window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MINI Elektrik Edisi Pertama dilancarkan! 183 PS, 270 Nm. Mampu pergi sehingga 270 km!

Haris · Sep 22, 2020 02:00 PM

MINI Elektrik Edisi Pertama dilancarkan! 183 PS, 270 Nm. Mampu pergi sehingga 270 km! 01

MINI Malaysia telah melancarkan MINI Elektrik Edisi Pertama secara terhad 15 unit sahaja di Malaysia. Atas sambutan yang menggalakkan untuk MINI Cooper SE (kuasa elektrik sepenuhnya) yang MINI Cooper SE sebanyak 25 unit terhad, MINI Malaysia sekali lagi membawakan sebuah MINI Cooper berkuasa elektrik sepenuhnya di Malaysia.

MINI Elektrik Edisi Pertama dilancarkan! 183 PS, 270 Nm. Mampu pergi sehingga 270 km! 01

Turut hadir adalah warna yang lebih kontras berbanding MINI Cooper SE, MINI Elektrik Edisi Pertama menampilkan warna hitam MINI Yours Enigmatic Black. Walaubagaimanapun, masih terdapat warna putih yang sama dengan MINI Cooper SE jika pelanggan masih berminat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MINI Elektrik Edisi Pertama dilancarkan! 183 PS, 270 Nm. Mampu pergi sehingga 270 km! 01

MINI Elektrik Edisi Pertama hadir dengan bumbung suria panorama, kemasan dalaman kulit Nappa MINI Yours Walknappa yang berada pada tempat duduk dan stereng dan 12 lampu ambiens yang berubah mengikut citarasa.

MINI Elektrik Edisi Pertama dilancarkan! 183 PS, 270 Nm. Mampu pergi sehingga 270 km! 02

Untuk ciri yang lebih individualistik, terdapat tulisan “First Edition” (Edisi Pertama) dan “One of Fifteen” (1 dari 15) di ambang pintu dan pada kekatup bahagian sisi. 

MINI Elektrik Edisi Pertama dilancarkan! 183 PS, 270 Nm. Mampu pergi sehingga 270 km! 03

Kuasa elektrik dan kapasiti bateri tetap sama dengan MINI Cooper SE. Output kuasa maksimum pada 135 kW (183 PS) dan tork maksimum masih 270 Nm. Kapasiti bateri adalah 29.8 kWH, juga sama seperti MINI Cooper SE yang dilancarkan bulan lepas. Jarak tempuh yang boleh dilakukan pada MINI Elektrik Edisi Pertama berdasarkan ujian WLTP adalah 234 km dan ujian NEDC pula sebanyak 270 km.

MINI Elektrik Edisi Pertama dilancarkan! 183 PS, 270 Nm. Mampu pergi sehingga 270 km! 04

Oleh kerana menggunakan trenkuasa yang sama dengan MINI Cooper SE, cukai jalan berasaskan kenderaan elektrik dijangka sama iaitu pada RM 724.

Proses pengecasan MINI Cooper SE dilakukan melalui pengecas AC 11kW (100% dalam 3.5 jam; 80% dalam 2.5 jam). Pengecas Pantas DC pula mampu mengecas pada kadar maksimum 50kW (80% dalam 36 minit). MINI Cooper SE menggunakan penyambung (Type 2) Jenis 2 untuk Pengecasan AC dan penyambung CCS 2 untuk Pengecasan Pantas DC.

MINI Elektrik Edisi Pertama dilancarkan! 183 PS, 270 Nm. Mampu pergi sehingga 270 km! 05

Selain itu, ciri keselamatan yang sama pada MINI Cooper SE juga masih dikekalkan pada MINI Elektrik Edisi Pertama ini. Antaranya:

Sistem bantuan pemanduan berasaskan kamera (terdiri daripada Had Kelajuan dan bantuan lampu tinggi digital)

  • Amaran pejalan kaki dengan fungsi brek ringan
  • Amaran kawalan jarak dekat dengan fungsi brek ringan
  • Bantuan Parkir
  • Kawalan Bantuan Parkir depan dan belakang
  • Kawalan Jelajah dengan fungsi brek

MINI Elektrik Edisi Pertama dilancarkan! 183 PS, 270 Nm. Mampu pergi sehingga 270 km! 06

Harga bagi MINI Elektrik Edisi Pertama ini adalah dari RM 238,380.78 (atas jalan bagi pendaftaran peribadi, tanpa insurans). Harga tersebut hadir dengan Waranti Tanpa Had Perbatuan Selama 4 Tahun oleh MINI, Waranti Bateri Voltan Tinggi 8 Tahun / 100,000 KM dengan Servis Berjadual Percuma dan Bantuan Tepi Jalan MINI.

Maklumat lanjut mengenai MINI Elektrik Edisi Pertama boleh didapati di www.mini.my

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 MINI 3 Door Electric

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda