan Toyota Alphard, generasi baru didedah Mei 2023?
Kalau yang masih ada pun mungkin stok yang hendak dihabiskan.
Berdasarkan spekulasi dari BestCarWeb, model serba baru buat raja segala MPV ini bakal debut pada Mei 2023. Dari segi teknikal, ia dikatakan menggunakan platform TNGA-K dengan pilihan trenkuasa hibrid berkapasiti 2.5L NA (enjinnya sahaja menghembuskan 186 PS, 221 Nm) serta enjin 2.4L turbo. Untuk makluman anda, trenkuasa turbo ini sudah diguna pada model Lexus dan ia mampu menghasilkan sehingga 272 PS dan 460 Nm tork.
Selain itu, Alphard baharu juga dikatakan hadir dengan pilihan varian pacuan empat roda (4WD), sama seperti generasi sebelumnya. Namun begitu, bagi anda yang meminati Vellfire, terdapat berita yang tidak menyenangkan kerana model pewarisnya sudah banyak kali digosipkan yang mana ia mungkin tidak lagi dihasilkan.
Juga baca: Toyota Crown Vellfire dah macam "hotel bergerak", Vellfire paling mewah dari RM 549k hanya di China!
Jadi, sama-samalah kita tunggu ketibaan raja MPV generasi baharu dari Toyota.
Quality Cars Guaranteed
Fixed Price No Hidden Fees
5-Day Money-back Guarantee
1-Year Warranty
{{variantName}}
{{carMileage}} km
{{registrationYear}} tahun
{{storeCity}}