window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid

Faisal Β· Nov 29, 2022 07:00 PM

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 01

Nissan nampaknya baru sahaja melancarkan Nissan Serena 2023 generasi C28 di Jepun. MPV kotak legenda ini merupakan pengganti kepada generasi C27 yang sudah beransur sejak tahun 2016.

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 02

Antara pembaharuan terbesar pada Serena C28 adalah ADAS ProPilot 2.0 dan trenkuasa hibrid e-Power yang lebih baru.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 01

Di Jepun, Serena C28 bermula dari 3.269 juta JPY (~RM 106k) untuk varian permulaan (Highway Star V), sebelum mencecah 4.798 juta JPY (~RM 156k) untuk varian teratas (e-Power Luxion).

Trenkuasa – 2 pilihan seperti dahulu, S-Hybrid sudah digugurkan

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 02

Sama seperti generasi terdahulu, Serena kali ini hadir dengan dua pilihan trenkuasa tetapi S-Hybrid sudah tiada lagi.

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 03

Penggantinya adalah enjin 1.4L (98 PS, 123 Nm) yang dipadankan dengan sistem hibrid siri e-Power. Teknologi ini menggunakan nadi motor elektrik EM75 yang menghembuskan 163 PS dan 315 Nm tork.

Secara teknikalnya, sistem hibrid siri ini menjadikan motor elektrik sebagai punca tenaga utama dan enjin petrol itu hanya sebagai penjana untuk menyalurkan bekalan kuasa terhadap motor tersebut. Dalam kitaran WLTC, Serena C28 dengan sistem e-Power hanya menggunakan 4.85 liter/100 km (20.6 km/liter).

Juga bacaPengalaman memandu Nissan Note e-Power - minyak 2.8L/100km, Axia tak boleh cari makan!

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 04

Pilihan trenkuasa yang seterusnya pula adalah enjin 2.0L NA ME20DD yang menghasilkan 150 PS dan 200 Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi CVT.

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 05

Kadar penggunaan petrolnya dalam kitaran WLTC adalah pada 7.46 liter/100 km (13.4 km/liter).

Eksterior – Lagi cantik daripada StepWgn/Voxy?

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 06

Dengan berinspirasikan model-model terkini Nissan seperti dari Note dan X-Trail T33, Serena C28 datang dengan reka bentuk yang lebih kurang sama dengan model terdahulu tetapi dengan elemen yang jauh lebih moden.

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 07

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 08

Pada bahagian tepi, terdapat emblem bertulis β€˜Serena’ pada sebuah trim yang menyambungkan lampu hadapan dengan cermin di tiang A.

Beralih ke bahagian belakang, Serena C28 kekal dengan pintu but yang boleh dibuka asing, betul-betul berguna kalau tempat parkir anda jenis sempit.

Interior – skrin melintang mendominasi kabin

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 09

Apa yang mendominasikan kabin Nissan Serena kali ini adalah kluster digital 12.3 inci yang bersambung sekali dengan skrin infotainment 12.3 inci.

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 10

Apapun, ia eksklusif untuk varian Luxion sahaja. Varian lebih bawah pula hanya dengan unit 7 inci.

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 11

Apapun, sokongan Apple CarPlay dan Android Auto didatangkan secara standard. Audio pula disalurkan ke 6 pembesar suara.

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 12

Sebagai model yang diperkenalkan pada tahun 2022 yang serba canggih ini, Serena C28 hadir dengan kawalan posisi gear jenis butang fizikal. Kawalan penyaman udaranya juga menggunakan jenis sesentuh. Yang fizikal hanyalah kawalan suhu.

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 13

Bagi mempertingkatkan lagi mutu keselesaan, jurutera Nissan telah membangunkan semula suspensi pada Serena kali ini. Antaranya melibatkan komponen penyerap hentakan dan penstabil yang mana ia kini 20% lebih keras bagi mengurangkan olengan badan.

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 14

Dalam masa yang sama, baris pertama dan kedua kini hadir dengan tempat duduk Zero Gravity yang terkenal dengan tahap keselesaan yang tinggi.

Selain itu, Nissan turut menawarkan Serena C28 dengan versi yang ada kerusi roda, sama seperti MPV JDM yang lain.

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 15

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 16

Menariknya, terdapat juga varian yang ada tempat duduk kecil di baris kedua yang mana ia datang dengan pemegang berwarna oren. Varian ini juga ada tempat naik turun kaki supaya mudah untuk penumpang keluar masuk kenderaan.

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 17

Keselamatan – Model Nissan pertama dengan ADAS Pro Pilot 2.0

Nissan Serena 2023 generasi C28 debut di Jepun; teknologi merata, 1.5L e-Power ganti S-Hybrid 18

Satu lagi perkara yang menarik pada Serena generasi C28 adalah ADAS ProPilot 2.0 yang mana ia yang pertama buat Nissan. Antara ciri baru yang dilengkapkan termasuklah Collision Avoidance Steering Assist yang mana ia membantu pemandu mengelakkan pelanggaran melalui input stereng.

Ciri ProPilot Parking juga didatangkan buat kali pertama yang mana ia ada menggunakan memori untuk merekod input pemandu sewaktu kenderaan diletakkan, sekaligus memudahkan masuk keluar kenderaan dari tempat parkir tersebut.

Pembaharuan yang terakhir sekali adalah ciri ProPilot Remote Parking yang mana pemandu boleh menggunakan kunci kawalan untuk memasukkan dan mengeluarkan Serena C28 dari petak meletak kenderaan.

Konklusi – Pembaharuan yang sangat diperlukan

Memandangkan pesaing sengit seperti Honda StepWGN dan Toyota Voxy telahpun memperkenalkan MPV kotak segmen C mereka pada awal tahun ini, Nissan juga pasti mahu berlawan.

Berkenaan pelancaran di Malaysia, Serena C28 mungkin perlu mengambil sedikit masa untuk sampai ke pasaran kita kerana Serena C27 facelift baru sahaja diperkenalkan oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) pada awal tahun ini. Jadi, kalau ikutkan, Serena generasi C28 mungkin hanya akan tiba sekitar tahun 2024 atau 2025.

Juga bacaNissan Serena 2022 facelift dilancarkan di Malaysia - kini dengan ADAS, harga dari RM 149,888

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Nissan Serena S-Hybrid Highway Star

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda